Tabungan

29 April 2011

tak paham haku! hakuna matata betul!!

bila ingat balik peristiwa tadi, nak gelak pun ada, rasa nak gigit bantal pun ada, nak nangis ada, rasa nak carik bulu ayam pun ada.
pendek kata, bercampur baur lah perasaan aku tadi.

haish. takyah la dipanjang-panjangkan atau dicerita dengan lebih lanjut sebabnya, walaupun blog ni tak ramai orang baca, tapi sedar-sedar kang, ada aje yang terasa. maknanya dalam diam, ramai jugak ye pembaca senyap aku ni. wakakaka. mak perasan nok. sila abaikan perasaan indah ini.

yang pastinya, aku rasa terkilan sungguh dengan perangai si senior itu. mana la nak maju? tak boleh salah sikit. dah nak melenting. apa? bila kata senior aje, maka yang junior takleh la nak bersuara langsung? maknanya si junior takleh la nak suarakan pendapat ataupun nak ambil insiatif menerangkan keadaan sebenar. nak dengar cakap senior saja? allo. kami mungkin junior, tapi kami bukan budak kecil. cakap sekali cukup. kami faham. tak perlu nak ulang-ulang banyak kali.

tempat yang jadi medan perbincangan, kadang-kadang disalahguna. dijadikan tempat untuk menghentam sesama sendiri. macam mana nak maju, kalau asyik nak menyalahkan orang? kenapa tidak bersatu-padu? sokong antara satu sama lain? ataupun kalau ada yang salah, cuma la tegur dengan cara berhemah. kata senior? banyak makan garam. takkanlah pengalaman tiada mengajar cara nak beri pendapat dengan tidak menyakiti mana-mana pihak.

ok. faham. kamu memang lantang bersuara. tapi jika berada dalam satu kelompok yang sama, kenapa tidak kita bersatu padu? kenapa mesti nak tuding jari sana sini?

aku cukup tak faham dengan orang yang asyik nak menyalahkan orang lain. tak faham betul dengan spesis ni. kenapa la langsung tiada dalam fikiran tu untuk cuba fikir perasaan orang lain, bebanan orang lain, tekanan kerja orang lain.

janganla asyik nak fikir kepentingan diri sendiri, kesenangan diri sendiri, tapi sampai menyakitkan hati orang lain.

mungkin kamu senior. banyak pengalaman. banyak makan garam. dah tahu macam-macam benda. dah lalui macam-macam jalan. jadi, hanya kerana itu, kamu fikir kamu sahaja yang betul?

aku sesekali tidak menidakkan apa jua yang kamu katakan. malah, aku menyokong pendapat BERNAS kamu itu. namun kata-kata kamu yang terakhir itu benar-benar menyakitkan hati aku.

kalau kamu rasa tidak dihormati selepas ini, jangan ditanya apa sebabnya.
kalau aku memalingkan muka daripada kamu bila saja aku bertembung dengan kamu di atas jalan, jangan ditanya mana hilang rasa hormat itu.
kalau kamu rasa kamu patut dihormati, tanya diri kamu, adakah kamu menghormati orang lain seperti mana kamu ingin dihormati.
cermin diri dulu. adakah kamu sempurna, sebelum kamu sibuk menempelak orang lain.

p.s.
jangan perlekehkan saya!

udah petang.ari jumaat lak tu.ati dah dekat nurseri.

iyo lah tu. jumaat wehh. isnin depan hari pekerja. menyambut kami2 yang bekerja tapi tak kaya2 nih. yang kaya bertambah kaya, siapa? tett. sila jawab dalam hati. kalau berani jawab dalam kotak komen. wakakaka.

iyo lah tu. mak dah bosan dah ni. tak larat dah nak wat kerja. hati mak dah ada kat nurseri. dah ada kat Baby Q. halahai nak main ngan budak kecik yang dah pandai gelak tu. suka gelak sampai kecik mata tu. tapi kalau dengan orang tak kenal, amboi amboi amboi, mahalnya senyuman mu.

iyo lah tu. mak minggu ni tensen sikit. maklumlah kerja semua buat sendiri. dah la kena cop lembab nak mampus. tak pandai buat kerja. lambat submit kerja. mak terima je la. tapi mak terima gud news gak tadi. so rasanya, kalau itu yang terbaik, mak terima aje la. Alhamdulillah. silalah percepatkan perkara ini Ya Allah. Amin Amin.Amin.

