Tabungan

24 July 2012

Ramadhan hari ke 4 kami

Suami dari semalam dah mengadu sakit perut pada aku. Aku pulak sedia maklum dia memang ada gastrik. Pernah masuk hospital pun kerana gastriknya itu. Aku pun ada gastrik. Tapi, yalah, ini cerita tentang gastrik dia, bukan aku haha.

Masa bersahur pagi tadi, suami tak banyak makan. Sakit perut katanya. Tengah makan pun dia berhenti, ke tandas, cirit katanya. Badan dah nampak lemah, mata dah mula merah. Aku tak tunggu panjang, terus ajak ke klinik.

Jadinya hari ni aku tak ke pejabat. Bawakan suami ke klinik sebab dia tak larat nak pandu kereta. Kesudahannya memang sah la kena rehat. Masa nak balik dari klinik, aku drive, tayar rasa gelong. Aku cakap dengan suami, aku nak singgah kedai tayar, nak suruh pam tayar. Suami kata suruh depa buat balancing terus la. Mak sahut oke sajo.

Sampai kedai tayar, terus la suami minta buat aligment dan balancing. Aku pulak pergi 7E belikan barang makan si Qalesya. Sampai kedai tayar suami kata tayar ada paku. Patutla rasa tak sedap, tayar memang takde angin.

Masa orang tu tengah repair segala, aku dah tengok, diorang belek tayar tu lain macam sajo. Aku bisik dalam hati ni mesti ada yang tak kena. Lepas tu, diorang datang kat suami dan explain pasal tayar tu. Kata depa tayar tu dah bengkak. Memang aku tengok, tayar tu fizikalnya lain macam betul. Suami siap pegang dan tengok aku lain macam. Rupa-rupanya dua-dua dah bengkak. Orang tu kata, kena tukar tayar. Adoyai!!! Tadi ingat datang nak wat balancing ngan alignment aje. 45 henggit aje. Ni nak tukar tayar kena 230 satu. Sepasang dah 460. Memang terbaik la pagi ni!! Tengah-tengah cakap pasal tayar, diorang bagitau pulak absorber. Depa kata, absorber pun dah rosak. Diorang siap tambah, tak mungkin absorber rosak sebab accident, ni mesti sebab langgar lubang. Oke.. Tang tu aku dah diam, kalau kata pasal langgar lubang, memang akulah yang bersalah, memang akulah orangnya... Jalan ke pejabat, banyak lubang dan aku memang pakai redah aje. Tak sangkanya, hanya kerana langgar lubang absorber boleh rosak dan bagi kesan pada tayar.

Oleh kerana mak rasa bersalah, mak kata tukar ajelah absorber tu. Tukar sepasang juga. Adoyai. Kena lagi 400lebih...

Tambah tolak semua menda kat kedai tayar tadi, terbang duit mak 1000lebih.

Dari sekecil-kecil 45hinggit, aku kena bayar 1000lebih.

Dugaan...

Aku tak fikir panjang nak tukar tadi sebab pada aku, aku yang banyak pakai kereta dan kereta tu aku naik dengan Qalesya. Biarlah kereta tu dalam keadaan baik. Kalau bertangguh-tangguh nak baik, apa-apa jadi kendian, ralat pulak rasa nya kan.

So sekian saja kisah ramadhan hari ke 4 kami yang penuh dengan pengeluaran wang.

Sent from my iPhone

1 comment:

  1. wang boleh dicari....
    nyawa..????
    dah btul la tindakan nya tu...
    :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...