Tabungan

13 March 2012

iya. kalau kamu sedar, inilah trend zaman sekarang.

bagi kita yang lahir tahun 80-an, pasti takkan menyangka zaman kanak-kanak era ini makin menakutkan.
kalau dulu, di umur 5 tahun, kita semua leka bermain dalam hutan, tanpa rasa takut.
leka bermain panjat-panjat pokok di rumah jiran yang selangnya berpintu-pintu.
senang ke kedai sendiri, tanpa pernah terfikir yang ada orang lain 'berminat' untuk menyakiti kita.

tapi zaman ini, era ini, trend dah berubah...mungkin.
ke kedai bawah tangga saja, senang-senang diculik, dibunuh, dibakar.

iya.
semua menuding jari ke arah ibu bapa.
siapa lagi yang bersalah kalau tak ibu bapa.
ibu bapa memainkan peranan sebagai pelindung.
pasti, mereka yang akan disalahkan terang-terangan.

namun...., iyalah, itulah.....,
mana pernah terfikir jadi begini.
mana pernah terfikir turun sekejap beli barang, boleh jadi begini.

masa kecil aku dulu pun begitu juga,
ibu aku, tulis saja nota, apa yang perlu dibeli, bagi duit sekian-sekian harga, naik basikal, kedai hujung jalan (masih jalan yang sama dengan rumah), tunjuk nota, dapat barang, balik, bahagia...

tapi..., zaman sekarang, kamu buat begitu, kamu takkan bahagia mungkin, sebabnya jadi beginilah...
mee maggi entah kemana, telur pecah merata, anak rentung sama dengan tidak bahagia.

kesian.
kesian kepada si ibu yang menahan derita kehilangan anak.
dan kesian kepada si ibu yang dikeji kerana membiarkan anak berseorangan keluar membeli makanan.

apa kata...
apa kata kita hentikan semua tomahan, dan beri peluang kepada si ibu yang tengah bersedih ini.
kekesalan dia lebih tinggi daripada orang lain.
itu sebab ada yang mengatakan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
dia sudah cukup tertekan.
tolong dia untuk hadapi semua ini.
bukan lagi dihentam.

tidak.
bukan dia tidak salah.
ada salahnya.
dibiar anak kecil keluar bersendirian.
namun.
dia tidak minta anak dia diculik, dibunuh serta dibakar.
gila.
dia tidak minta.
dia sedang bersedih.
tolong letakkan kaki kamu didalam kasut dia.

sekurang-kurangnya,
dia sudah ada penjamin untuk dia di Mahkamah Allah.
kau orang ada?

gambar dari HMETRO

***

anak tinggalkan ibu.

aku, tidak pernah terfikir. tidak sanggup pun untuk fikir bahawa satu hari nanti aku akan tinggalkan ibu aku.
masih aku ingat, saat aku sah menjadi isteri Encik Nazri, ibu aku menangis beria. aku faham. saat itu, aku dilepaskan untuk menjadi milik orang lain.
namun, syurga di bawah telapak kaki ibu.
tetap aku milik Nazri, ibu tetap utama dalam hidup aku.
takkan mungkin air mata dia jatuh mencecah bumi Tuhan.

namun, aku tidak faham bila mana makhluk Tuhan ini tegar menyakitkan hati ibunya dengan ditinggalkan terbiar di hotel.

iya.
berhari-hari aku menyumpah, dimana letak sisi kemanusiaan dengan membiarkan ibu sebegitu rupa.

dan iya.
hari ini aku terbaca kisah si anak yang memohon keampunan si ibu.

iya.
hati aku rapuh.
sekurang-kurangnya dia masih berani tampil memohon maaf kepada si ibu dan semua setelah berbakul-bakul cacian diterima.

iya.
kamu tabah wahai anak.

namun jangan diulang kesilapan itu.

kamu mahu dia selesa.
dia selesa bila mana kamu sentiasa ada dengan kamu.
susah bagaimana pun, selesa dia adalah bersama dengan orang yang dia kenal dan dia senangi.

jangan beri alasan mahukan dia selesa dengan meletakkan dia TERBIAR keseorangan ditempat yang asing buatnya.

aku mohon maaf atas berbakul-bakul kekesalan yang aku berikan kepada kamu wahai anak si ibu tua.
namun, tetap, kamu masih bersalah kerana membiarkan ibumu menangis.

aku, tidak sanggup melihat ibuku menangis.
bagaimana kamu sanggup melihat ibu kamu menangis di atas talian, di dalam berita nasional negara.

sanggup kamu?


5 comments:

  1. yup berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul

    ReplyDelete
  2. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...zaman sekarang dah banyak berubah...

    ReplyDelete
  3. yala..org salahkan mak pulak..x baek salahkan mak dia..seharusnya kita tenangkan mak dia, doakan roh anaknya tenang di sana..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  4. sayu lah baca mak pnye luahan ni...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...