Tabungan

15 November 2010

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 3

sambungan dari yang terdahulu.

Seingat aku, sebelum aku sedar bahawa aku mengandung, aku sering berasa sakit di bahagian perut.
Maka bila sahaja disahkan mengandung, bila sahaja merasa sakit, aku mula berasa risau.
Kegagalan menjaga kandungan yang pertama, membuatkan aku sangat berhati-hati bila mana mendapat kandungan kedua ini.

Kerisauan aku tidak disimpan lama.
Aku terus merujuk kepada Dr.Bee, doktor yang menjalankan proses DnC sewaktu aku keguguran tempoh hari.
Tidak lagi mahu merujuk ke hospital kerajaan, aku mengambil risiko untuk terus berjumpa dengan beliau di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Berbayar. Mahal. Ratus-ratusan sekali perjumpaan.
Itu yang aku taburkan demi kandungan kedua ini.
Dan kerisauan aku bertambah-tambah bila sahaja perut aku diimbas.
Kata doktor, ada sista yang kelihatan di sebelah janin.
Namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.
Dia menyuruh aku untuk hadir semula ke kliniknya 4 hari lagi iaitu hari Sabtu.

Penantian satu penyeksaan.
Sabtu hadir jua, aku bergegas ke hospital sekali lagi.
Kali ini dia menerangkan segalanya dengan teliti.

Sista aku dikategorikan sebagai satu sista *baca cyst* yang besar.
Ukurannya ialah 4x5cm.
Ya. Aku setuju. Aku terlebih dahulu sudah mencari maklumat dalam 'internet' dan aku tahu sekiranya ia melebihi 4x4cm, maka pembedahan harus dilakukan.

Muka aku ungu. *senyum*
Seungu dompet aku.
Kosnya hampir 8 ribu Ringgit Malaysia.
Mana aku nak korek?

Kerisauan aku dikesan mudah. *senyum*
Kalau dah ungu, mana tak mudah kan?

Katanya dia boleh membantu.
Dia tahu aku punya insurans.
Dan katanya, serahkan saja padanya.
Dia akan bantu agar insurans aku membayar kos pembedahan ini.

Maka petang itu juga aku dimasukkan ke hospital.
Petang itu juga aku dibedah.
Petang itu juga insurans aku membayar kos pembedahan tersebut.

Dan buat pertama kali aku bersyukur yang aku punya insurans. *senyum*

Namun, sedikit kata dari doktor membuat aku muram sebelum dipengsankan.
Katanya, janin aku juga akan digugurkan kerana sista yang besar telah menolak janin aku ke luar rahim.
Dan sesungguhnya kandungan di luar rahim amatlah berbahaya.

Sekali lagi aku redha.
Masih tak punya rezeki untuk punya anak lagi.
Encik Nazri hanya terdiam, namun katanya, aku lebih penting dari segala-galanya.
Jika aku ada, semua pasti ok.
Dan dia mahu aku ada.
'Kita boleh cuba lagi sayang'.
Itu kata-kata Encik Nazri.
Kan ku ingat sampai mati.

p/s ~
entri auto publish.
cayalah ita :p

4 comments:

  1. kan ada rezeki allah bg untuk yang hari ini sayang..:)

    sesungguhnya benar kan bila allah kate..sesuatu yg berlaku itu bersebab..

    dan hari ini dia da kurniakan kamu pengganti..:)

    syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. =))

    dugaan dan cubaan akan berakhir dengan kebahagian. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. sama2 risaukn akk bila tau ttg cite tu...
    uiksss...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...