Kalau tak update blog, maknanya ada banyak perkara nak kena setle.
Minggu lepas pergi dari Ahad sampai Isnin, kena bertugas di Sabah.
Selasa ambil cuti sebab penat ssngat. Lagipun, masa kat Sabah, boleh pulak flight delay.
Makanya, kami sampai KLIA pukul 10.40malam. Sampai rumah pukul 12.00 tengah malam.
Qalesya pulak macam tahu-tahu aja mami dia nak pulang, berjagalah dia sampai mami sampai.
Yang peliknya, badan ni tengah penat, tengok aje Qalesya senyum, fuh! penat hilang ke mana entah.
Terus bersemangat! Terus mandi. Terus menyusukan dia. Padahal badan tengah penat ni.
Ajaibkan?!
Rabu masuk kerja, dua memo sampai.
Satu tentang kursus Psikologi minggu depan.
Satu tentang main bowling untuk MAKSWIP pada Khamis dan Jumaat.
ERK! Maknanya, aku tak masuk pejabat la untuk 2 hari tu.
Dan yang paling tak tahan, aku kena main 15 frame.
Hah! Main la ko sampai muntah.
Tapi memang best. Tak pernah den buat kerja camtu.
Main sampai 15 frame satu hari.
Sakit tangan jangan cakaplah.
Sakit kaki, sendiri tanggung la beb.
Minggu depan pun, masuk pejabat Isnin dan Selasa sahaja.
Sebab Rabu dan Khamis kena pergi Kursus Psikologi tu dan Jumaat ambil cuti sebab nak hantar mak mertua ke Umrah. Semua berkumpul di KLIA hari Jumaat tu.
Sabtu.....hmm, nak bawa Q ke Ampang Puteri cucuk pneumococal dos ke-2.
Ahad, layan nak masuk bulan puasa :)
Bulan puasa dan Syawal ni agak istimewa buat kami sekeluarga.
Sebab utama, kerana pertama kali beraya ada anak.
Ah bahagia.
Tak terucap bahagia tu.
Tak tergambar keseronokan tu.
Eh tak sabar la pendek katanya.
Panjang kata.......puasa dulu lah haha.
Nanti beraya sedondon kami anak beranak.
Weeeee..tak sabar.
Pejabat?
Hmmmmmmmmmmmmmmm..
Susah nak kata. Keseronokan bekerja itu sudah tiada.
Keadaan? Di Pejabat?
Hmmmmmmmmmmmmmmm..
Buat masa ni, mak masih bertahan.
Tapi tak tahu hingga bila.
Biar masa menentukan.
Kita tunggu dan lihat sahaja.
selamat malam eitaku sayang
ReplyDeletebaca entry kamu..
mmg satu perasaan yang amat kasihan mula menyinap..
tapi bila ada gambar si baby Q....
oh!!!
seperti kamu juga.. bila penat, lihat wajah si cilik, penat pun hilang
PS: selagi boleh tabah.. bertahan ya dik..
15 frame.. wah2.. hebat2..
ReplyDeletebaju raya Q da siap ke kak?