Tabungan

06 August 2012

berniaga sambil bersedekah

Tadi, Encik Suami call, katanya... hari ni kena balik lambat sebab boss dia Mr.Roger dok bising kenapa budak store semua balik on-time.

hoh! Bulan Puasa kot? semua orang berebut-rebut nak balik berbuka dengan keluarga. Kesian suami mak. Dah la kerja tu penat, kena pulak stay back sampai pukul 8 malam. Ya Allah, berilah pekerjaan yang lebih baik untuk suami ku. Amin.

jadinya, hari ni, mak kena berbuka dengan Qalesya sajo la nampak gayanya.

cakap pasal berbuka, setakat ni, mak dengan jujurnya mengakui, tak pernah lagi masak untuk berbuka. tapi untuk bersahur selalu hahahaha. *terbalik*

bukan apa, kalau pergi ke Pasar Ramadhan, Ya Allah, so tempting. ini nampak sedap. sana nampak sedap. semuanya sedap. so mak decide, takyah masak, beli sajo. *padahal ko malaskan ta?*

tapi yang mak perhati kat PaRam ni........... yang meniaga ni memang nak untung sajo.

oke! no OFFENSE!! memang la meniaga nak untung. tapi apa salahnya ambil berkat bulan puasa ni, bersedekah sikit sambil-sambil berniaga tu.

macam contoh.
ada satu hari tu, mak nak beli kuih. ala kat umah tu ada 2 mulut ja pun, mak dengan suami. okelah, kadang-kadang boleh lah masuk sekali si techik Qalesya. jadinya, kuih tak payah beli banyak-banyak, dapat 2 atau 3 bijik pun dah cukup.

jadinya, mak ni teringin la satu jenis kuih, dan nazri satu jenis kuih.

aku tanya - 'yang ni macam mana nak kira?'

dia jawab - '5 bijik 2 ringgit..'

aku balas - 'saya nak seringgit saja boleh tak....'

dia balas dengan muka annoying - '5 bijik 2 ringgit!'

oke. satunya, dia tak menjawab soalan aku sebaliknya terus mempertahankan 5 bijik dapat 2 ringgit. faham-faham sendiri maksudnya taknak bagi la seringgit.

aku pujuk lagi - 'rumah kami tak ramai orang, saya nak seringgit saja yer' *ko pun satu - mengada-ngada!*

dia balas - 'satu 40 sen'.

oke. maknanya, ko beli la banyak mana pun, harga tetap satu 40 sen. kalau takat nak tiga saja, ko bayarlah 1.20. ada faham.

iya. mak faham. so dekat sinilah mak rasa terkilan dengan peniaga tu.
satunya, u tak friendly dengan ai. kecik hati ai. 
keduanya, u tak faham isi hati ai yang kecik ni, umah ai tak ramai orang, harap ai dengan suami ai aje makan kuih tu.
ketiganya, kenapa u taknak letak konsep bersedekah. ai amik 3, tapi ai bayar seringgit pun oke. kenapa. kenapaaaaa.

ihiks. ngadakan.
mak bukan apa.
mak sebenarnya selalu beli kuih dekat satu stall ni.
donut dia sedapppp. dap dap dap.
dan baik orangnya, sebab dia pun ckp 5 bijik 2.00, satu bijik kira 40sen. tapi bila aku mintak nak seringgit, dia tetap bagi tanpa banyak soal. dapat 3 bijik lagi. 
Alhamdulillah. moga perniagaan dia bertambah maju.
Amin.

2 comments:

  1. hurrmmm..

    dia bayar sewa tapak mahal kot...kan?
    :)

    ReplyDelete
  2. hidayah - kalau bersedekah, ruang rezeki bertambah kot.. ngehehehe.. gud gud bersangka baik hehehehehe..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...