Tabungan

09 March 2011

saya ada satu cerita.

owh.tiba-tiba rasa mahu bercerita.
takde kerja ker?
ada.tapi.ahh.hee.

dulu.
aku punya seorang abang.
kenapa aku kata dulu.
owh kerana dia dah tinggalkan kami selamanya.

ceritanya panjang.dan ada yang terpaksa disimpan sebagai rahsia.
namun sebagai perkongsian cerita, aku ceritakan mana yang perlu ya.

abangku ini, aktif.
semua jenis sukan dia main.
bowling? juara.
badminton? hebat.
futsal? jangan cabar.
angkat berat? tengok badan la.

namun kuasa Tuhan.
siapa boleh menghalang?

akhir bulan November 2006, kami dapat panggilan telefon daripada bekas isteri mengatakan dia dah dimasukkan ke hospital Serdang untuk pembedahan usus.
dan yang paling menyedihkan, dia dikhabarkan menghidap kanser peringkat ke-4, yang mana sebenarnya dah tak punya harapan lagi untuk hidup.
abangku dikatakan hanya boleh hidup selama 6 bulan sahaja lagi.

dan sebenarnya, abangku punya sedikit salah faham dengan ayahku, dan hampir 9 tahun mereka tak berjumpa dan bertegur sapa.
balik kampung masa raya? tak pernah.
namun, walau apapun terjadi antara dia dan ayahku, hubungan kami adik beradik tak pernah putus.
terutama sekali dengan aku. aku adik yang paling rapatnya. dan hubungan yang rapat ini membuatkan dia meminta agar aku datang ke KL untuk menjaga dia.

6 bulan untuk hidup? zalim jika aku menolak permintaannya.
tambahan pula, inilah masa-masa terakhir yang ada untuk aku luangkan masa bersamanya.

maka itulah pertama kali aku ke KL, memandu sendiri, dari ipoh ke KL.
mencari jalan ke hospital Serdang. sesat sana sini. sesat sehingga lewat malam. perkara biasa buat aku.

dan ya. mungkin rezeki kerana niat baikku untuk bersama-samanya, aku mendapat pekerjaan di Public Bank SS2. dari situ pula, aku sering berulang alik, dari SS2 ke Serdang, setiap hari hampir 2 minggu.

dan minggu seterusnya, abangku dipindahkan ke HKL. dan bermula saat itu, aku seakan-akan menjadi kaktiangan tetap di situ.

keadaan abangku?
selepas pembedahan usus tersebut, kesihatan abangku semakin merosot.
dan dia menjadi lumpuh separuh badan.
jika dulu masih boleh berjalan menggunakan tongkat.
namun sekarang tidak lagi.
hanya boleh duduk di atas kerusi roda.
itupun, kena angkat naik dan turun.

emosi?
jangan cakap.
sentiasa naik turun.
setiap hari dia mengeluh pada aku tentang nasib hidupnya.
mengeluh di atas dugaan yang dihadapi.

menghitung hari?
pada awal, ya. dia asyik membilang jangka masa 6 bulan yang diberi.
sehingga kadang2 aku naik marah kerana emosi dia yang rapuh itu.
namun apa boleh aku lakukan?
dia menanti mati?
pernah kamu rasa perasaan itu?
oleh kerana itu, aku tidak pernah lagi memarahi dia tentang membilang hari itu, namun cuba memberi sokongan untuk menghadapi saat yang pasti itu.

dari sehari ke sehari. keadaan dia makin teruk.
badan dia makin kurus.
dan owh ya. dia lumpuh dari pinggang ke kaki. dan dia juga mengalami masalah perkumuhan,
maksudnya, dia tak boleh membuang air kecil dan besar sendiri.
dia terpaksa membuang air kecil di dalam botol.
dan buang air besar? sekiranya dia hendak membuang air besar, dia akan panggil aku, dan aku akan sumbatkan ubat di bahagian duburnya dan korek kerana dia udah tidak mampu untuk meneran dan membuang air sendirian.

geli?
tidak. itu abangku. dan aku rasa sangat bertanggungjawab untuk membuat semua itu. kasih sayang ku pada adik beradik ku tidak berbelah bagi. terutama sekali abang yang aku tahu, tidak akan boleh aku ketemu lagi nanti.

hari-hari terakhir?
ya.
aku bersamanya.

hari rabu.
dia terlalu banyak makan moffin. katanya terlalu sakit. tak tertanggung. jika makan moffin, dia berasa tenang. lalu aku dan kakak iparku melarang dia memakan terlalu banyak ubat. dan dia berkecil hati rupanya.
malam itu, dia minta untuk aku tidur bersamanya kerana dia mahu kakak iparku berehat. ku turuti.
dalam pukul 5 dia bangun nak minta untuk membuang air besar. maka prosesnya bermula. prosesnya lama. makan lebih kurang sejam juga. aku pula pukul 630 memang dah kena bertolak kerana mahu mengelak jem. tapi kerana abang, aku buat juga dan tidak meminta tolong bibik yang ada. belum sempat aku cuci habis, dia kata dia penat dan minta untuk baring. aku bersihkan bahagian belakang dan bawah, aku terus baringkan dia, dan aku bersandar di tepi dia. tiba-tiba dia menangis dan berkata "ita, joe janji takkan susahkan ita lagi selepas ini. joe janji ta. joe janji." aku marah. aku kata aku sanggup buat apa saja. kalau 10 tahun aku perlu begini. aku tetap sanggup. asalkan dia kuat dan teruskan bersemangat untuk hidup. dia mengangguk saja. dia suruh aku habiskan cuci, dan minta untuk ambil wuduk kerana dia mahu bersembahyang.

