Tabungan

16 December 2010

CATATAN 1 : 30 HARI = 1 BULAN

Salam sayang buat anakanda ku Qalesya Alia binti Syaiful Nazri.

hari ini, 16 Disember 2010, bermakna kamu udah genap 30 hari.
ini juga bermakna udah 25 hari mami tidur bersama kamu sayang.
kenapa 25 hari?
kerana 5 hari kamu berada di hospital gara-gara dijangkiti demam kuning sayang.
5 hari itu merupakan hari yang perit buat mami sayang.
udahlah emosi sememangnya naik turun, inikan pula tak dapat bersama anak yang baru lahir, sakit pula.
namun Alhamdulillah, hari ke-6 kamu dibolehkan pulang, kuning mu jatuh ke paras 10.8, dan terus kamu dibawa pulang ke ipoh kerana kita akan berpantang di sini sayang. 
bersama-sama dengan opah mami.
sepanjang waktu ini sayang, kita tidak duduk bersama dengan ayahmu sayang.
ayahmu bekerja di KL, dan kita tidak boleh duduk di sana susahkan dia.
mari kita susahkan opah mamimu ya sayang *senyum*

sepanjang 25 hari ini, bermacam-macam ragammu yang mami pelajari sayang.
ragammu berubah-ubah dari sehari ke sehari.
ada harinya kamu tidur nyenyak di siang hari dan berjaga di waktu malam.
ada harinya kamu tidak tidur seharian di siang hari dan elok tidur di waktu malam.
tapi kebanyakannya kamu tidak pulas tidur siang dan malam *senyum*

tak mengapa sayang.
itu semua cabaran buat mami sayang.
itu semua buat mami lagi mengenali diri kamu sayang.
bila kamu berjaga, kita boleh bersembang-sembangkan sayang.
walaupun kamu tidak faham, mami pun tidak faham 
*mari kita gelak sayang*

namun, setiap saat bersama kamu sayang, memang sangat berharga.
tidak boleh diulang, tidak boleh disimpan dalam botol sayang.

semuanya kan jadi kenangan.
kerana itu mami memilih untuk menulis di sini sayang.
bila kamu sudah boleh membaca, sudah boleh memahami dunia, ziarah mami disini sayang.
ingat saat ini sayang.
saat dimana mami sangat sedang gembira memiliki kamu.
saat dimana mami dan ayah semakin bahagia dengan hadirnya kamu di antara kami.

cinta tiga segi yang bahagia.
itulah kita wahai anak.
ada kamu, ada ayah, dalam hidup mami.
cinta tiga segi yang halal sayang.

wahai anak.
tiap malam mami berdoa kesihatan dan keselamatan kamu sayang.
tiap malam mami berdoa kesenangan buat hidup kamu sayang.
mami pasti ayah juga begitu.
walau dia jauh, namun kamu pasti sentiasa dalam nafasnya sayang.
kami akan pastikan kamu bahagia, cukup segala.
jika perlu ada pengorbanan buat kebahagiaan kamu, mami akan pastikan mami jadi korban itu.
aduh sayang.
mami terlalu sayang kamu.
itu saja yang perlu kamu tahu.

selamat hari ke 30 sayang.
selamat 1 bulan sayang.
mami tarik seluruh cinta di dunia, buat kamu seorang sayang.

p/s ~ 
hari ini kena pergi klinik kesihatan, kamu bakal mendapat imunisasi kamu 
*senyum*
bertahan sayang.

8 comments:

  1. cepat cepat membesar q. nanti boleh berkawan dengan pakcik kuwe. sebelum pakcik kuwe dimamah usia.

    ReplyDelete
  2. heheheh
    senyum juga baca..;)

    semoga injection nanti dia baek2 saja x meragam ye yang..:)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    suka baca ingat pengalaman pertama kali menjadi ibu

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Memaklumkan blog lafazjiwaku telah bertukar ke Blog Zanna Rohim atas sebab-sebab teknikal teruskan kunjungan anda. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam...


    semoga si comel Qalesya Alia akan membesar dengan sihat..cergas dan menjadi anak yang solehah..amin

    ReplyDelete
  6. wah tak jauh la beza ngan bb uncle

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...