Tabungan

07 October 2012

Masa kecil-kecil dulu

Dulu, masa kecil-kecil dulu, memang teringin nak sertai, kononnya persidangan antarabangsa. Nampak gah. Nampak cool. Nampak korporat. Nampak hebat.

Ah. Masa kecil, semua perkara kita mahu jadi.

Tengok Thundercat pun kita mahu jadi macam dia.
Tengok McGyver pun, dah merata pintu kita cuba kopak, konon nak jadi dia.
Tengok drama Dallas, kita teringin nak jadi 'omputih' yang kaya.

Hahaha. Naifnya jadi budak. 

Jadinya, bila tengok berita TV3, tengok orang bersidang sana-sini, mulalah berangan tak sudahkan. Macam sekarang, berpeluang 'join' persidangan antarabangsa. Secara keseluruhannya kita bercakap tentang memerangi rasuah.Bercakap tentng rasuah, satu yang aku dapat 'pick-up' ialah, all the speakers menyatakan rakyat kena peka, kena 'alert' tentang rasuah. Ok....? Jadinya, kamilah ni. Kamilah yang kena alert....kan? Ini bermaksud, rakyat kena alert, kalau ada kegiatan rasuah berlaku di sekeliling kita, kita kena laporkan. Tapi, bagaimana yang melakukan rasuah itu, adalah orang-orang atasan?

Hik hik. Kita tinggalkan soalan itu disitu. Kang komen-komen lebih-lebih kang, mahu kena sekat blog picisan aku ni. Hik hik.

Bila bercakap tentang masa kecil, memang banyak sangat perkara kita boleh kongsi bersama.

Apa yang kita main.
Apa yang kita pakai.
Apa yang kita makan.
Apa yang kita pernah buat.
Dimana kita pernah berada.

Semuanya ada suka dan duka. Dan semasa kita buat semua itu, kita takkan pernah terfikir semasa itu yang kita akan create satu kenangan. Bila bercakap tentang kenangan, kita lebih cenderung untuk menyimpan kenangan indah lebih dari kenangan yang kurang indah.

Kita semua ada banyak kenangan. Ada kenangan yang kita rasa ianya sangat personal, sampaikan kita tak rasa nak berkongsi dengan sesiapa pun, dan selalunya kenangan tersebut jatuh ke kenangan yang kita tak mahu nak ingat, seboleh-bolehnya tak mahu nak ungkit langsung. Jadi, kita buat keputusan untuk tak bercerita pada siapa-siapa, supaya tak seorang pun boleh ungkit. Ada pula yang indah, yang best, yang seronok, yang buat kita asyik nak ulang, asyik nak cerita benda yang sama. 

Kan? Kan? Hik hik.

But again, we are creating memories every day.
Jadi, jom! Kita buat perkara yang indah-indah saja, buat yang baik-baik saja, supaya kita ada banyak perkara yang indah untuk kita kongsi dengan anak cucu kita suatu hari nanti.

:)

p.s.
apala Dayah buat dekat Perlis tu.... :)

















3 comments:

  1. teringat kecik2 dulu main tangkap berudu

    ReplyDelete
  2. dayah pi urut kaki kat situ.. hehehehee

    ReplyDelete
  3. Dyh sedang Baca blog kawan baru dia... ;) serious penat tapi happy ... Dan byk dpt kad drpd pengorat pengorat...haha.... :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...