Tabungan

08 May 2013

kena tahan polis

Semalam, masa dalam perjalanan ke pejabat, on the other side of lane, aku nampak ada road block. Setiap kali aku tengok road block, aku akan teringat kenangan aku masa belajar di UiTM Arau, Perlis.
 
Satu yang kalian harus tahu, UiTM memang ada soft spot dalam hati aku sebab...........aku jumpa Nazri di sana. Jadi, apa jua perkara yang berlaku di Perlis adalah sangat-sangat melankolik buat aku (kenapa aku guna perkataan melankolik?).
 
Ada satu hari, semasa aku belajar di Perlis, aku dengan kawan aku nak ke Kangar. Well, Arau dan Kangar taklah jauh mana pun. Dalam 10-15 minit perjalanan sahaja (dengan motorsikal). Kawan aku tak tahu tunggang motosikal. Aku tahu menunggang, tapi aku tak punya lesen motorsikal kisahnya. Jadi kami gamble la konon, pergi secara tawakal kepada Allah s.w.t. (oke -_-) dan terus ke Kangar dengan happy-nya.
 
Perjalanan pergi, okey clear.
 
Perjalanan pulang, 'dang' not so clear as pure water.
 
 
Selepas satu traffic light, nun di depan, kami nampak ada road block. Jadinya aku yang tengah kalut ni boleh tiba-tiba stop, kelam kabut suruh kawan aku turun, dan kami dengan kalutnya sorong motorsikal melawan arus. Di side mirror aku nampak ada satu polis dah start follow kami. Kawan aku pula dah terjerit-jerit bagitahu ada polis ikut. Aku dengan kalut suruh kawan aku naik dan aku terus pecut semula -- melawan arus!
 
Sampai satu kedai, tak jauh dari situ, kami stop. Lepak order air, sambil fikir macam mana nak balik. Dekat kedai tu ada satu kumpulan lelaki, tengah gelak-gelak pada kami. Rupa-rupanya dia orang nampak kekalutan kami tadi. Dari mula kami berhenti tepi jalan, patah balik, kena kejar polis, pecut lawan arus, semua dia orang tengok.
 
Gila malu tak ingat masa tu.
 
Last-last sebab kasihan sangat pada kami yang tengah kelam-kabut tu, mereka bagi tahu yang ada jalan belakang boleh tembus ke UiTM.
 
Kami terus gerak sebab masa tu pun dah pukul 6 lebih. Memang jalan tu lagi mudah dan terus sampai area rumah kami. Cuma jalan tu gelap sikit sebab tak banyak lampu jalan.
 
Bermula dari hari tu, kami selalu ikut jalan itu sebab tak tahu kenapa, jalan tu jarang ada road block hik hik.
 
Kiranya, memang tak boleh lupalah kenangan tu. Kalau orang tanya, pernah tak ada kenangan tentang road block, aku boleh cakap, ya saya ada -- the funny one! :)
 
 
 
 
 

5 comments:

  1. sempoi la cik ta..bleh plak u turn pusing blk tu siap kene kejar lg..tabik spring la..hahaha

    ReplyDelete
  2. Hihi... gelihati juga kakak baca tapi itulah boleh tahan juga ye otak terus ligat cari jalan pusing patah balik. Nasib baik polis tu tak terus follow...

    ReplyDelete
  3. Ita...!! sumpah aku xtau kau blaja kt uitm Arau..sama la dgn aku!! Wehhh, aku pun ada kenangan lari dr roadblock kt Arau dulu beb..same case..huhu :)

    ReplyDelete
  4. He....23x ok nak bahan la cerita nie dekat blog.. tunggu kejab ek

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...