hari khamis.
aku lambat pulang.
aku sampai dirumah pukul 10malam.
kakak iparku ada disisinya. sedang membaca yasin dan menangis.
dan ku lihat abangku, kulitnya sudah kekuningan.
ku picit-picit, seakan-akan tiada darah.
kakakku memanggil abangku 'abang, ita dah balik, tadi abang kata nak jumpa ita?'
abangku cuma buka mata dan senyum. dia berkata 'ita, dah balik? pukul berapa dah?'
aku jawab, 'pukul 10.'
dan dia berkata 'awal lagi'.

aku naik dan mandi, dan turun kembali untuk melihat dia.
tiba-tiba dia kata mahu makan.
jadi kami bertanya pada dia mahu makan apa.
katanya mahu makan bubur durian.
kami kata bubur durian tiada. yang ada cuma nestum.
dia kata boleh tapi mahu panas sebab dia kata dia tengah sejuk.
kami buat nestum yang menggunakan air yang baru mendidih. kami suapkan pada dia, tapi dia kata 'kenapa sejuk sangat'.

aku mengantuk, dan kakak menyuruh aku masuk tidur. tapi lebih kurang pukul 12lebih. kakak memanggil aku turun. ketika itu aku lihat abangku sedang nazak. badannya mengigil-gigil. nafasnya naik turun. kami berdua dah menjerit-jerit minta dia bersabar. kami panik. kami tak tahu apa yang perlu kami lakukan. kami terus minta dia mengucap. air liur putih mula meleleh dari mulutnya. tiba-tiba dia menarik nafas panjang, terhenti dan lalu terkulai.

kakak aku mula menjerit.
aku tergamam.
tergamam.
tergamam.
tergamam.
tergamam.
aku pegang tangan dia, longlai.
aku tekan2 dada dia. kaku.
aku paksa dia bangun.
aku marah dia jangan bergurau malam2 buta macam ni.
akhirnya bibik kami menyuruh kami bertenang dan berkata 'jangan buat begini, dia terseksa jika kamu pukul2 dia begini. ambil wuduk, bacakan yassin'.

aku sebenarnya tak boleh terima kenyataan.

aku mula menelefon jiran tertangga.
menelefon ayah dan mami dikampung.
dan pagi itu juga, aku memandu sendirian ke KL untuk ambil abangku yang tinggal di Jalan Ipoh.

arwah abangku punya kenalan yang ramai.
dia beruntung kerana ada 3 kumpulan yang membaca Yassin buatnya.
ramai yang datang melawatnya. sampai ada yang datang sebanyak 1 bas dari kompeni lamanya.
aku hanya melihat dari atas tangga.

ya tangga itu.
aku teringat.
dari tangga itu juga aku pernah memantau dia dari atas.
kisahnya, rakan2nya datang melawat dan membacakan dia Yassin. dia memandang dari bawah ke atas dan memberi isyarat agar aku duduk menemani dia disebelah.
namun, hari jumaat itu. aku hanya memandang sepi jenazahnya. tiada lagi isyarat agar aku duduk disisi menemani dia. tiada. dan aku rindu isyarat mudah itu.

paling tidak boleh menerima pemergian dia ialah ayahku.
tatkala ayahku mencium dahi arwah, dia menjerit dan memohon agar arwah diperiksa semula kerana katanya abangku tersenyum semasa dia memandang muka arwah.
ayahku menangis menangis dan menangis.
kami hanya mampu minta dia bersabar kerana kereta jenazah telah pun sampai dah masa untuk dia pergi ke masjid. kebetulan hari itu ialah hari jumaat. maka ramai jemaah yang bersembahyang untuknya. Alhamdulillah.


p.s.
1.  dunia ini jelas hanya pinjaman. sesihat mana kita, seaktif mana kita. kun faya kun. jika Dia kata sakit dan mati, maka mati lah kamu.
2.  cerita di atas, tiada niat untuk burukkan seiapa. sekadar perkongsian cerita yang dah lama aku simpan dalam hati.
3.  aku secara tiba-tiba rindu pada arwah. itu sebab aku keluarkan cerita ini.
4.  Al-Fatihah.

10 comments:

  1. kak tata....sedih, huhu..!
    moga ditempatkan di kalangan mereka yg beriman
    al fatihah

    ReplyDelete
  2. Al fatihah... May Allah bless his soul..

    ReplyDelete
  3. ieta...
    menangis kak ayu baca entry nie..
    semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman.
    dengan sifat ketabahan ieta menjaga arwah..
    walau ieta mengandung dan mempunyai masalah..Tuhan beri laluan yang menyenangkan sebab ieta pernah membantu abang kandung sendiri tanpa geli dan benci..

    ieta...mulia hatimu..
    alhamdullilah ayah pun dah maafkan arwah...

    semoga 5 tahun pemergian arwah...kita memanjatkan doa keatas rohnya...
    al- fatihah

    ReplyDelete
  4. taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...:(
    nanges kite baca tau!!!

    al-fatihah buat abang kamu..
    walau pon x kenal dia..kite pon rasa sayang da dekat dia nie..

    ReplyDelete
  5. Salam

    Alfatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan di kalangan yang diredhai Allah. Amin

    ReplyDelete
  6. alfatihah...
    xslah utk bcerita..
    mberi kesedarn dkt org lain gak..
    kdg2 ana rindu gak my late bro..
    siap cry ms posting lg cz de sorg patient sbijik cm muka arwah..

    ReplyDelete
  7. salam wanita mutalib,
    sedih baca kisah itu, Al-Fatihah buat arwah semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Amin.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...