Tabungan

04 June 2012

mahu menulis panjang-panjang kena ada isinya.

aku, kalau diikutkan, ada banyak perkara yang mahu dikongsi. tapinya, aku pernah ditegur, kerana bila aku menulis tanpa bayangan, benda yang aku tulis itu, menjurus kepada beberapa persepsi yang berbeza. bukannya apa, aku tidak mahu terlalu berterus terang, tetapi aku mahu berkongsi, jadinya bila berkias, orang tak faham, dan mula berfikir yang bukan-bukan.

macam ada sekali. aku menulis tentang masalah. sebenarnya, masalah itu, masalah yang dihadapi bersama. iaitu aku dan nazri. tapi yelah. bila aku baca semula, cara aku menulis tu, macam seolah-olah aku bermasalah dengan suami aku. macam ada konflik rumahtangga gitu.

owh tidak. we are good. tak pernah ada masalah. alah. gaduh-gaduh manja tu biasalah. tapi sampai nak baling-baling pinggan, berpisah bilik tidur, Alhamdulillah tak pernah lagi.

tapi ya. sejak isu itu, aku sekarang lebih berhati-hati. tapinya, bila tidak berkias, aku dah tak banyak perkara nak dikongsi. tak banyak benda nak digebang. sebab pada aku, semua perkara macam dah jadi tak sesuai nak dikongsi.

macam keluarga. ada banyak perkara terjadi dalam keluarga aku. dah macam drama tv dah sebenarnya. kalau aku mula bukak cerita mesti takkan ada ending best punyalah. dan lebih banyak aib daripada yang bagus. nama lagi drama kan? tapi tulah, kalau tak bercerita pulak, kebenaran takkan terserlah. orang akan sentiasa ingat kami di pihak yang salah. pihak 'sana' yang betul. selagi mahu kami dicaci. selagi mahu kami dicerca. entah apa-apa cerita yang dah dijaja. entah apa fikiran mereka terhadap kami. tapi kami sekeluarga berpegang pada yang satu. kami ada Tuhan. kami ada Allah. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu kami menderita. Dia tahu bila kebenaran akan terserlah. biarlah. ayah pun masih mampu ketawa bersama kami. mami pun masih mampu bahagia bersama kami. itu saja sudah cukup buat kami adik beradik. apa yang kamu semua nak kata tentang kedua penjaga kami didunia ini, lantak koranglah. i don't care at all.

kerja? haha. lagi banyak perkara aku nak kongsi. kena hentam. naik suara. pandang sinis. owh normal. itu perkara biasa yang aku hadapi. aku adalah orang kecil di organisasi ini. aku adalah orang yang dipandang tidak pandai membuat kerja. hasil kerja aku tak pernah dihargai. hasil kerja aku sering saja dipersoalkan. kebolehan aku tak pernah diambil kisah. anugerah? jauh panggang dari api. markah tahunan? setahu aku cukup-cukup makan saja. tapi, apa yang buat aku terus bertahan? keluarga. aku sayang warga kerja Tourism Malaysia. masih ada sesetengah orang dalam organisasi ini yang punya hati dan perasaan. masih ada mereka yang menghargai aku. aku suka. sukaaaaaaaaa.

hmmm.

aku mahu pulang. aku terpaksa ambil peluang di pejabat *selepas waktu bekerja* untuk menulis sebab line internet aku kena potong.
tak bayar?
eh taklah hahahaha.
terlupa sebab bukan standing instruction.
nanti nak buat SI la.
memanjang lupa hahahaha.

oke.
mahu pulang.
da.
da.

8 comments:

  1. salam..
    dlu sy tulis meraban, mungkin sbb tertekan hrp2 shbt2 blogger fhm hehe.. tp mmg kene hti2 nk tulis mmg org skrg ska brtnggapan lain

    ReplyDelete
  2. Menarik perkongsian emak. Kadang-kadang, manusia memang x fhm dengan apa yg kita fhm. Heh.

    Jemput singgah blog sy. Artikel saya hari ni mengenai '' jangan takut untuk menyampaikan ''. Jemput baca dan beri pandangan. =)

    ReplyDelete
  3. wah. tertarik. teruskan menulis

    jemput juga ke blog saya yang marhaen. yg menagih kasih antum semua

    eheh, tiru ayat pemimpi Tegar :P

    ReplyDelete
  4. nape ni cik ta..akk pon sayangggg dgn cik ta..(tetibe)..hihi

    ReplyDelete
  5. Biasalah kadang-kala lain yg kita nak sampaikan lain yag difahami..apa pun biar kita menentukan hidup kita bkn kerana tekanan dari org dan teruskan menulis kerana saya suka membaca blog anda walau ada ketika saya tidak meninggalkan komen

    ReplyDelete
  6. salam. nama unik blog best dibaca, salam kenal & salam ukhwah

    ReplyDelete
  7. salam. nama unik blog best dibaca, salam kenal & salam ukhwah

    ReplyDelete
  8. nice info..walaupun padat isinya best....

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...