Tabungan

25 June 2011

sunyi huh?

sunyi?
sepi?

macam ada orang kisah?

it's been a very hectic week.
kerja banyak nak kerja kejar dateline.
sebab boss akan start outstation.
bergilir-gilir ngan aku.
kak ha akan round kelantan, terengganu, pahang dan sarawak.
aku akan pusing perlis,perak, melaka, negeri sembilan dan sabah.

melaka dan negeri sembilan aku akan cuba balik hari supaya masih dapat menyusukan Q.
perlis dengan perak, aku terpaksa berpisah dengan Q sehari semalam saja.
sebabnya, aku dah 'kawtim' dengan boss untuk bawak anak sekali ihiks.

eh. bukan guna duit rakyat. tak tak.
aku balik ke perak.
singgah umah emak.
tinggalkan Q kat umah emak.

driver dengan anak buah akan tidur kat hotel.
aku akan stay kat umah dengan Q.

besoknya terus buat kerja kat opis perak.
petang terus bergerak pergi opis perlis.
besoknya buat kerja kat opis perlis, petang tu terus balik perak.

driver akan drop aku kat umah ipoh, dan dia dengan anak buah sorang tu akan terus balik kl.

so aku dapat minimize kan jarak berpisah dengan Q hee.

kerja, kena kerja.
amanah kena tanggung dengan ikhlas.
tapi anak, suami dan keluarga kena beri keutamaan juga.

nasib baik boss sangat2 memahami dengan keadaan aku yang ada anak kecil ni hee.

yang sabah pulak, aku dah plan akan bertolak ahad petang.
sampai ahad petang.bermalam sehari.
isnin buat kerja kat opis sabah.
petang terus balik kl.

haha. sekejap aje kan weeee.

kalau dulu masa belum kawin, memang kalau boleh nak lama2 bila datang negeri orang.
kononnya dapat la membeli belah segala.
la ni tak leh dah kot.
kena ingat ada anak kecil kat umah tu hee.

so minggu yang busy nih adalah minggu yang penuh dengan preparation sebelum pergi outstation nih.
nak siap kan juga kerja2 yang akan ditinggalkan dekat ibu pejabat.
ada meeting penting masa tengah sibuk nak outstation tu.
so semua nak kena ready.

kalau diikutkan, start minggu depan, dah start aku bergilir ngan boss tinggalkan opis untuk buat roadshow kat opis-opis negeri nih.

mintak2 semua berjalan dengan lancar.

***

kalau buat BW, rata2 orang akan bercakap tentang kemenangan SEPAH semalam.
tapi memang tak boleh dipertikaikan sebab diorang memang konsisten.
tak pernah tak best.
sentiasa dapat maintain momentum lawak diorang.
so keputusan semalam memang telus dan adil.
sekurang-kurangnya takdela orang pertikaikan kan kan kan.
sebab memang adillah wei....

terpanjat boboiiiiii.....haaaaaaaaaaaaaa...

apa2pun, tahniah SEPAH. mak jadi kipas susah mati korang la pasni. terbaik la boboiiii.


***


minggu ni jugak, minggu penuh risau buat kami.
Q demam.
Q batuk.
Q selesema.
Q kahak.

dalam seminggu 2 kali pergi klinik.
ada satu malam tu badan dia tetiba panas.
halahai risau mak.

ada orang kata dia demam sebab nak besar.
mintak2 begitulah.
mintak2 takde yang lain selain sebab nak besar nih.

sekarang dia dah oke.

batuk masih ada tapi tak seteruk isnin lepas.
kahak masih ada tapi tak seteruk isnin lepas.
selesema masih ada walau tak seteruk isnin lepas.
demam pun dah kurang tak seteruk rabu lepas.

la ni, badan dia lak naik merah2. harap2 ianya hanya ruam biasa.
jangan lah diduga dia lagi Ya Allah.
sembuhkan lah penyakitnya. sihatkanlah tubuh badannya.
kalau masih ada sakit, pindahkan pada aku Ya Allah. biar aku yang menanggungnya. amin.

***

p.s.
keadaan kat opis dah kacau bilau.
tiada perpaduan.
camne camne?


.ita kata.
teringin nak tengok zaman kegemilangan company aku satu tika dulu.
ada siapa dah cipta mesin masa?


.ita kata lagi.
takde gambor Q.
dia asyik tak sihat.
takde mood nak edit gambor.

4 comments:

  1. Puti dh lma jdi kipas susah mati sepah... sjk dri RL3 dlu.. tpi abg peroz slalu ckp yg lwk depa kasar...

    ReplyDelete
  2. sepah mmg bes.. rezeki diorang tu 350 000. tade sape nak kasi sebanyak tu, they deserved it~

    mcm tu la agaknya ibu risau kalau sy sakit masa kecik2.. hehe kasih sayang ibu~

    ReplyDelete
  3. putee ~ tipu ngahahaha

    daun ceri ~ iyer, hargailah ibu anda hee

    sleeping beauty ~ tq :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...