Tabungan

01 October 2013

Tenggelam Punca

Semalam adalah hari aku tenggelam punca. Hari yang aku rasa buat apa pun salah. Hari yang sedikit penat dan banyak risau. Hari yang badan kata penat tapi minda kata kuat.

Semalam memang aku ambil cuti. Tujuannya adalah untuk keluar dengan Nazri sebab aku dah berjanji dengan dia untuk belanja baju meraikan dia yang dapat tukar pekerjaan. Qalesya akan kami hantar ke taska seperti biasa. Itu rancangannya.

Tapi semalam, Qalesya bangun agak awal. Macam biasa dia akan terus baring di depan tv. Selalunya, aku akan bagi dia susu dan dia akan minum. Tapi semalam, dia tak sentuh langsung susu tersebut. Situ...aku dah rasa pelik dah.

Semasa dia baring, aku amati dia, dia nampak sangat penat. Mata dia tak bermaya dan dia langsung tak nak bergurau. Dia semata-mata baring. Selalunya kalau dia tonton tv, dia akan jadi eksaited dan kadang-kadang sangat beremosi. Tapi semalam....tak langsung.

Aku langsung duduk di sebelahnya dan terasa haba badannya. Demam!

Qalesya - kalau dia demam sekalipun, dia akan tetap aktif. Tapi semalam -- she was totally flat.

Aku buatkan dia mee, dia taknak makan. Aku bancuh sekali lagi susu pun dia taknak makan. Semasa bersiap nak keluar, dia tertidur. Kami tetap teruskan agenda kami dan angkat dia masuk dalam kereta. Tetap tidur, mungkin penat sangat.

Sepanjang kami di Alamanda, dia tak jejak kaki ke tanah. Sentiasa berdukung. Mula-mula ayah dukung, tapi akhirnya mahu memerap dengan mami juga. Tak mahu ke ayah. Masa makan tengahari, cuba juga suap Qalesya, tapi dia tak mahu juga makan.

Di Alamanda, aku beli sedikit jajan (makanan ringan) -- pada aku, dia dapat makan‪ sikit pun jadilah even makanan ringan sekalipun. Asalkan ada yang masuk dalam perut. Cuba bagi, pun tak mahu.

Sampai saja rumah, aku masakkan dia sup ayam. Pun tak mahu makan. Jadi, walaupun dia tak makan, aku tetap berikan dia ubat demam dan ubat selsema. Selepas makan ubat, dia makan sedikit jajan yang aku beli tadi tapi, terus muntah.

Selepas muntah, dia nampak sedikit selesa dan makan dengan banyak jajan yang aku beli itu. Itu adalah satu-satunya makanan yang masuk ke dalam perut Cha -- semalam.

Waktu malam, keadaan Cha bertambah teruk. Suhu mulai naik ke 38 celcius. Aku kata jangan tunggu lagi, jom ke klinik masuk ubat punggung. Tapi semasa sampai ke klinik, suhu turun ke 37 celcius jadi doktor menolak untuk berikan ubat punggung. Cumanya memang dia sediakan untuk kami, in case -- Suhu Qalesya naik mendadak malam nanti.

Setiap jam kami pantau suhu badan Cha. Setiap masa kami jerlum badan Cha. Suhu tak turun. Ada ketika suhu dia naik sehingga 39 celcius, dan dia pula nampak macam dah nak meracau. Kami terus masukkan ubat punggung dan terus jerlum dia tanpa henti. Petang tadi, aku diberitahu kawan untuk jerlum Cha dengan air asam jawa. Aku buat. Selepas masuk ubat punggung, kami mulai jerlum dia dengan air asam jawa.

Dalam setengah jam, masih tak ada perubahan. Badan tetap panas. Aku mula kemas beg. Bersiap untuk ke hospital. Masa itu jam 11.30 malam. Aku siapkan baju-baju Cha, baju-baju kami, susu Cha -- segalanya.

Jam 12.00 malam, kami cek semula suhu badan Cha. Alhamdulillah, turun ke 37.1 celcius. Badan Cha pun mulai susut panasnya. Dia tetap tidur. Dah kurang bergerak.

Kami berbincang dan setuju untuk pantau sehingga pagi esok. Sekiranya naik semula, kami akan terus ke hospital. Buat sementara, kami bawa dia masuk tidur dulu.

Dari semalam, aku tak tidur nyenyak. Baru sejam tidur, aku bangun dah cek suhu badan Cha. Alhamdulillah, badan dia dah tak panas dan sebentar tadi, jam 4.30 pagi, dia minum susu dia yang pertama sejak pagi semalam.

Sekarang dia masih nyenyak tidur.

Biar tiada pekerjaan. Itu bukan risau yang utama.
Biar tiada berwang. Itu bukan risau yang utama.
Biar tiada rumah sendiri. Itu bukan risau yang utama.
Tapi kesihatan anak, itu yang utama.
Melihat anak tidak sihat, adalah perkara terakhir dalam dunia yang setiap ibu fikirkan.

Kalaulah ada ibu yang tidak kisahkan anak -- bukanlah ibu namanya. Tak layak dipanggil ibu pun.

Ya Tuhan, kalau ada sakit yang kau simpankan untuk Qalesya Alia, kau pindahkanlah padaku. Janganlah kau bebani Qalesya. Biarlah aku yang menanggungnya. Jangan kau biarkan dia kesakitan.

Ameen.



Sent from my iPhone

2 comments:

  1. saya pun risau kalau anak tak sihat. semoga qalesha cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Susah hatikan kalau anak tak sihat.. Tidur malam pun tak lena sikit2 jaga nak tgk dia

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...