Tabungan

04 June 2011

Istimewanya Penyusuan Ibu.

hari ni sembang pasai mak mak nak tak weee.

sembang pasal penyusuan ibu.

aku sangat2lah menyokong penyusuan ibu ni. walaupun realitinya aku tak dapat nak bagi penyusuan secara eksklusif pada Qalesya.

frust. frust sangat. sape kata tak frust? aku frust sebab tak dapat bagi 100% susu badan pada Qalesya. macam2 cara dah aku buat supaya susu badan aku banyak. tapi aku terima hakikat yang aku tergolong dalam kalangan mereka yang kurang susu badan.

tapi aku tetap berusaha. cari tips untuk perbanyakkan susu badan. and even sekarang aku makan ubat untuk memperbanyakkan lagi susu badan supaya Qalesya boleh menyusu lebih lama dengan aku. aku memang tekad, walaupun sekarang dah campur, tapi aku tetap nak menyusukan dia sampai dia umur 2 tahun. selagi ada daya.

aku sangat tabik hormat dengan mereka yang berjaya maintain bagi susu badan kepada anak2 mereka. ada storage susu, ada bergelen2 simpanan susu beku dalam fridge, siap beli tempat simpanan susu tu, sangat kagum, sangat respect dengan mereka. sesungguhnya mereka sangat2lah beruntung.

tapi, aku juga ada sedikit pelik pada mereka yang tidak berapa mementingkan susu badan ni.
awal2 lagi dah pisahkan baby mereka dari susu badan.
takpelah, mungkin ada sebab sendiri. mungkin ada masalah sendiri. macam aku yang kekurangan susu ni kan.
nak wat camne kan.

so, meh sini nak kongsi. istimewanya penyusuan ibu. :)

1.  Mengeratkan ikatan antara ibu dan bayi
Melalui sentuhan yang berlangsung sewaktu penyusuan ibu, bayi sememangnya akan berasa selamat,nyaman dan tenteram kerana sentiasa berada dalam pelukan si ibu. dengan posisi yang sentiasa berada dekat dengan jantung si ibu, ianya bagaikan irama yang merdu buat si bayi setiap kali si bayi berada dalam dakapan si ibu.
dan si ibu, ternyata dapat berehat sewaktu menyusukan bayi kerana ada berlakunya tindak balas hormon oksitosin iaitu hormon yang memberi ketenangan.

2.  Boleh kurus!!
Penyusuan ibu sebenarnya menggunakan tenaga. oleh itu, si ibu akan dapat membakar kalori yang ada dalam badan dan akan membuatkan bentuk badan ibu lebih cepat kurus, cantik dan menarik.

3.  save cost!!
of coz menjimatkan.
tak perlu beli susu formula. dan melalui penyusuan ibu juga, dapat menjimatkan kos bagi perancangan keluarga. kalau menyusu badan, dapat mengelakkan daripada si bayi dapat adik cepat sangat hehe.

4.  mudah
yes. sangat mudah. tak perlu berbakul-bakul bawa air panas, air suam, tin susu segala. yang anda perlukan, bawa badan sendiri sahaja. mudah bukan!?

5.  kesihatan.
ada kajian yang menunjukkan, kepadatan tulang ibu yang menyusukan bayi adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak melaksanakan penyusuan ibu. maknanya, ibu yang menyusukan bayinya, jarang mendapat osteoporosis bila usia meningkat.
kajian juga ada menyatakan, dengan penyusuan ibu, risiko untuk mendapat barah payudara dan juga barah ovari dapat dikurangkan.

6.  kelebihan kepada si bayi.
ada kajian di luar negara yang menunjukkan bahawa, bayi yang terlibat dalam penyusuan ibu, mempunyai kesihatan yang baik, IQ yang lebih tinggi malah lebih cepat berdikari dan akan mendapat perkembangan pertuturan yang lebih baik.
oleh kerana susu ibu mudah hadam, ianya dapat membantu mengurangkan tekanan dalam sistem penghadaman dan buah pinggang bayi yang masih belum matang.

7.  kelebihan kepada bayi pramatang.
penyusuan ibu terbukti dapat menaikkan berat badan bayi pramatang dengan lebih cepat. ini adalah kerana sentuhan yang berlaku semasa penyusuan sangat membantu perkembangan bayi tersebut.
susu ibu yang terhasil juga sebenarnya mempunyai lebih tinggi kandungan protein dan kalorinya sangat membantu bayi pramatang untuk membesar dengan lebih cepat dan mendapat berat badan yang sesuai.

8.  risiko jangkitan
penyusuan ibu dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit biasa dialami bayi dan kanak-kanak semasa tumbesarannya.


huwoooo. banyakkan kelebihannya. jadi ibu-ibu sekalian, moh kita menyusukan bayi kita selagi mampu. yeah!!


p.s.
masih berusaha membanyakkan susu demi Qalesya.

.ita kata.
anak saya akan enter the frame lagi.
cam tak biasa :)
.
.
.
.
.
.

6 comments:

  1. mak sy pun dulu pun kurang susu..
    tapi still nyusukan.. bile anaknya tak kenyang2, br la die bg susu formula..

    ReplyDelete
  2. memang banyak kebaekan nye...
    baby Q...
    kamu mesti jadi anak yg baek taw...

    ReplyDelete
  3. AA ~ Q pun skarang dah campor dik huhu..

    ReplyDelete
  4. ms ~ Q kata 'baik abang ceroi' heeee

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...