Tabungan

26 December 2013

macam cantik je. macam cantik je.

aku, kalau bab memuji diri - ya, sila serah pada aku. haha.
maklumlah, siapa nak puji kalau bukan diri sendiri kan haha.

tapi serius aku suka dengan skirt ni. beli untuk jual, tapi haruslah tokey rembat satu untuk testimoni diri kan hehe.

yang aku pakai saiz XL


aku pakai skirt ni masa malam aku jadi MC untuk satu dinner. terasa jelita gitu. haha. dan ya, ramai yang bertanya skirt itu. aku ambil last week, dah habis dah semua. ini batch kedua -- dan akan ambil lagi sebab masih ada permintaan.

kalian nak?

boleh saja, meh order, boleh aku ambil sekali harung :)

available untuk size S, M, L, XL, 2XL dan 3XL.

beli jangan tak beli.

RM65 free postage tau :)



untuk lebih banyak attire sila jenguk kedai saya http://prettyqalesya.blogspot.com


25 December 2013

buat kalian yang baik hati..

salam rakan-rakan sekalian.

Tahun 2014 membawa harapan yang besar buat aku sekeluarga.
dengan itu, aku udah kemaskini perniagaan aku dan dengan itu aku dengan rendah diri mengajak kalian untuk meng-follow aku di page-page berkaitan seperti ini:-



untuk dua page di atas, aku fokuskan untuk apparel. konsep aku lebih kepada attire ke pejabat, muslimah dan elegan. InshaAllah, kalian akan suka :)

untuk page di Facebook -- https://www.facebook.com/PrettyQalesya aku lebih fokus kepada perniagaan Shaklee aku dan InshaAllah sedikit masa lagi, aku akan release blog Tentang Shaklee pada kalian (http://tentangshaklee.blogspot.com/). blog tersebut masih dalam pembaikan dan touch-up sana sini hehe. sikit masa lagi, sikit masa lagi :)



sikit masa lagi ada sedikit Giveaway yang akan dibuat sempena pembukaan blog dan instagram Pretty Qalesya ni. ada banyak hadiah untuk aku berikan kepada kalian.

lebih kurang 20 hadiah menanti kalian tau :)

Jadi sekali lagi, dengan rasa rendah diri, mana yang rajin -- jemputlah like semua page yang aku mention di atas.

Terima kasih kawan-kawan sekalian :)




24 December 2013

Kebaikan Garam Bukit -- mari mari saya ada jual!!

baru-baru ini, aku ke Sarawak -- ada retreat bahagian.

untuk pengisian retreat ni, kami jemput Trainer Jemputan dari Hijrah Minda Consultant iaitu Ustaz Mohd Abd Hadi. sepanjang program tersebut, memang banyaklah ilmu yang beliau kongsikan terutama sekali dari segi pemakanan dan kesihatan khususnya.

Dalam bercerita tentang kesihatan ini, beliau juga kongsikan tentang penggunaan garam bukit dalam kehidupan sehari-harian.

sebenarnya aku dah lama dengar tentang garam bukit ni. memang ada banyak kebaikannya. even blogger-blogger terkenal seperti Maria Elena dan Rina Salleh sendiri menggunakan garam bukit ni.

jadi bila Ustaz Hadi dah mula bercerita pasal kebaikan garam bukit ni, aku pun dok kumpullah segala kebaikannya.

yang aku betul-betul ingat ialah -- garam bukit ni boleh menenangkan badan yang dah seharian penat di pejabat. wooo. penting oo tu. caranya hanyalah dengan merendam kaki dalam air yang dah dicampur dengan garam bukit ni. inshaAllah kita akan rasa tenang dan senang nak tidur petang tu.

okey -- aku cuba cari apa signifikan di sebalik merendam kaki dalam garam bukit ni. jadi aku jumpa satu web Pusat Rawatan Islam yang menerangkan kebaikan garam bukit ni. aku copy paste di sini -- namun kredit buat Pusat Rawatan Islam Kiswah ya.

Rendaman Kaki Garam Bukit tulen Terapi Kristal

Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Mungkin akan ada juga yang tertanya-tanya kenapa bila kita google kebaikan garam bukit, akan terus masuk ke area rawatan islam. ini adalah kerana syaitan dan jin tak suka garam bukit. jadi bila garam bukit dicampur dengan air, maka ia jadi pengancam pada jin dan syaitan ni :)

okey, macam mana nak dapatkan garam bukit ni? jangan risau, saya ada jual haha.

hari tu kte dah ambil 7 botol -- habis dan dan tu juga tau!! memang ramai orang cari garam bukit ni. tambah pula, garam bukit yang kita jual ni tengah sale. kte jual dengan harga yang murah.

