Tabungan

06 May 2013

Tandas Awam

Satu masalah yang Malaysia hadapi (selain daripada fahaman parti politik yang berbeza) ialah tandas awam yang kotor. Pergilah mana-mana tandas awam pun, cukup susah nak cari yang betul-betul bersih. Satu-satu tandas awam yang boleh dikatakan bersih hanyalah tandas dalam pusat membeli-belah. Itupun pusat membeli-belah yang terkemuka macam KLCC, Pavillion dan Mid Valley. Kalau setakat AEON Big atau Tesco mestilah tak bersih sangat.

Tandas awam yang paling kotor pastinya yang di stesen minyak. Petronas okey lagi. Shell pun so-so aje. Selain dari dua yang disebut ni, kalau terdesak sangat barulah sanggup nak masuk. Kalau boleh tahan, memang sanggup tahan selagi mampu.

Kadang-kadang tak boleh nak salahkan pekerja di stesen minyak tu juga. Mungkin dia orang pun dah muak kot. Dia orang pula kena cuci lebihan orang lain. Padahal, sendiri punya tanggungjawab la kan. Takkan setakat nak flush pun nak harap orang.

Macam pagi tadi, kami bertolak dari Ipoh pukul 6.30 pagi. Sampai area Bangsar pukul 8.30 pagi. Jadi kami singgah sekejap di stesen minyak untuk freshen up.

Aku pun memang tak menahan nak buang air kecil. Masuk-masuk tandas tersebut, oke bersih la sikit, tapi air dalam mangkuk tandas kuning. Maksudnya orang sebelum aku tu tak flush toilet la kan? Aku pun bersangka baik, ooooo takde air kot. So aku try la dulu air paip, ada. Aku try pula flush toilet. Boleh saja. So kenapa air dalam mangkuk tandas masih kuning?

1. Kencing tak basuh?
2. Malas?
3. Lupa?
4. Tak tahu mana satu tempat tarik flush.
5. Semua di atas.


Hmmmm.


Sorrylah, tajuk memualkan sikit malam-malam buta ni. Nasib baik aku menulis dari phone, kalau tak dengan gambar-gambar aku tepek.


Hahaha.

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. tu kt kt luar cik ta..kt opis kite ni pon kekadg cmtu gak mals nk flush..msuk2 tgok ade 'emas' dlm toilet rse nk muntah tau..pstu nk ilangkan marah bersangke baek kte org tu lpe kott..hihi..sabo je la

    ReplyDelete
  2. betul la..kalau public toilet kt petrol pump mesti mcm tak selera nak masuk melainkan emergency..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...