Tabungan

07 May 2010

Tak tahu nak mula dari mana..

Salam sayang buat semua..
pertama sekali aku nak mohon maaf sangat2 sebab dah lama tak berjalan-jalan ke rumah korang.

harap korang paham keadaan kiter sekarang yang tengah mengandung ni.
and keadaan kat opis yang tengah caca marba.

tapi takpa.
aku dah pikir solution.
sabtu ahad blogwalking.
hari kerja malam update sikit.
ok ok ok?
ihiks.

minggu ni minggu yang sangat lelah buat aku.
Encik Nazri sibuk uruskan PTK dia untuk 4 minggu ini.
dia cuma available pada sabtu dan ahad.
hari kerja aku terpaksa drive sendiri.

owh sangat perit.
kereta aku manual.
maklumlah masa anak dara memang racer.
tak terpikir langsung nak beli auto untuk kegunaan masa depan wakakaka.
so skarang dah terasa la penatnya.

dari Isnin lepas aku dah start drive sendiri.
lastly semalam pagi perut aku rasa kejang.
aku yang memang dah fobia kalu ada sakit kat area perut, terus pecut gi jumpa doktor.
doktor kata baby oke.
dah scan.
Subhanallah ciptaan Tuhan Maha Besar.
baby kesayangan dah 3.27cm.
dah nampak kepala tangan dan kaki.
masa doktor scan kat dia, dia dah pandai golek-golek.
doktor kata dia tak suka kat scanner tuh, so dia main lari-lari ihiks.
tapi semalam, kiter gi cek sorang2..
yelah, Encik Nazri takdo kan.
so rasa lega juga tengok baby yang membesar dengan baik.
Alhamdulillah.

sekarang ni.
badan memang serba tak kena.
maklumlah ini pengalaman pertama mengandung.
ya ampun.
manis dalam masa yang sama memang perit.
oleh itu kena lah muhasabah diri.
ingat pengorbanan mami mengandung aku dulu.

sekarang ni pun aku tengah sakit kepala.
sangat sakit.
tunggu masa nak baring aja.
tak larat sangat dah rasa.
tapi aku sedih.
sebab kadang-kadang orang sekeliling tak paham.
terutama sekali boss lelaki ni.
diorang ingat aku buat2 kot.
tapi serius aku tak larat.
aku dah cuba lawan.
apa taknya.
aku pening macam mana pun aku tetap datang kerja.
pening camna pun aku tetap tersengih dalam meeting.
lawan whattt.
tapi still melawan buat badan bertambah penat.
macam semalam aku demam.
Tuhan ajer tahu betapa lemah aku semalam.
Encik Nazri pun tak bagi kerja.
tapi aku terpikirkan orang-orang yang tak paham dengan keadaan aku ni.
aku gagahkan juga bawak kereta datang ke opis.

haih entahlah.
perasaan aku sekarang ni.
sangat sangat bercampur baur.
tadi masa tengah bawak kereta.
aku terbayang gambar baby kat monitor tu semalam.
menangis sekejap.
betapa susah nak dapat yang sorang ni.
kena operate.
berkemungkinan kena buang.
alih2 Tuhan panjangkan nyawa dia untuk terus berada dalam rahim aku.
dan melihat perkembangan dia yang normal.
betul2 buat aku tersentuh.
sekejap tersenyum.
sekejap menitis air mata.
sekejap aku usap perut. bisik mami sayang baby.

pengalaman ini pengalaman terindah.
pertama kali menjadi ibu mengandung.
sangatlah banyak dugaan.
yelah nak menyesuaikan perkara baru kan.

aku mahu terus tabah.
aku mahu terus kuat.
demi baby ini.
dan demi Encik Nazri yang siang malam bersembang dengan baby ni.




p/s ~
ada sekali tu Encik Nazri sembang ngan baby pasal pemanasan global.
adakah patut.
wakakakakaka.
i love u Encik Nazri :)

10 comments:

  1. pasal pemanasan global eh???
    hehehehe...
    =.=

    ReplyDelete
  2. Te,

    sekadar nasihat.


    jangan terlalu pk yg negatif during pregnancy ye..


    Cara Manual tu one of the xcercise jugak tu..


    masa kRina pregnant dulu; ALong & Angah masih drive manual lagi all the way fm Rawang to USJ sayang..120km return daily. InsyaAllah takde pape.


    Yg penting Te, kena kuatkan semangat demi cari rezeki.

    ReplyDelete
  3. pregnant ni kene banyak sabar.. kekadang maybe kita tak boleh kawal emosi.. tu yg ada fikir yg bukan2 harap tabah ye..

    ReplyDelete
  4. baby pn dh pndai cerewet bl kne scanner ek..hihihihi
    hurm..sgt sweet bro nazri sembang psl pmanasan global...ish3...
    tc of urself sis..jgn pkse if dh xlarat..demi baby tu..die pn nk rehat gak..ngee~~~

    ReplyDelete
  5. shabas...anakku. kau harus tabah dan sabar. Ini dugaan mengandung anak sulung. Kuat kan iman, rezeki pun kena cari, anakpun mesti ada, suami apatah lagi, berbeza dengan mami dulu, mami mengandungkan akak, pergi kerja naik bas, turun bas, petang baru balik, tapi demi anak...mami sabar...jadi akak mesti kuat macam mami, nak jadi macam mami tak......sabar ye....jaga kesihatan, tugas dan rumahtangga.

    ReplyDelete
  6. hik hik hik

    nanti baby jadi pakar kaji cuaca.

    :P

    ReplyDelete
  7. seskali minta encek nazri sembang ttg ibnu sina pada babby..


    waaa...kehidupan sis sgt arrr sesak..

    ReplyDelete
  8. Bos lelaki tuh x kahwin ker?...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...