kte ada :--

Crystal Salt With Mix Spice -- harga RM29.50 untuk 500gram (Harga sebenar RM59) **tak termasuk postage

Crystal Salt Face and Body Scrub -- harga RM29.50 (Harga sebenar RM59) **tak termasuk postage

Crystal Salt Face Soap -- harga RM19.50 (Harga sebenar RM39) **tak termasuk postage

Crystal Salt Spray -- harga RM29.50 (Harga sebenar RM59) **tak termasuk postage



kebaikan dah nyata.
barang pun ada.
nak cuba boleh hubungi kte.
nak tahu lagi pasal produk boleh hubungi kte.
tengah murah ni, memang rugi kalau tak cuba :)

owh. alang-alang dah cerita tentang garam bukit, kte nak cerita, company tempat kte ambil garam bukit ni akan adakan hari terbuka pada 25 Disember 2013 ni. Haah. esok. hahaha!! memang ada macam-macam aktiviti yang boleh disertai oleh orang-orang luar.



kalau ada masa, pergilah join ya. ada banyak kelas free yang boleh kte join disini. yang paling best ialah kelas aura jam 1.30 tengahari tu nanti. best tu!

jadi kesimpulannya :--

nak cari garam bukit? hubungi kita.
nak ilmu? jemput ke FCC Section 15 Shah Alam esok untuk perkongsian ilmu!!

selamat beraura!! :)


our precious Cha

lately, aku risau-kan anak dara aku yang seorang ni.
akhir-akhir ni bila aku ambil dia dari taska, dia macam dah tak terjaga.
badan busuk macam tak mandi.
kadang-kadang dah nak masuk kereta, dia bising dia kata dia berak.
jadi aku tertanya-tanya, cikgu-cikgu kat taska tak peduli ke dia ke walaupun dia dah bagitahu dia berak.
badan kadang-kadang ada kesan merah.

haish.
entahle.
mungkin dah terlalu banyak disogok dengan kes-kes penderaan di tempat jagaan kanak-kanak, aku jadi fobia dan terfikir-fikir secara berlebihan.

hati seorang emak - kan.

tapi tulah, bila kita tulis macam ini, mulalah ada mulut-mulut yang dah masuk insurans -- mengatakan bahawa 'takut anak kena dera, berhentilah kerja -- jaga anak sendiri, dah tak percaya orang jaga, jaga lah sendiri anak tu'.

haish.
cakap memang le senang -- kan.

inilah senario yang mak-mak kena telan bila hantar anak-anak pada orang untuk dijaga dan diasuh.

aku hanya mampu berdoa agar Qalesya sihat selalu. inshaAllah, dia boleh survive, tapi biarlah kena pada level-nya. dia masih kecil, semoga cikgu-cikgunya sabar dengan kerenah Qalesya. aku sendiri faham, Qalesya ni lambat sikit development-nya. belum petah bercakap. agak degil. tapi aku suka. sekurang-kurangnya aku tahu, dia sedang meng-explore dunia dia :)

namun ada juga yang tak faham.
pernah sampai ke telinga aku -- orang mengata dia, 'badan besar, tapi bercakap idak' -- 'dah besar, tapi pakai pampers lagi' --
huhu. ni mak dia yang melahirkan ni, sedih tau.

cubalah jaga sikit hati orang bila nak berkata-kata.
setiap anak dilahirkan istimewa.
setiap anak dilahirkan berbeza-beza.
setiap anak dikurniakan perkembangan yang berbeza-beza.
jika dari kecil dah dibanding-banding, apa jenis manusia yang kita bakal didik?

:(

dear Cha,
mommy loves you so much.
mami takkan pernah menghukum dan membanding-bandingkan kamu dengan yang lain.
take your time.
explore your wold sayang.
shine like a diamond.
mommy will always be by your side.

you know I loves you always ya sayang.





:)

23 December 2013

berkain batik.

sekali-sekala pakai kain batik.
bila pakai, terus ke teluk batik.

acewah.


cerita lanjut tentang kain batik ni, boleh baca kat FB aku.
oo. suke kome ye teman pakai kain batik. sampai berpuluh-puluh like. saje aje kome ye hehe.

***



ini keluarga aku.
kecil tapi kami saling melengkapi.
banyak perkara yang kami sudah tempuhi semata-mata hendak dapatkan keluarga bahagia ini.
kalau dilihat pada senyuman kami ni, kalian takkan boleh percaya peristiwa-peristiwa duka di sebalik kebahagiaan yang kami sentiasa tonjolkan ini.

walau apapun,
keluarga inilah yang ada disetiap bangun dan jatuh.
seteruk mana lidah yang mengeji keluarga ini, kami tetap teguh bersama.

inshaAllah.

love every single person in this picture so much.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...