Tabungan

12 June 2012

aurat

macam biasa, mak suka browse gambar.
macam-macam gambar.
semalam tengok gambar seorang wanita, cantik bertudung, cantik menutup aurat.
Subhanallah.
benar cantik ciptaan Tuhan.

jadi....siapa kata, menutup aurat itu tidak cantik.
siapa kata, kalau tutup aurat dah tak boleh bergaya.
bergaya ada tempatnya.
ada do's and dont's.

teringatlah zaman jahiliah mak dulu.
well, i believe, every person has their own zaman jahiliah. hik hik.

mak mula bertudung masa mak umur 14 tahun - tingkatan 2.
bertudung pun sebab kena paksa.
sebab asyik kena perli dengan ustazah bila datang sekolah waktu petang untuk ko-kurikulum.
bila nampak ustazah dekat kantin, mesti patah balik, tak jadi pergi kantin.
kalau tengah haus, azablah menderita haus sampai ustazah keluar dari kawasan kantin.
jahat ek haha.

bertudung pula, jenis yang selepang ke bahu.
pakai pula tangan lengan pendek.
masa tu, memang tak tahu apa.
memang pakai langgar saja semua cara.

bila dah masuk universiti pun, masih buat perangai yang sama.
pakai tudung, tapi lengan baju halahai.
baju pulak, masa tu tengah selim melim, haruslah body cutting.
*geleng-geleng* ingat zaman dulu.

bila dah berkerja, baru ada kesedaran pada benda-benda macam tu.
dah mula beli inner.
dah mula beli baju stok-stok lengan panjang segala.

bila dah mula nak pegang title bini orang, lagilah berusaha perbaiki semua tu.
nak jadi bini yang baiklah konon.

dan sekarang, bila dah jadi mak orang, oke, serius, mak dah jadi geng 'mak-mak orang' dah.
memang terjegil-jegil mata bila nampak budak pakai tudung tapi lengan pendek, seluar senteng.
rasa nak gigit-gigit lengan tu suruh simpan.
inilah agaknya rasa jadi 30's hahaha.
memang fikiran mula rasa nak menjaga semua orang kot.

dan mak sendiri, dah mula labuh-labuhkan tudung.
tutup apa yang patut.
tapi itulah, bila dah labuhkan tudung, mak rasa tak menarik.
sebijik hoi macam mak-mak orang.

but it make sense already.
ai memang mak orang. hello!!

tambah pulak semalam dapat jumpa gambar bertudung dan melabuhkan sehingga menutup dada, tapi masih nampak anggun dan bergaya.

saya mahu jadi begitu.
menutup aurat tapi masih menarik dan kemas.
itu yang penting.

menarik di sini, ditegaskan, bukan menarik perhatian lelaki.
owh tidak.
itu juga tidak patut.
menutup aurat objektifnya ialah untuk tidak menarik perhatian lelakilah.
tapi kalau dah tutup aurat tapi masih ada niat menarik perhatian lelaki, itu dah jadi tak betulkan.
*apalah mak tulis ni*

oke.
mak ada satu pengalaman baru-baru ni.
mak datang ke pejabat dengan tudung dilabuhkan, pakai inner dan berstokin.
then, ada la kawan mak ni tegur 'dah macam ustazah dah aku tengok kau ni'.
oke. masa tu. mak tak tahu nak fikir apa.
kecik hati? tak...sebab dia kata mak ustazah. oke wat.
tapi, pada mak, kenapa tegur camtu, mak nak berubah. salah ke?

jadi.
apa yang mak nak sampaikan disini.
aurat itu penting.
mak pun kiranya baru tersedar.
iya. aurat itu hanya untuk suami kita.
hanya untuk muhrim kita.

kan sweet.
orang tak tahu, apa yang suami kita dapat tengok.
sahaja :)

5 comments:

  1. boleh bergaya,tp biar berpada & bersederhana(wasatiah)

    ReplyDelete
  2. aku pun dalam proses nak berubah ni ita..apapun aku suka la baca entri ni..santai je,tapi input dia banyak :)

    ReplyDelete
  3. bertudung pun cantik jugak...lagipun sekarang macam2 fesyen...tudung untuk bergaya..

    ReplyDelete
  4. biarlah org nak ckp..
    kalau terdedah.. kite yg dpt dosa..
    sama2 berubah jom!

    ReplyDelete
  5. share la kak link yg akak tgk tu..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...