Tabungan

11 May 2013

Jurugambar Yuna benci Media Malaysia.


9 Mei – Jurugambar rasmi Yuna, Julian Schratter telah bertindak menyelar dan menghentam media Malaysia gara-gara tidak berpuas hati dengan ulasan yang ditulis oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini mengenai album EP Yuna berjudul "Sixth Street" yang dikatakan kurang mengancam.

Menurut laporan Kosmo!, Julian yang memuat naik gambar salinan artikel terbabit menerusi akaun Instagramnya, throughjuleslens tidak berpuas hati dengan ulasan yang mengatakan muka hadapan album Yuna terlalu 'overdone & uninventive' (keterlaluan & tidak berdaya cipta) telah mengkritik media Malaysia.
"Saya terkesima seketika kemudian saya sedar bahawa saya membenci semua media Malaysia dan saya tidak ambil peduli apa yang mereka ingin katakan." 






Ramai yang memberi pandangan bahawa tidak salah bagi Julian untuk mengkritik jika hasil kerjanya tidak selari dengan penulisan media, namun tidak adil untuk menghakimi media Malaysia atas satu ulasan yang dirasakan tidak enak didengar.

Julian yang pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi "Terukir Di Bintang" itu merupakan jurugambar rasmi Yuna sepanjang berada di Los Angeles. Malah dia pernah berkunjung ke Malaysia pada pertengahan Februari lalu.





***

Kasihan Yuna. 
Tak habis-habis dengan kontroversi.
Tapi Yuna ni bijak. Dia tak layan sangat kontroversi yang ada.
Senyap-senyap sudah.
Kalau perlu, dia ulas.
Kalau tak, dia diam saja.

Apa-apa pun, lagu baru dia Lelaki memang sangat terbaik!





Nice one Yuna!






1 comment:

  1. citarasa rakyat malaysia berbeza dengan dia :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...