iyo lah tu. mak dah balik dah ni. mak tak larat nok. minggu ni mak tensen. eh berapa kali mahu bagitau daaa. tapi takpelah. minggu ni balik kampung. jumpa mami tersayang. eh satu mau cerita. kita ni kalau susah2 hati, balik, gi sembang ngn mak ayah, sure ilang rasa duka nestapa. korang gi try sekarang. gi try. tak caya? inilah yang aku pegang dari zaman merong mahawangsa lagi. apa2hal, silalah berpaling pada mami yang sorang tu. walaupun mami saya suka tengok tv. walaupun mami saya ni kuat membebel. tapi ilang tensen bila dengar bebelan merdu dia tu. halahai mami. anak mami ni rindu kat mami. janganlah rindu cucu mami sorang ja. silalah rindu anak mami yang comel jelita laksana bulan ni gak hee.

iyo lah tu. mak nak tutup ruangan bercerita pada petang ini dengan ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

p.s.
saya mahu baring2, guling2 dengan anak saya.

28 April 2011

kenapa aku suka tukar template?

ha. sila jawab tuan punya blog. ihiks. ya? kenapa la aku suka tukar template? sebab. aku nak cari template yang simple, tapi smart dan elegant. aku nak cari template yang tak serabut sangat tapi melambangkan seorang makcik yang dah tua yang dah ada anak satu dan teringin nak anak lagi.

oleh itu, tolonglah suggest mana-mana website yang ada free template yang menepati citarasa makcik tak seberapa nak muda dah ni.

mami, lirek mami. saya tak sempat nak manja lebih ni. muah muah.


p.s.
tengah berusaha dengan satu projek.
mohon menjadi.
Amin.

26 April 2011

bila opis takdo api.

kelakar kan bunyinya.
takdo api.??
takdo letrik la.
takdo api takdo api.
kampungan bebenor nye weehh.

hahaha.
ini time, opis ku takdo letrik.
kerja aku buat tadi, tak save.
arap2 adalah auto saved tu membantu..

p.s.
panas ah.

25 April 2011

kena marah dengan ayah? normal!!

bila dah ada anak nih, selalu gak la teringat balik kenangan2 masa kecik2 dulu.
bila dah ada anak nih, terfikir, apa cara terbaik nak didik anak.
adakah dengan kata2.
adakah dengan tangan.
hahaha.

bila cakap pasal tangan2 nih, teringat la dedolu.. :)
ayah kalau marah, dia memang takkan direct pada kami. dia akan marah pada mak dan mak akan marah kami.

aku pernah kena marah ngan mak sebab telepon orang dekat public phone.
dulu masa kecik cam pelik la, takkan tepon kat public phone pun takleh, tapi sekarang bila dah besar, tengok bebudak bergayut kat public phone, memang lah, buruk benor rupenyer heee... so aku paham dah kenapa ayah aku marah sangat dulu heee.

aku gak pernah kena marah sebab main dalam longkang.
allo, mak baru umur 10 tahun masa tuh kay. normal la main dalam longkang.
tapi ayah aku marah betul. dan bila dipikir pikir balik, main dalam longkang? longkang tu kan kotor. banyak bakteria. banyak fungus. kalau sakit macam mana?
so memang logik la ayah marah. untuk kebaikan kita kan....

tapi bila diingat-ingat balik, mami pun selalu marah aku gak. tapi sekarang ni, puti mami jarang marah pun.
tak aci.

p.s.
mami sila beri penjelasan.
puti selalu buat hal tapi tak pernah kena pukul cam kami. 
wek wek!!

Salam Pagi Isnin

monday blues?

yolah. bukak komputer, komputer lembab!! komputer pun ada monday blues ker? come on lah!! orang banyak kerja tak siap ni!! *nampak sangatss tak efektif kan wakakakaka*

tadi dalam kereta, letak Q kat car seat, dan dia pun layan tidur. tak sempat nak snap gambar dia sebab mami pun layan tidur.

tapi sebelum mami layan tidur ngan Q, mami sempat tengok kat luar tingkap.

sebelah kereta kami ada satu kereta myvi, yang bawak nya pompuan.. cantik... tapi sayang... kat tangan dia ada rokok. dia isap rokok.

eee. muka lawa, tapi isap rokok. apa kes. sayangkan.

p.s.
sekarang normal ek isap rokok.

selamat bekerja.

