Tabungan

21 October 2010

BELUM PASTI LAGI::HATI MAKIN PUSING::KALAU AKU MATI,TOLONG JAGA NAZRI::KALAU TAK::AKU JADI HANTU::WAKAKAKA::

::PAGI TADI::
pergi kerja macam biasa dengan Encik Nazri.
pasang HOTFM. ntah lagu apa ntah tadi.
tapi Encik Nazri seronok sangat.
sekejap2 dicuitnya hidung aku.
sekejap2 meliuk-liuk badan dia ikut rentak lagu.
sekejap2 dicuitnya tangan aku.
sekejap2 dijelingnya aku ditepi.

'seronoknya dia?' usik aku.
'semalam awak takde, bosan..ari ni ada orang teman, saya suka' jawab dia sambil sengih-sengih. :)

::MALAM SEMALAM::
aku terjaga tengah malam.
rasa tegang sangat perut.
bila ditengok perut aku, nampak senget sikit.
senyum kecil aku. apa menda la baby ni tengah buat.
bila kuusap, sambil ku bisik, mami sakit sayang. duduk elok2 boleh?
lepas tu perlahan-lahan perut ku kurang rasa tegangnyer. Alhamdulillah. baik dengar kata. :)

aku mengiring belah kanan. pandang Encik Nazri yang tengah nyenyak tidur.
tenang rasanya tengok muka dia. aku beruntung kerana punya dia sebagai teman.
tapi aku terfikir, adakah pernah dia rasa perkara yang sama?
dan aku terfikir, mampukah aku hidup kalau dia tiada.
dan bagaimana hidup dia jika aku tiada.

aku mula terbayang saat2 aku bersalin nanti.
selamatkah aku?
dapatkah aku bawa bayi ini kedunia dengan selamat kedua-duanya?
kalau aku terpaksa bersalin secara ceaserean, kalau aku dibius, then tak bangun2, camner?
kalau aku bersalin normal, tapi banyak tumpah darah, camner?
kalau aku mati, nazri camner?

sape nak teman dia gi keje?
sape nak teman dia bangun malam2 wat keje?
sape nak gosokkan baju dia?
sape nak masakkan makanan untuk dia?
sape nak urut kepala dia masa dia tengah sakit kepala?
sape nak pujuk dia masa dia tengah susah hati pikir banyak kerja?
sape?

pusing kanan renung muka nazri balik.
senyum.
tertidur.

::PAGI TADI::
teringat malam semalam.
tetiba rasa sayu.

p/s:
Ya Tuhan,
aku sayang Nazri.
Lindungi aku.
Tolong.

10 comments:

  1. akak..
    xmo la pk bukan2..
    nanti tekanan darah xtentu..
    relax.. insyaallah sumenye selamat..

    ReplyDelete
  2. Degil budak Te ni!!! Everything will be just fine...trust me...dengan Izinnya Insyaallah!

    ReplyDelete
  3. salam eita

    tabahkan hatimu sayang..kuatkan doa dan ketakwaanmu..insyallah..pasti akan berlalu dan berlaku dengan baik-baik sahaja...

    PS: tolong jgn fikir yang bukan-bukan.....ayu tahu eita tabah..

    ReplyDelete
  4. Hisssh Te ni...

    Kenapalah fikir bukan2..

    InsyaAllah tak ada apa-apa..

    Kalau ada complication, doc akan fikir alternatif lain.. Jgn risau.

    ReplyDelete
  5. jgn pk bkn2..minta2 yg elok je :)

    ReplyDelete
  6. akak...
    jgn pikir bukan2...
    tak elok untuk darah kamu..
    pls akak...

    ReplyDelete
  7. MS ~ aduh dik, cant help myself hee.. time kasih dik, kakak cuba ya :)

    miss ~ betui gak kan, orang kena mintak yang elok2 la kan.. haish.. thanks dik miss :)

    Krina ~ doc akan tau kan kak, kalu ada problem kan kan kan.. :)

    ayu ~ pinjam semangat kental kamoo ya :)

    kak watie ~ ita takut kak, nnt ada masa ita kacau/call akak leh :)

    dik AA ~ thanks dear..amin :)

    ReplyDelete
  8. insyaallah xde pape sayang..
    tamau pk bukan2 ok..

    :)

    jaga diri..
    semua sayang kamu di sini..

    ReplyDelete
  9. somehow u make me cry sis.

    tabah k.

    setabah yang boleh.percaya dengan Allah.

    semua akan selamat:)

    ReplyDelete
  10. akak, jangan fikir yang bukan2 ye. mami ada, klu takut ingat mami, mami dah 4 anak, alhamdullilah. doa selalu. itu sebab darah selalu naik tinggi sebab fikir bukan2.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...