Tabungan

22 May 2013

Mentang-mentang Boss! Boss la sangat kan?!

Aku bertuah sebab dapat anak-anak buah yang baik hati.
Kalau tang minta tolong memang tak berkira.
Tapi tak taulah mana tahu kot belakang aku mereka bising lak.
Tapi setakat ni Alhamdulillah, kalau minta tolong, memang tak pernah ditolak permintaan tu hehe.
 
Kadang-kadang aku ni pun mengada-ngada juga. Mentang-mentang ada anak buah kan, memanjang minta tolong anak buah. Itu sebab kadang-kadang, kalau ada kerja yang aku boleh siapkan sendiri, selagi boleh aku tak nak kacau anak-anak buah aku ni sebab aku tahu dia orang pun ada banyak kerja lain nak buat selain dari melayan kerenah boss kecik dia orang yang banyak songeh ni hahaha.
 
Minta maaf ye kakak-kakak sekalian. You know I love you  all too much hehe.
 
Macam tadi, rupa-rupanya ada makan-makan sikit. Kebetulan aku nak keluar tapi sebab dah nampak Kak Ani bawa mee goreng untuk Kak Amy. Oleh kerana rasa teringin, aku pun pesan-lah pada Kak Ani untuk reserved untuk aku sikit. poyo -- kenn.
 
Tapi disebabkan kakak-kakak aku ni baik, balik tadi tengok dah ada dah mee atas meja. Memang sayanglah kakak-kakak ni hee. Tapi aku tahu, kalau aku tak minta reserved pun, dia orang akan reserved juga untuk aku sebab selalu memang begitu. Balik bilik aje, mesti dah ada makanan atas meja. Bila makan, dia orang mesti ingat nak ambilkan untuk aku.
 
Oke takpe kakak-kakak, jangan risau, LNPT saya bagi tinggi -- kan? Hahahaha.
 
 
Jadi tadi ingatkan nak makan la mee yang Kak Ani tolong ambilkan tu.
 
Sekali masa nak makan, rasa pelik kenapa mee goreng aku bergerak-gerak. Rupa-rupanya ada lipas dah terlebih dahulu rasmi mee goreng aku. Terus ngadu kat kakak-kakak tu hahaha. Dah serba salah lak dia orang sebab tak tutup mee tu.
 
Adeh, aku mengadu bukan nak salahkan dia orang. Saja aje nak mengadu kak oiiii.
 
 
Hahahahahaha.
 
 
Itulah kes mee goreng di petang hari.
 
 
Sekian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Alahai........kalau dah bukan rezeki....

    ReplyDelete
  2. makan lah sisa lipas tu. penawar bagi resdung tau.hehehe :P

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...