24 April 2011

bila anak ku ketawa..

Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala duka
 
video
 

p.s.
buah hati.
my precious.

23 April 2011

hari penuh sesak.

memandangkan encik nazri dah mula bekerja di pejabat baru, kami terus beli 'car seat' untuk Q sebab senang mami nak bawak pi klinik kalu emergency. yolah, ayah baru mula kerja, takkan tetiba nak minta kat boss nak kuar bawak baby gi klinik kan. walaupun hal-hal 'family' adalah 'acceptable' tapi apa masih macam tak sesuai kan sebab baru mula kerja.

Alhamdulillah, baby Q suka lepak kat kerusi baru dia :))

muka 'stone' hee.

tapi. kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan ye dak.
ari ke-4 nazri kat opis baru, dah ada dugaan.
kereta kami rosak tengah jalan.
masa naik bukit, kereta dah tersengguk-sengguk.
gila kentang takut. lori, bas, kereta, motor masing-masing laju kat tepi kami.
aku takut, kalau kereta terberhenti kat tengah2 bukit tu.
nasib baik lepas ajer naik bukit, masa dah turun tu lega sikit.
kami pun berenti tepi highway DUKE tu.


viva jekkkk mampu :))

kami dah 'blur'..
tak tau apa nak buat. kalau 'last time' masa kereta aku rosak, aku dah selamat sampai ke pejabat. jadi dari sana aku 'call' ajer kedai kereta mintak diorang datang. tapi ini dah la pepagi buta, kedai kereta pun tak bukak lagik, tepi jalan lak tu..

aku 'browse handset' terjumpa la 'perodua emergency'.
terus la mak 'call' nok.
telefonis tu sangat2 lah membantu. walaupun membership kami dah 'expired' tapi dia tetap tolong.
dia kenalpasti masalah kami, dan terus hantar orang bantu kami.

jadi sementara kami menunggu mekanik tu datang, aku keluar dari kereta sebab Q dah berpeluh-peluh dalam kereta. nasib baik Q ni baik. tak meragam langsung. dia lepak ajer ngan kami, nengok kereta lalu lalang.

Alhamdulillah. senang ngan Q ni.

muka ngantuk

say aaaaa..

sempat tangkap gambor nokk..

kereta rosak pun leh senyum lagik hee..


lebih kurang sejam rasanya, mekanik tu sampai bawak bateri baru. owh lupa nak cerita. punca kejadian hee. malam sebelum tuh, kami terlupa tutup lampu dalam kereta tu. so sampe ke pagi tak tutup..jawabnya bateri 'kong' la kan. lagi mau tanyak buat2 konpius kan hee.



ayah baru dapat cakap ngan boss dia..


encik mekanik yang baik hati..

masa ni aku dah duk dalam kereta sebab nak bagi Q menyusu. (menyusu badan).. macam biasa, kalau dapat menyusu terus tido la jawabnya. senang :))

tido sesudah menyusu :))
elok aje orang tu siap bubuh bateri baru, Q pun jaga balik.


mata terbeliak sebab mami dia asyik menyanyi ajer kat dia wakakaka..

so. lepas baik kereta kami pun pergi la ke stesen minyak berdekatan sebab nak cucuk duit. mana cukup duit nokk. mana tau kereta nak rosak tengah jalan kan hee. so terbang la RM200 pagi tu. 
bala bala bak kata atendan hospital dalam cite mamat khalid nuh heee.

kitorang pun bergerak ke pejabat. sampai opis kul 9.29pagi. drop encik nazri dan aku lak terus ke matic sebab ada rehearsal koir. owh pasal koir lain entro entri lak aku citer kay.

layan gambor Q tengah ngantuk lak.

mata tengah nak katup hee.


p.s. ari khamis yang sangat penat

20 April 2011

Qalesya in Action

ini merupakan aktiviti berenang atas tilam. budak baru pandai menerap *baca:meniarap*, haruslah letak ajer nak menerap, letak ajer nak menerap.

pastu bising pok pek pok pek. ingatkan dah penat, maka mami ni pun baringkan dia balik. alih2 dia menerap balik weeeeee..

abaikan keadaan berselerak di belakang Q *dah diblurkan untuk tujuan keselamatan* dan abaikan juga jejaka berkain pelikat kotak2 tersebut *juga diblurkan untuk tujuan keselamatan*....

