Tabungan

21 December 2010

MAK VS MAT REMPIT

salam semua.

hmm. korang tau kan mat rempit tu aper?
tang definisi definisi ni, sorang aje pande, tak lain tak bukan si kuwe tu hee..
paling tak boleh blah masa dia wat entri pasai cuti.. heee.. kelakar la dik.
nanti suh dia bagi maksud mat rempit pulak..
dik kuwe, kalu baca entri ni sila buat satu entri maksud mat rempit kay hehe..

al-kisah,
rumah aku ni, letaknya betul-betul sebelah jalan besar ~ jalan utama lah hee.
makanya, laluan depan rumah, dah jadi laluan utama keluar masuk ke kampung/taman kat sini.
dan makanya lagi, berbagai-bagai jenis kenderaanlah yang lalu kat sini.
lori, geng bas sekolah, teksi, katakan saja, semua lalu kat sini.
termasuklah mat-mat rempit yang baru nak belajar merempit nih.
maklumlah kecik lagi.
halahai suara pun tak pecah lagi la pendek kata.
masalahnya macam mana la mak pak diorang boleh bagi diorang ni motor sebijik dan berlagak pusing satu kampung sambil petttt pettttt pettttt bagai nak rak.
dan oleh kerana diorang ni kecik lagi, haruslah takda lesen kan..
dan oleh kerana takda lesen, laluan depan rumah aku ni la jadi 'port' diorang nak wat lagak ngeri diorang tuh..

sampai lah satu petangggggggg...
mak aku nih memang darah dah sampe tahap hidung dah..
memang dia dah berbulu dah telinga saban hari dengar rempitan syahdu diorang tuh..
tambah lak satu petang tu, dah nak masuk maghrib dah..langit pun dah kuning..orang dedulu kata hantu pun dah berjalan riang dah time tuh..
tapi bebudak zaman sekarang, mana makan menda-menda karut ni..
silap2, hantu tu lebih takut ke diorang hee..
jadi petang tu, dengan mak aku yang dah tahap gaban geram, dengan bebudak rempit junior yang terlajak lepak depan rumah aku, sekali diorang petttttt motor diorang, mak aku tetiba 'berambat' keluar sambil menjerit-jerit......

serius aku terkejut..
aku pun dah tak ingat dah apa mak aku bebel kan hahahaha..
tapi bebudak rempit junior tu pun 'berambat' gak la merempit larik heee..
tapi yang best nya, boleh lak diorang balik pulak sekejap, lalu depan rumah aku lagi sekali, petttt nye motor diorang sekali... tanda melawan la tu konon....
dan sambungan daripada tu, ada satu malam tu, dengar diorang merempit lagi depan rumah..
malam..
berani datang la siang..
dengan aku sekali kuar kot..

kesimpulannya..
itu lah budak-budak zaman sekarang..
pantang ditegur..
dan tak boleh ditegur..
kalau ditegur..
bukannya diorang nak dengar..
lawan lagi ada..
kecik lagi tu..
tapi dah pandai melawan..
bila tengok budak-budak begini, terfikir, macam mana agaknya diorang dengan mak pak diorang, macam mana diorang dengan ahli keluarga diorang..
adakah sama, melawan bila ditegur..

macam mana lagi?
kat sekolah pun sama..
cikgu tegur, haih dilawan balik..
sampe pukul cikgu pun ada..

kalau zaman dedolu, paling kurang pun pancitkan tayar kereta cikgu atau calarkan kereta cikgu..
paling femes kena calar, haruslah kereta cikgu displin..
tu sebab cikgu displin suka pakai kereta buruk, kena calar pun tak la sakit hati sangat..
ce cuba pakai kereta honda civic, kena calar, tak menangis tak berlagu kome hehe.
tak pun paling senang, bawak motor ajer, kalu tayar pancit, sorong aje motor ke workshop kan hee..

eh panjang lak?
layannnnnn. :p

p/s ~
bebudak tu masih merempit sehingga kini.
sekian laporan dari saya. :p

4 comments:

  1. huh! memang.. diorang ni tak makan saman! apa nak jadi ntah!
    diorang ni semuanya nak insaf bila terkena je! takkan nak tunggu xcident dulu baru nak insaf kot?

    agaknya mak tu dah tak tahan lagi.. tu yang perambat sumer tu... :)

    ReplyDelete
  2. tahkan tggu eksiden smpi darah2 baru nak tobat kot?

    ReplyDelete
  3. Hahaha. kak. cadangan bernas tu. Nanti cadangan tu kita bawak naik keatas. 2 3 hari ni kena hold dulu, pergi bercuti heh.

    budak budak tak kena pekdah lagi ni. bila kena pekdah, baru dia tau motor tu 2 tayar ke 4 tayar. kehkeh.

    ReplyDelete
  4. Itulah masalahnya budak sekarang terlalu garang memberontak, terlalu baik pijak kepala habis cam na

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...