Tabungan

01 August 2012

kisah anak yang derhaka kepada ibubapanya


Firman Allah S.W.T. kepada Nabi Allah Musa A.S. : "Hai Musa! Sesungguhnya barangsiapa berbuat kebajikan kepada ibubapanya tetapi mendurhakai Aku, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat baik. Dan, barangsiapa yang berbuat kebajikan kepada Aku tetapi mendurhakai ibubapanya, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat durhaka". 

Jangan sesekali kita menderhakai walaupun salah satu dari kedua orang tua kita. 
Jangan sesekali kita menderhakai mereka walaupun dengan satu bunyi dengusan di hidung kerana perasaan tidak puas hati terhadap mereka.


aku punya pengalaman peribadi mengenai anak yang derhaka kepada ibubapanya.
dan yang kelakarnya, anak yang derhaka ini mendapat sokongan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya untuk terus DERHAKA kepada ibubapanya ini.
aku akui bahawa bapanya sendiri agak garang kepada anak-anaknya. dan mungkin juga bapa tersebut punya isu sendiri. aku juga agak tertanya-tanya, apakah hukumnya untuk tidak taat kepada ibubapa yang sebegini. namun dengan adanya Firman Allah S.W.T tersebut di atas, aku yakin bahawa ibu dan bapa walau bagaimana sekalipun kerenahnya, mereka layak ditaati dunia akhirat.

aku kadang-kadang atau sejujurnya selalu tidak faham dengan kerenah anak yang berani menderhaka kepada kedua orang tuanya. aku tak tahu mana letak sisi perikemanusiaannya. aku tak faham dengan akal apa dia berfikir.

aku, pernah juga sekali dua tersentuh dengan segala tindak tanduk ibu bapa ku.
pernah juga terfikir untuk merajuk, memberontak atau ba bla bla yang lain.
tapi bila difikirkan kembali......, betapa banyak mereka telah berkorban untuk kita.
segala makan dan minum kita dari kecil hingga boleh mengurus kehidupan sendiri.
segala yuran persekolahan, yuran universiti segala.
perit.....
aku ingat lagi betapa susahnya ayah dan ibu aku mencari duit semata-mata hendak membeli pakaian baru semasa penggal persekolahan yang baru bermula.
perit....
kot?

tapi, 
aku tak faham..
bagaimana anak tersebut boleh tegar terus menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

dan lagi,
semasa ibunya meninggal, tidak balik menziarah?

Menderhakai ibu adalah satu-satunya perbuatan yang amat dimurkai Allah S.W.T. Renungilah firman Allah S.W.T. sepertimana yang telah dituliskan di atas. Oleh itu sementara ibu kita masih hidup dan bersama kita, maka adalah wajib kita memenuhi tanggungjawab kita sebagai anak, iaitu dengan berterusan membuat kebajikan terhadap mereka. Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W. 

"Berbuat kebajikan kepada kedua ibubapa adalah lebih utama dari bersolat, bersedekah, berpuasa, menunaikan umrah, menunaikan haji dan berjihad fisabilillah".


Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasurullah S.A.W. : "Kembalilah kepada kedua ibubapamu, mintalah izin daripada keduanya. Sekiranya keduanya memberikan persetujuan, maka berjihadlah menyempurnakannya dan sekiranya tidak, maka berbuatlah kebajikan kepada keduanya mengikut kesanggupanmu. Sesungguhnya itulah yang sebaik-baiknya untuk kamu bertemu dengan Allah S.W.T.  sesudah Tauhid"


wallahualam.
sumber dari sini.
jazakallah.

2 comments:

  1. kecik2 dulu selalu juga melawan ckp mak n ayah..bila dh besar dan makin boleh berfikir,baru tahu berdosanya aku..takuttt :(

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...