Qalesya in Action *QiA*












p.s.
kualiti gambar tak memuaskan kerana guna kamera laptop, bukan kamera DSLR okeeeeeee!! :))

19 April 2011

antara GLEE, KOIR dan aku.

GLEE.
  
cerita ni pasal orang nyanyi2 dan suara diorang sedap2 belaka terutamanya si Rachel ni. kekadang teringin gak jadi Rachel nih.


walaupun kekadang ngada sikit, tapi suara dia ampun sedap. dan sangat suka tengok expression muka dia masa nyanyi. sangatlah 'feel'.. boleh katakan, kalau tengok dia nyanyi masa citer GLEE, masa mandi mulalah nyanyi semua lagu yang dia nyanyi. awww. macam sedap la konon. wakakaka.

tapi yang bestnya, dia selalu dapat solo. yelah suara pun sedap. haruslah solo kan.

si Mercedes ngan Tina pulak , suara pun boleh tahan, tapi jarang dapat solo kan.





sebab si Rachel ni lah. pandai melobi kan. tapi masih, bila diorang menyanyi sangat2 lah sedap, dan sangat2 lah nampak bersatu dan padu kan kan kan :))

******
KOIR.

macam yang aku cerita dalam entri terdahulu, aku masuk KOIR kan kan kan.

Cikgu Siti Hajar, Cikgu Rima dan Cikgu Glen yang ajar kami. sangatlah best. 


so, bila tengah sibuk2 berkoir ni, tetiba la teringat time aku koir masa kecik2 dulu. masa tu darjah 6. memang ligat aku berkoir. sampai peringkat daerah. baju polka dot ungu pink. ada head band. lipstick and blusher merah gila. dan time tu aku dapat part 'suprano'. ala suara cam Ning Baizura tu. kiranya memang aku student favourite cikgu Koir. papehal tiru wanita. papehal tiru wanita. owh berlagak diva giler hahahaha. 
tapi serius sangat best.
mami ngan ayah pun selalu bagi sokongan.
bila ada pertandingan, mami ngan ayah mesti datang bagi moral support gitewwwww. aww.


tapi sekarang??

******

AKU.

huhuhu. koir kali ni, tak dapat part suprano.
maka, terlepas banyak part best2. sedih :((
dah habis serius dah berlatih :((
tapi tak dapat gak suprano.
sampe satu part, aku dah rasa malas nak nyanyi, sebab rasa cam tak diperlukan dalam koir tuh.
huhu. tapi takpe lah.
*pujuk ati*
asalkan dapat nyanyi ngan Cikgu Siti, Cikgu Rima dan Cikgu Glen.
asalkan dapat timba pengalaman belajar nyanyi sudah.
asalkan dapat baju free sudah.

wakakakakaka.


p.s.
huhu.
:((



16 April 2011

macam tengok.........

tadikan.
nak pakai bedak.
nak pakai eye liner.
nak pakai eye brow.
nak pakai lipstick.
nak pakai blusher.
nak pakai eye shadow.

sekali..

tak da mood.

kenapa?

sebab tengok dagu dah ada 2 lapis. balik.

dulu masa abis pantang, dah berjaya wat 1 lapis ajer.

la ni, dah 2 lapis balik.

WT Fish.

sabar je la mami. Q tetap sayang mami weee..

p.s.
kacak luar.kacak dalam.kacak dengar sini!!!!

15 April 2011

hari ini aku EL. ello, apa ko ingat ini opis bapak ko yang punya??

eh ello. kalau ini opis bapak aku yang punya, dah lama dah aku masuk on and off okey!! wah. statement hangit.

well. pagi tadi bangun seperti biasa. seperti biasa juga aku mestilah tatap muka princess hati dulu then baru bapak princess hee. tapi aku lihat dia macam tak selesa. ya. dia bernafas macam tak lepas and ada bunyi snorriinngg. opss. yang snoring tu bapak princess.

tapi itulah. Q tak sihat. jadi hati kecil mami ni mulalah la gelibang gelibu. pikir punya pikir punya pikir, besok sepatutnya check-up bulanan a.k.a cucuk yang ke 5 bulan. so aku pikir, nak pi jumpa doktor la, and injak terus check-up besok ke ari ni.

dalam pukul 6.30 pagi, aku sms boss, and 2 orang anak buah mengatakan bahawa aku nak pergi bawak Q gi hospital.

