Tabungan

06 April 2012

tank kosong, beg duit hilang. what will you do.

al-kisah...
semalam kononnya mak nak ke KL sebab nak uruskan kereta.
dan semalam akisahnya memang kalut sikit.
eh, bukan semalam saja, tiap-tiap hari pun mak kalut. but, that is another story, lain kali la mak cerita.
ni cerita pasal kalut semalam.

tank kereta mak memang dah sipi-sipi, tapi mak buat tak nampak sebab yakin masa keluar nanti boleh la isi.
so bila nak keluar tu, mak dengan conDIfen, carilah beg duit.
sekali takda!
cuak sekejap.
then buat-buat cool.
telefon opis, mintak tolong kak Ray cari atas meja.
pun takda!
dalam masa terdesak tu, apa yang mak boleh fikir adalah balik ke rumah dulu, cari dekat rumah, kalau takde juga, apa-apa hal pun mak dah ada kat rumah.
jadinya berpeluh-peluh la mak membawa kereta sebab takut minyak habis tengah jalan.
dari Putrajaya nak ke Semenyih tu, dah terasa macam dari Putrajaya nak ke Seremban dah gayanya.
lambat bebenor mak rasa.

Alhamdulillah sampe gak ke Home Sweet Home.
ini tank mak masa dah sampe umah.
.
.
.
.

sipi saja kan?

dah sampai umah, mak pun meraban la cari dalam rumah.
memang takda.
owh. mak dah lemah lutut.
first, memang cancel ke KL. gila nak pergi macam mana tank empty.
then, Qalesya pulak, mak pikir-pikir kena tunggu la Ayah balik baru pi isi minyak, baru pi ambik.
oleh kerana dah buat decision macam tu, mak pun sempat la masak meggi, makan2 sat.
then duduk depan komputer kononnya nak berFB, berBLOG segala.
tiba2 di celahan monitor dan PC, ternampak satu benda coklat berkilat.
oke.
beg duit mak ada disitu ya anak-anak.
molek duduk situ tunggu tuan dia ambil.

mak pun apa lagi.
tengok jam time tu pukul 3.30.
terus call Taska kata nak amik Qalesya sebab mak fikir, papehal kena masuk opis balik sebab besok nak keluar juga untuk uruskan kereta.
takkan tiap-tiap hari ko nak balik awal. banyak cantik muka ko? cantikkkkkk.

jadinya, mak terus la nak drive ke ESSO sebabnya mak ada membercard kat situ, kalau isi ada point, then leh redeem menda-menda pape-pape.
padahal, Petronas adalah sedikit dekat berbanding ESSO.
namun kerana fikir, tank dah la kosong, ni isi sah-sah RM70++ so baiklah pergi ESSO.

dengan tawakal lebih pada Dia, mak pun drive ke ESSO melepasi Petronas tersebut.
elok sampai ESSO, mak dah lega dah.
sekali dia block laluan daaaaaaa.
minyak habis daaaaaaaa.
gila punya dugaan.

tak fikir panjang, memang rezeki Petronas la mak nak isi banyak dengan dia.

nasib baikkkkkkkk sempat sampe Petronas.
isi la minyak di situ.
.
.
.
.
.
time.
beza sejam 2 minit kan.

halahai.
kerana beg duit, mak jadi begini.
berpeluh-peluh saspen bawak kereta.

bak kata kawan mak.
ni baru anak seorang dah meraban lupa sana-sini.
kalau anak 2, 3, 4, 5, 6 orang. meraban kuasa 6?

oke.
mak nak keluar.
nak uruskan hal kereta.
.
.
.
tulisan saya didalam phone memang huduh.

2 comments:

  1. dugaan sungguh!
    nak2 plak masa kene sengsorang!
    ni patung messi la ni, wat magic!
    ksian mak! :p

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...