Tabungan

04 June 2011

sila tadah tangan dan bersyukur.........sekarang!!

Alhamdulillah.
itu aje mampu aku ucapkan atas rezeki dan kurniaan Tuhan yang tanpa segan silu dah aku guna selama ini.

kenapa tetiba begini.

ceritanya begini.

aku bukan keluarga berada. tapi Alhamdulillah, setakat ini, kami sekeluarga, cukup makan cukup pakai segala. dari mana datang rezeki, dah tentu dari Allah s.w.t.

Alhamdulillah setakat ini, kami sekeluarga masih dimurahkan rezeki olehNya.

cuma aku sebagai manusia biasa, seringkali bermimpi dan berharap agar aku dijadikan orang yang lebih kaya, lebih berada, lagak seperti orang kaya dalam kaca TV.

aku sering impikan kereta besar, rumah besar, handset canggih, laptop terhebat dan segala-gala perkara lagi yang kadang-kala hanya layak dibeli oleh orang-orang kaya sahaja.

pernah, semasa Qalesya tertidur di atas seatnya, aku menung panjang, dan berfantasi, bagaimana kiranya kalau aku seorang kaya. Qalesya pasti berada dalam satu kereta yang luas, yang selesa, yang baby seatnya berjenama mahal-mahal, yang boleh diubah-ubah kedudukannya, pendek kata yang lebih selesa.

terlepas keluhan aku. mengeluh atas nasib yang serba kekurangan. bukan mengeluh atas nasib yang diberikanNya. tapi mengeluh kerana tidak dapat memberikan yang terbaik buat Qalesya.

dia masih kecil. dia berhak mendapat keselesaan. dia seharusnya selesa. dia mesti selesa :(..

namun kuasa Tuhan.
semasa aku bermenung panjang, pandangan aku terarah ke luar tingkap kereta.
saat itu lalu satu pasangan melayu sedang menaiki motor.
si isteri sedang meriba seorang anak kecil.
didukungi dan terletak di tengah-tengah suami dan isteri.
masih kecil.
tidak tahu apa-apa.
tapi aku jadi sayu.
sekurang-kurangnya Qalesya dapat bersandar dan duduk dalam air-cond dalam kereta.
tapi kawannya tadi, tersepit dan menadah cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan.
aduh.

aku jadi insaf.
ya. sekurang-kurangnya Qalesya lebih beruntung.
Qalesya lebih selesa dari kawannya tadi.

serta-merta, aku rasa malu dengan Tuhan.
malu dengan kurniaNya.

kerana itu aku berpesan pada diri....

sila tadah tangan dan bersyukur........sekarang!!


p.s.
jangan sesekali meragui rahmat Tuhan


.ita kata.
tengah tengok orang lawan bowling kat TV.
terus gian nak main kot!!


5 comments:

  1. tersentuh .....

    betull syukur seadanya dengan kurniaan Allah.. dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diberkati Allah...

    syukur Ya Allah...

    ReplyDelete
  2. azam ~ dia masih beruntung kan? Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...