Tabungan

17 May 2013

Bila Wanita Mutalib memasak | Tepung Magik

Oleh kerana hari ini mak tak sihat, maka-nya mak ambil keputusan untuk masak yang mudah-mudah saja yakni meng-goreng.


Bila bab meng-goreng, mak tak pernah ada masalah sebab mak ada rakan baik yang sentiasa membantu agar hasil gorengan mak sentiasa sedap nyum-nyum.

Nak tahu siapa rakan baik mak yang baik hati ni?


Ala, kalau tengok kat tajuk pun dah boleh agak kan haha. Ya, Tepung Magik la kawan baik mak. Mak memang suka pakai tepung ni sebab hasil gorengan memang cantik dan selain itu, memang rasa dia sedap.

Okeylah, cakap pun tak guna, meh mak tunjuk Tepung Magik tu ya.







Ada banyak cara nak guna tepung ni. Boleh guna dengan telur atau kalau nak cepat pakai air saja atau lagi nak cepat, buat macam kunyit saja, terus tabur atas ikan. Tapi aku suka campur dengan air sebab ---- aaa nanti aku cerita.

Bubuh dalam bekas.




Campur air, macam aku cakap tadi, kalau nak campur telur pun oke, tapi pada aku, campur air pun hasil gorengan dah cukup cantik.




Letak ikan. Kalau rasa cair, tambah lah lagi tepung tu.




Okey, kenapa aku suka letak air sebab hasilnya akan jadi banyak dan aku boleh pakai untuk goreng macam-macam lagi haha.

Sebagai contoh, fish cake ni.




Dan juga ubi kentang ni. Nyum nyum.




Jadi siaplah hidangan mak tengah hari ni.
Ikan, ubi kentang dan fish cake hasil gorengan dengan Tepung Magik.
Ayam masak kicap kegemaran Cha.
Dan oleh kerana mak tak larat nak masak banyak-banyak, untuk sayur mak potong timun dengan tomato saja. Jadilah kan.







Dan apa jadi rumah mak sementara mak masak.







Tengoklah Big Boss kecik tu, dulu masa kecil jangan harap nak duduk kat kerusi dia tu. La ni dah besar, meminta-minta lak duduk dalam tu. Nasib baik muat lagi.






Halahai anak.




Bagi mami rehat sekejap ya.
Sakit badan ni.






:)









3 comments:

  1. rehat la...lupakan hal kat tempat keje tu...

    weekend nih...enjoy..

    :)

    ReplyDelete
  2. Wah!!! magicnya..Terus siap dgoreng tanpa kuali..
    ;p

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    wah cepat dan sedap ^_^

    http://www.khairilmazri.com

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...