Tabungan

07 June 2011

Aku Seekor Patung Buaya

Aku adalah seekor patung buaya. Tempat tinggalku adalah di satu kedai hadiah di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. Jujur aku katakan, ya! Memang aku bosan duduk disitu. Hidupku dipenuhi dengan penantian. Penantian untuk menunggu siapakah yang bakal menjadi tuan baru aku.


aku seekor patung buaya

Pada suatu petang, aku didatangi oleh sepasang suami isteri yang mesra. Mereka datang menghampiri aku, memegang aku dengan lembut, namun diletakkannya aku semula di para itu. Aku kembali sedih. Aku benar-benar ingin menjadi hakmilik mereka. Namun mereka terus pergi meninggalkan aku sendirian di kedai itu.

Namun kesedihan aku tidak lama. Pasangan tersebut datang semula ke kedai tempat aku tinggal, dan tanpa ragu-ragu si isteri mencapai aku dan memegang aku dengan lembut. Sambil tersenyum, si isteri meminta izin si suami untuk membeli aku. Sempat aku dengar perbualan mereka 'Q pasti suka buaya ini kan abang?'.

'Q? Siapa pula Q?' fikir aku.

Aku tidak kisah, asalkan aku dapat keluar dari kedai yang membosankan itu.

Aku terus mengikuti mereka pulang dan petang itu juga aku berjumpa dengan Q yang dimaksudkan.

Seorang anak kecil yang comel dan manja. Si ibu menghulurkan aku kepada Q dan Q tanpa berfikir panjang terus menyambut aku dan NGAP!!! dimasuknya aku ke dalam mulutnya.

Walaupun sakit. tapi aku bahagia. Aku bahagia kerana aku dapat bermain dengan tuan-tuan baru aku yang mesra itu.

Setiba sahaja aku dirumah, aku berjumpa dengan teman-teman aku yang lain.

Antaranya...
.
.
Encik Beruang..
Encik Beruang

Ms.Wormie..
.
.

sebelah kanan buaya : Ms.Wormie
 Mr.Donkie
.
.

Mr.Donkie
 Mr.Bear Bear
.
.

Mr.Bear Bear
 dan Mr.Cow
.
.
 
Mr.Cow

Ya. Akhirnya aku dapat berkumpul dengan rakan-rakan yang baik belaka. Kami selalu berkumpul bersama dan berusaha mengembirakan hati Q. Kami juga sayang dengan Q yang sangat comel dan sentiasa bermain dengan kami.

Lihat, kami diletakkan bersama dan gambar kami dirakam untuk kenang-kenangan.
.
.


Kenangan kami bersama
 


 Lihat. Q sangat suka bermain dengan aku. Senyumannya tak lekang dari bibirnya. Aku juga sangat senang dengan gelak tawa dia yang riang itu. Aku sanggup selamanya menjadi bahan gigitan Q asalkan dia sangup terus bersama aku.
.
.
.



 
 


Aku juga tidak tahu sampai bila aku akan terus bersama dia. Tapi aku berharap, agar mereka terus menyimpan aku selagi mereka masih ada. Aku juga akan tetap terus setia bersama mereka sehingga ke akhirnya.


p.s.
sekali buat karangan darjah 6 daaaa..
:)


.ita kata.
learn something today.
be careful with words.
because words can be easily misinterpreted.
so thats why no more status in FB from now on heee.
only in twitter wakakakaka.


eh moh tgk Q berguling-guling heee.
.
 


 
 









32 comments:

  1. klu msuk periksa mesti dpt gred A+ utk karangan autobigrafi tu... wakakakakaka... mesti cikgu yg bg markah pun tergelak-gelak..

    ReplyDelete
  2. waaa.... best2..
    i totally agree with that.. words can REALLY be misinterpreted...
    but still, words are words. who cares??

    tp, xbest la xde status FB, tunggu la kte ade twitter dulu..heee..

    O.M.G..wakakaka...

    satu lagi, O.M.K.. heeeeee

    ReplyDelete
  3. salam,

    tq sudi singgah n follow blog sy... salam ukhwah...

    baru nak ckp cam buat karangan, hehehe... teringat ms sekolah dulu kan, ada kena wat karangan 'aku sebatang pensel', jamlah, n mcm2 lg...

    anyway, entri ni so sweet... lbh2 sweet ada dak kicik yg sweet tu, hehehe...

    jom join my simple n easy ga...

    ReplyDelete
  4. hahahah
    seronok laa baca karangan nie!!
    ;D
    ooo sgt geram tgk Q di geget sang boya itu..;p

    ReplyDelete
  5. puti ~ akak mmg dapat A untuk karangan hahahaha.. tipu jer.. akak dapat B heeee....

    ReplyDelete
  6. ms ~ jaga jaga abang ceroi mahu dtg hee..

    ReplyDelete
  7. areef ~ tme kasih juga singgah.. nnt kang saya jenguk balik tgk GA tu ya :)

    ReplyDelete
  8. kelasssss karangan darjah 6 kalau macam ni.

    suka pics. sume cantik!!!

    ReplyDelete
  9. GB ~ takleh lawan gambor kamu. takyah edit dah cantik kan :)

    ReplyDelete
  10. embun ~ nak tambah lagik nih heee..

    ReplyDelete
  11. O.M.K tu... ooo mak kooo...huhu....

    ReplyDelete
  12. 'AK'.. hehehe.. tpi yg ni karangan top class kak... hehe

    ReplyDelete
  13. EITA...

    subhanallah..
    suka sangat dgn entry ini..
    antara yang paling tertarik sbb eita syer semua kesayangan si Q...

    thanks eita...
    melihat teletah si Q.. buatkan hati ini gembira... suka walau badan masih kepenatan seharian...

    moga Q menjadi anak yang solehah...amin

    ReplyDelete
  14. ayu yang ayu ~ amin!! :) eh sonoknya kalau dapat buat awak rasa tak penat gini :) take care ya :)

    ReplyDelete
  15. meera ~ auntie mmg comel. tq. eh tetiba heee :)

    ReplyDelete
  16. huhhu..tomey je buaya n kwn2 tue...
    :)



    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. hehe..teringat karangan zaman sekolah kan..
    aku sebatang pensil la..aku sebuah buku la..keke

    wahh..seronok die bermain ya..
    hepi ceria je.banyak menan mami belikan ye.. =)

    ReplyDelete
  18. tomey huhuu

    wanita dok area mane ek..? kot2 leh berjumpa kelak

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  19. Yolah ashra. Banyakkan. Tp bukan dia main semua pn hee..

    ReplyDelete
  20. Saya duk ipoh bro. Kalu kl duk area gombak. Sy 1 tmpt keje ngn ben. Tp x pernah jumpo dia ngeee :D

    ReplyDelete
  21. Hi Wanita Mutalib,
    I love your collection of those cute toys.
    And you sure got one real cute boy there.
    Looks a real tough guy too....
    And you take very good pictures, very creative shots too.
    Have fun, kids grow very fast.
    Keep a song in your heart and have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  22. dear uncle Lee..

    .
    .
    .

    ihiks.. Q is a She ihiks..

    but she do a really tough girl hee..

    :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...