Tabungan

28 June 2012

.tail light.


tail light atau lebih dikenali sebagai lampu signal dikalangan masyarakat melayu, seringkali dilupakan pada masa kini. ini adalah kerana, kadar penggunaan lampu tersebut dikalangan pemandu-pemandu era ini amatlah rendah.

tidak memerlukan sebarang statistik untuk mengesahkan perkara ini.
sekali lagi adalah kerana, pemerhatian terus boleh dilakukan semasa anda memandu kereta anda di jalanraya.

sila perhatikan, sekiranya terdapat kereta yang berada di lane sebelah kiri anda tiba-tiba memasuki lane anda. adakah anda menyedarinya. tidak bukan? ini adalah kerana mereka tidak peka ataupun tidak tahu langsung dengan penggunaan tail light tersebut.

iya. marilah kita berfikiran positif.

mungkin tail light mereka rosak dan mereka tidak punya wang untuk memperbaikinya.
walaupun berkereta jenis Harrier, Peugot, Mazda apatah lagi Ferrari, adalah malu bagi mereka untuk menurunkan tingkap dan memberi isyarat tangan bagi memasuki lane anda. kelakar bukan.

mungkin juga mereka sedang mengalami 'short term memory loss'. mereka lupa dimana letaknya tuil untuk on dan off tail light mereka.

atau mereka mempunyai sindrom malas.

atau  mereka tak pandai bawa kereta.

atau mereka..

atau..

pfftt...

meraban.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...