tiba2 Q terjaga. macam biasa la, dia berak. easy bowel gak budak ni. dah jadi rutin, pagi ajer mesti berak dulu. so dah dia terkedip-kedip mata dalam gelap, dah tersengih-sengih tengok mami dia yang tutup hidung sebelah dia, aku pun bangun buka lampu.

mata dia berair. cian. hidung dia meleleh-leleh selsema. memang confirm ar gi hospital.

dah cuci2 dia. terus bawak ruang tamu letak depan tv, sebab dia suka sangat lepak and tengok tv. kalau dapat tengok 611, hmm lagi la. sonyap terusss.

dalam kui 8.00 aku dah mandi kan dia, and rutin biasa, bagi susu dia pun akan lelap balik, dan masuk dalam buaian.

tiba2 mesej masuk, aiseh boss suruh gak masuk opis. hati dah gelibang gelibu balik. hospital dah aku telefon mintak appointment hari ni. nego punya nego, aku lepaskan kerja pada anak buah aku kat opis.

so dalam pukul 11, bawak dia ke klinik. takdo orang yahoo. senang ja dapat jumpa doktor. cek punya cek, kahak dia dah banyak kat tekak. tekak pun dah merah. hidung pun dah tersumbat. tu sebab mata dia berair sebab air kat mata tak boleh nak bergerak ke hidung.

doktor just bagi ubat selsema dan batuk/kahak.

tapi.

doktor pesan, kalau dia mula demam, jangan tunggu, terus bawak jumpa dia balik sebab kalau demam maknanya kahak dah masuk paru2. dan itu boleh menyebabkan radang paru2.

Nauzubillah. mintak dihindarkan. Amin.

*****

besok sepatutnya ada tournament bola jaring. nak masuk huhu. tapi princess lagi penting dari lari2 kejar bola, dapat bola takleh gerak kaki, pastu jatuh tengah padang.. kan kan kan.

so sorry BSMP CREW. saya telah mengecewakan kamu semua. *macam bagusnya* haha.

apa ko ingat kalu ko datang team ko leh jadi juara?? hahaha.

no, BSMP CREW semua hati cekal. they can do it! chaiyok!!

******

aku masuk koir. and guess what. Cikgu Siti Hajar ajar kami yuuuuuuuuu.
perasan jadi budak AF la sekejap wakakakaka.
ada belajar bubbbbbbbbbblllingggggg *huduh sungguh diri ini bila tengok kat cermin tengah wat bubbbbbbbbbblllliiinnnnggg tuu*
ada belajar lalalalalalalalalalaalalalalalalala......
ada belajar nafas kat perut *sesi membuncit kan perut tanpa merasa malu*
owh sangat seronok.
tak lupa juga Cikgu Rima.
sangat la sweeeeeeeet.
suara dia ampun sedappppppp.
haish. rugi ja tak dapat pergi praktis ari ni.

tapi.

masih.

my princess is more important.


********

kemungkinan akan out-station lagi.
aiyak. mana mau cari babysitter dalam masa terdekat??



p.s. 
si kecik masih tidur. 
kemungkinan kesan ubat batuk/kahak dan selsema tadi.
cian dia.
aiyak!!!

07 April 2011

pengakuan berani

oke. saya ngantuk.
sila letak pencungkil gigi di kedua-dua belah mata saya.
kalau tidak akan jadi seperti si kecik ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p.s.
mata nak terkatup.

04 April 2011

menyepi sudah.

boleh tidak.
bercakap dengan nada rendah?
owh tiba2.

minggu lepas out-station.
owh.aku amat risaukan si kecik yang ditinggalkan pada opahnya.
last2,aku yang demam di kuching.
si kecik sihat walafiat alhamdulillah :)

nanti akan aku upload dengan segera gambar di sana.


sudah pandai senyum, gelak ngekek mak iloi dan main lidah. tgk tgk tgk tuuu. :))

p.s.
#1. aku menang johan berkumpulan semasa tournament bowling. walau agak kecewa kerana tiada pencapaian peribadi.
#2. masih berhutang satu entri dengan ayu-citarasa rinduan.
#3. mahu berjumpa dengan mizz ninie - tapi tak jumpa2. camne nih sayang?? :))
#4. dengan tiba2 aku rindu yang amat sangat pada si kecik. halahai anak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...