Tabungan

12 November 2010

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 1

yakin sangat lah zaman dulu?

tak la dulu sangat.. *senyum*
sekadar nak mengimbas masa mula-mula disahkan mengandung dulu.. *senyum lagik*

masa kandungan yang pertama, sangatlah mencabar. hmm. mencabarkah? mencabar la juga. ^-^
masa itu, aku dah tak datang bulan mengambang selama 3 bulan lebih.
tapi masalahnya, bila buat ujian air kencing memang negatif.
akhirnya aku dan suami buat keputusan untuk pergi ke hospital untuk buat cek-up.
masa itu aku memilih untuk pergi ke hospital Kuala Lumpur.

biasalah kalau dah namanya hospital kerajaan, memang dari mula letak kad dah berjam-jam menunggu.
dah hampir sejam menunggu, baru dipanggil nama, itu pun rupa-rupanya sekadar untuk diberitahu bahawa aku diletakkan dalam perjumpaan yang seterusnya dalam masa 2 minggu lagi. *gila*

masa itu memang kecewa betul. memang keluar muka masam mencuka kedua-duanya. baik aku dan encik nazri.

tapi, 2 minggu kemudian, kami tetap datang semula.
dan selepas menunggu berjam-jam lagi, akhirnya dapat berjumpa dengan doktor.

masa jumpa, doktor tu sedikit pun tak pandang aku.
aku ceritakan semua simptom.
tak datang bulan.
selalu kencing malam.
perut macam buncit sikit.
dan tanpa pandang muka aku, dia suruh aku  buat ujian air kencing.
dan seperti yang dijangka, negatif lagi. kecewa lagi.
masuk semula bilik doktor.
dan paling tak boleh lupa.
dia kata pada aku.
'you makan banyak, memang la perut buncit'
O.M.G.
sadis.
boleh dia kata begitu pada aku.
dan seterusnya, dia beri aku pil perancang keluarga dengan tujuan untuk buat aku kembali datang bulan.
aku sangat sangat sangat kecewa dengan layanan tersebut.
aku keluar dengan muka masam mencuka, sekali lagi!
aku memang tekad takkan ke HKL lagi.

besoknya aku ke pejabat, berkongsi cerita tersebut dengan kawan-kawan.
mereka memberi cadangan agar aku pergi membuat imbasan *scan* di klinik swasta.
aku bersetuju. dan aku tak tunggu lama. petang itu juga aku ke klinik.
izinNya, memang benar aku mengandung, 5 minggu!
nasib baik aku tidak ambil pil perancang yang diberi doktor HKL itu. nasib!

namun kisah gembira tersebut tidak lama, sebulan kemudian, aku pergi membuat pemeriksaan di klinik yang sama, tetapi aku disahkan keguguran.
kandungan ku berhenti membesar ketika umurnya 6 minggu tanpa aku sedari.
aku dinasihatkan agar membuat DnC.
dan aku dirujuk semula ke HKL.
berdasarkan kisah silam, aku menolak dan memohon agar dirujuk ke Hospital Selayang.

petang itu juga aku terus ke Hospital Selayang dengan harapan agar boleh melakukan proses DnC tersebut dengan segera. malangnya, aku sekali lagi diletakkan temu janji 2 minggu lagi. gila! janin sudah mati didalam. diletak lagi temu janji 2 minggu? apa hospital kerajaan semua begini?

kecewa dengan tindakan hospital tersebut, aku dan suami terus ke Ampang Puteri. berjumpa dengan Dr.Bee Hang Wing.satu-satunya doktor gyne yang bertugas hari itu. dan aku terus diminta untuk datang keesokan harinya untuk proses DnC. aku ceritakan apa yang terjadi di Hospital Selayang, dan nyata dia kecewa kerana katanya janin tersebut sudah tidak bernyawa selama 3 minggu, jika dibiarkan rahim ku akan rosak dek asid yang dikeluarkan janin tersebut. MasyaAllah.

maka, keluarlah duit ribuan di situ, hanya kerana hospital kerajaan menolak kes-kes bodoh macam kes aku ni!

selepas proses itu.Alhamdulillah, rezeki datang lagi. aku disahkan mengandung, 2 bulan kemudian ^-^

yang itu, aku cerita dalam entri lain ya. perut sakit. mohon direhat.

