Tabungan

17 October 2014

Spek atas batang hidung -- aku masih belum mahu tidur

Dulu, masa zaman belajar di Machang, aku ada seorang kawan. Roommate actually. Orangnya sangat details. Dia memang tajam. Teliti orang melayu cakap.

Biasalah zaman belajar, study group memang penting. Dan port study group akan berubah-ubah supaya dapat rasa feel yang berbeza. Tak adalah bosan saja satu tempat kan.

Ada sekali tu aku tertidur. Tapi tidur aku hanyalah sekadar tidur-tidur ayam.

Tiba-tiba ada seorang kawan masuk ke bilik dan mencari aku. Tapi bila kawan aku itu tengok aku sedang tidur, dia tak jadi untuk berjumpa aku.

Tapi roommate aku ni pun cakap pada kawan aku ni tadi, jangan risau, gerak saja dia, dia belum tidur tu. Kawan aku kata, macam mana kamu tahu. Jawab roommate aku, kalau dia tidur betul, dia akan cabut spek mata dia. Tapi kalau dia just tidur-tidur ayam atau nak tidur sekejap saja, dia takkan tanggalkan spek dia. Kamu tengok, dia tak cabut spek kan? Maknanya dia belum mahu tidur, gerak sajalah dia.

Ye roommate, aku dengar perbualan itu. Dan aku masih sehingga kini kagum dengan observation kamu itu :)

***

Kini, aku masih belum mahu tidur. Aku tak cabut spek lagi. Setiap kali begini, aku mesti teringat kata-kata roommate aku itu. Aku sendiri takkan sedar tabiat aku kalau aku tak dengar dia explain begitu pada kawan ku itu.

Rindu, tiba-tiba rindu zaman itu. Zaman yang tak perlu fikir pasal politik kerja, tak perlu fikir pasal kenaikan kerjaya, tak perlu fikir pasal duit dan segalanya.

Aku cuma perlu fikir tentang pelajaran yang mana kadang-kadang hilang fokus kerana dikacau jiwa remaja.

***

Aku belum boleh tidur. Qalesya tak sihat. Dah dua kali muntah. Aku ngantuk tapi aku tak ada hati mahu tidur. Jadi aku baring-baring dengan spek di atas batang hidung.

Dan aku teringatkan roommate aku semula. Dan kitaran ingatan berulang-ulang lagi. Dan memori di Machang semua keluar. Dan.... Haish!

Sent from: My Phone

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...