Tabungan

09 October 2012

saya tak bogel

sumber myMetro.



KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

sumber MyMetro

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.


“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.


***

Nabila ni, memang selalu buat kontroversi.
Lagipun, pakaian seksi dah memang sinonim dengan dia. Cuma salahnya kali ini, pakaian tersebut di pakai semasa majlis yang dapat liputan media secara meluas. Dah sah-sah sana-sini kamera segala. Sepatutnya, sebagai artis yang dah agak lama dalam bidang ni, dia kenalah sensitif dengan keadaan semasa kan.

Dah tahu akan naik jadi penyampai trofi, kenapa nak kena pilih juga fesyen sebegini. Memang salah langkah la kan.

:)

2 comments:

  1. masa red carpet die amek gambar tutup2 perut.
    der, kalau da suka baju mcm tu nape tutup perut.. hehe

    ReplyDelete
  2. haha...

    rasanya dia buat keputusan nak seksi mungkin sbb nak show off kat ex boy dia , botak tu kot...

    sbb kan ada gosip depa dah clash...

    tak tau la......

    pstt.....nti dyh ada masa baru dyh update template noo.. letak link awak kat sidebar dayah.. ;)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...