Tabungan

05 March 2013

Lahad Datu : Perkembangan Terkini sehingga 5 Mac 2013

Kronologi Serangan Sehingga Jam 4 petang (5/03/2013):
 
 

 4.00pm:
Objektif serangan berjaya. Tiada kecederaan/kematian di pihak pasukan keselematan atau orang awam dilaporkan.

2.00pm:
2 buah ambulans dilihat keluar dari kawasan Zon Merah menuju ke Hospital Lahad Datu.
1.00pm:
Penceroboh ditumpaskan. Namun pasukan keselamatan masih menggeledah rumah ke rumah di kawasan Zon Merah bagi mencari saki baki penceroboh.

11.30am:
Pejabat Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup

11.00am:
Tentera darat mengambil alih serangan.. penceroboh membalas tembakan.

10.09am:
Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am:
Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.41am:
Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

9.37am:
Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am:
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am:
Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

8.45am:
Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8:30 pagi:
Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.19am:
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:18am:
Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

7:30 pagi:
Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

7 pagi:
Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
 
 
 
 
 
***
 
Sumber daripada Facebook.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...