p/s~
sat sat mami baring la ni.
ihiks ihiks.

hari ini hari jumaat. besok hari sabtu. lusa hari ahad. pastu hari isnin. isnin ada apa?

wah.
buat pertama kali aku buat entri dengan tajuk yang panjang.
dah macam nak wat satu entri kat tajuk tu saja *senyum*

minggu ini minggu berehat. *lagik2 senyum*
aku diberi cuti sakit dari isnin hingga hari ini gara2 kesihatan yang tak menentu.
maklumlah, dah kena marah dengan doktor kan ihiks ihiks.
maka habuannya. duduk rumah. rehat!
tapi tak. ihiks ihiks lagi.
aku mengikut suami ke Hotel Flamingo. dari selasa lepas sampai pagi tadi hee.
dia urusetia PTK kat sini. so dibawanya aku sama. tak mau ditinggal dirumah katanya.
so berehat kat hotel la aku selama 4hari 3malam ni.

selsema masih tak hilang.
sedutan udara tak bertambah maju pun?!
macam mana nak PUSH!
aku oke lagi.
cuma takut nak jumpa doktor. sure kena marah lagik.

isnin ni cek dengan doktor bee.
jumaat baru dr.wahab.

hmm.
pagi tadi, baby wat mak gabra nokkk.
dia tak bergerak.
aku ngiring ke kiri, takde respon.
aku ngiring ke kanan, takde respon gak.
meniarap kang baru tau.
tapi tak buat la. ihiks ihiks.
bagi rangsangan cahaya, letak lampu kat perut pun takde respon gak.
ketuk2 pakai jari pun takde respon gak.
takkan nak pukul paakai handphone kot? tak tak. belum kuar dah kena pukul hee.cian baby mami.

hmmm..gabra mak....
last2 pasang lagu kuat2 baru dia nak bergerak.
owh lupa anak mami ni macam mami gak, kuat karok!!?
tak caya? tgh scan pun mulut leh gerak2 tau wakakakaka.

anak mami ni lucu lah.
sayang anak mami.
jom kiter jumpa sayang!?
bila?
mami tak sabar la.

p/s ~ 
lagi dekat lagi tak sabar kan :)

10 November 2010

PERLU ADA TAJUK?

Salam.
sebenarnya dah tak tahu nak tulis tajuk apa pun.
so saja la wat provokasi cam tu kan? *gediks*

sekarang malam dah tak berapa boleh lelap.
bila baring, dah tak nampak kaki *senyum*
nampak bukit tingggggiiiiiii!!!! hahahaha..
manis sekali pengalaman ni.

dalam beberapa hari saja lagi, mungkin dapat jumpa anak ini.
ada rasa tak sabar.
ada rasa takut.
ada rasa masam manis.
erk.

tapi secara jujur, lebih kepada perasaan tidak sabar.
baik aku, atau nazri.
kedua-duanya dah tak sabar.

Semoga dipermudahkan perjalanan ini.
Semoga dilindungi kami keduanya.
Semoga kami berdua selamat menjalani proses bersalin ini.
Semoga bayi ini sihat walafiat datang ke dunia.
Amin.

p/s ~
mami tak sabar mahu jumpa kamu sayang.
jujur.

08 November 2010

NIAT HATI NAK MELUAH RASA, APAKAN DAYA BLOG TAK GLAMER NI PUN ADA ORANG GILA NAK KACO!

salam semua..

kalau diikutkan hati, dan merujuk kepada entri sebelum ini, aku katakan mahu menulis sesuatu yang panjang.
malangnya, rasa hati nak meluah rasa tu terbantut atas beberapa perkara yang tak diundang termasuklah campur tangan orang gila yang merosak mood menulis aku. *apa benda aku membebel ni*

pada sape yang membaca komen dalam entri terdahulu, pasti tertanya-tanya kenapa ada yang mengata dan mengutuk ayah aku sebegitu rupa. terpulanglah. orang gila jangan dilayan. betul tak? *serius, tu mmg orang gila, aku tak tipu*

jadi untuk entri kali ini, aku rasakan tak payahlah menulis luahan rasa tu dulu. biar redha dulu. kalau tengah marah, mmg syaitan senang nak merasuk. memang senang nak hambur kata2 yang sememangnya kadang2 diluar jangkaan masing2.

yang pasti, minggu lepas, minggu yang amat menyesakkan dada.
melihat mami menangis.
melihat ayah menangis.
melihat semua orang kelam kelibut.
dan rahmatnya, penyatuan semula satu keluarga yang dah lama berpecah belah sana sini.

benar.
setiap musibah pasti ada rahmat.
dan ku harapkan rahmat ini berpanjangan. amin.

minggu lepas, aku sedikit emo. ditekan sana sini. tidak pernah rasanya menaip sambil mengigil tangan. menahan marah yang meluap-luap.
tak pernah rasanya menangis dalam hati. mahu menangis secara nyata. tapi aku tidak mahu dilihat lemah. namun sakit tetap sakit, dipanggil budak satan. dan yang turut menjadi mangsa, anak dalam kandungan ini. beluum lagi menjengah dunia, namun dah didoa yang bukan2. hati mana tidak sakit?

hasilnya. tekanan darah ku naik. 130/90. dan aku mendapat sakit. selsema. sakit kepala. batuk. demam.

tadi, ada pemeriksaan kesihatan seperti biasa.

mula2 buat CTG. anak ku sihat. ALHAMDULILLAH. jantung nya sihat. dah dikesan ada bebarapa kontraksi. maklumlah kandungan dah berumur 36minggu 5hari.

kemudian berjumpa dengan dr.bee..
baby dah berat 2.9kg. sihat. pipi makin kembang. sentiasa bermain mulut. comel. sungguh comel. walau hanya dihubung dengan skrin hitam putih, ku yakin bayi ku comel. *senyum*

dan paling tak tahan, berjumpa dengan dr.wahab.
kenapa tak tahan?
sebab kami suami isteri kena marah daaaaa.

katanya.
"kamu sekarang dah 36minggu. dah nak bersalin. kalau kamu tak jaga kesihatan, bagaimana nak bersalin? jangan main2. ini anak yang pertama. kena jaga dengan baik. nak bersalin ni macam nak pergi berperang. kena ada stamina. kalau mak sakit, baby sihat, tak guna juga. kalau baby lahir ke dunia, tapi mak tak bernyawa, apa keseronokannya? dengar cakap saya. makan semua ubat yang saya bagi. kamu sakit kerana tak mengikut prekripsi yang saya bagi. jangan main2. kamu kena sihat. saya bagi kamu masa 2 minggu. kiter jumpa lagi nanti. saya nak pastikan kamu sihat sebelum kamu lahirkan anak pertama ini. ingat pesan saya. makan ubat. jangan main2. jangan malas. suami kena jaga isteri. kalau dia taknak makan, kamu kena marah dia. boleh encik syaiful?"

owh panjang marahnye. aku tergamam. tak pernah kena marah dengan doktor sebegitu rupa. adakah mungkin kerana aku bayar beratus-ratus baru aku dijaga sebegitu rupa. *tak baiknya pikir begitu!* aku rasakan mmg kerana dia doktor yang sangat2 bertanggungjawab, maka sifat prihatinnya sangat2 terserlah.

encik nazri dah senyap, marah ke aku kerana kena marah dengan doktor. sowi la yayang.. huhu.

keluar dari bilik dr.wahab, kami kena marah lagi dengan pembantu dia. pembantu dia kata, dr. sangat kecewa kerana aku tidak makan ubat seperti yang dipesan. kata pembantunya lagi, dia pasti sangat kecewa kerana dia jarang menyuruh pembantunya itu untuk menyampai pesan kepada penyakit dikaunter. ihiks.

owh.maafkan saya wahai doktor. saya pasti takkan berlengah makan ubat lagi. saya akan habiskan ubat ini semua. maaf. maaf. maaf. saya tahu. ini semua untuk kebaikan saya dan bayi saya. maaf. maaf. maaf.

p/s~
aku mahu makan ubat.
sedut ubat asma.
sat.
jangan kacau.
nanti kena marah ngan doktor lagi.
*senyum panjangggggggg*

01 November 2010

ABD MUTALIB MOHD NIK

selamat hari jadi ayah.
selamat hari jadi yang ke-69.

p/s ~
bakal menulis sesuatu yang panjang selepas ini.
tunggu masa yang sesuai untuk mula menulis.
meluah rasa hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...