Tabungan

12 June 2013

Tohmahan-tohmahan kepada Blogger yang bekerja.

Aku ni, jadi blogger, dah lama. Tapi dulu, tak ada orang yang nak ajak aku pergi event-event. Tak ada orang yang sedar pun kewujudan blog aku (even sekarang pun), tak ada orang pun yang sedar kewujudan aku.
Cuma adalah sekali dua aku dapat invitation daripada Blogger Otai lain untuk join event-event yang ada. Itu pun sekadar ada aje. Maklumlah, blogger picisan, kalau ada event yang besar dan gempak, haruslah tak dapat invitation, kalau event-event yang tak berapa orang nak pergi, barulah dapat.

Eh, merepek pulak aku?!

Okey, tapi itu bukan point utama yang aku nak cerita kat sini. Tapi sesuatu yang aku dan blogger lain sering terima bila kami pergi penuhi jemputan event.Tambahan pula kami-kami blogger yang masih ada kerja tetap. Buat yang dah jadi blogger sepenuh masa lainlah kan, itu memang kerja hakiki. Tak ada masalah nak pergi event kalau hari week days sekali pun.

Dulu pernah, orang tanya aku, eh kau kan kerja, macam mana kau boleh ada kat event tu?
Aaaa. Jawabnya -- aku ambil separuh hari di pejabat. Aku berterus terang dengan penyelia yang aku ada urusan di luar. Aku tak pernah hilang begitu sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Aku masih tahu peraturan dan aku mematuhinya.Janganlah pandang aku macam aku ni sengaja hilang dari pejabat. Janganlah. Aku jaga peraturan di pejabat ni, takkanlah aku main-main dengan pejabat sedangkan aku yang jaga peraturan di pejabat.

Bila bab keluar pejabat dah clear, ada pulak yang rajin tanya pada aku, kau sanggupkan, buat half-day semata-mata nak pergi event? Aduh. Pada aku, terpulang pada aku untuk terima atau tidak sebarang invitation event. Macam aku cakap tadi, aku tak selalu terima jemputan. TAK SELALU. Jadi bila aku dapat, haruslah aku excited nak pergi. Aku pun nak merasa juga pergi event-event as a blogger. Nak juga berkumpul dengan blogger-blogger terkenal. Mana tahu satu hari nanti aku boleh jadi macam mereka. Terkenal dalam area blogging. Lagipun, serius cakap, blogging juga satu kerjaya. Blogging memang boleh buat duit. Kena rajin dan tahu cara serta ada network.Dah ramai orang yang berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa dan terkenal. Contoh paling senang, Ben Ashaari. Dia dah banyak masuk majalah, dah masuk paper, dan terkini nanti dia jadi jemputan dalam WHI. Mana tahu satu hari nanti aku jadi macam dia. Aaaaa kan?? Hahaha. Tak salah berangan, cuma kena serius saja. Jadinya itu sebab aku tak kisah untuk terima invitation pada waktu kerja. Bukan selalu aku dapat. Sekali sekala sahaja.

Selain dari dua isu kat atas, ada satu lagi isu yang timbul. Perkara ni kena kat batang hidung aku masa aku jadi penceramah untuk peraturan pejabat dalam satu orientasi pegawai baru Tourism Malaysia.

Dalam Akta 605, memang ada larangan untuk seseorang pegawai kerajaan menjadi penyunting dan sebagainya dalam satu penerbitan. Jadi ada seorang pegawai baru yang bertanya, kalau menulis blog macam mana?

Dalam hati aku, dia ni tahu ke aku ada blog? Hahaha.

Pada aku sebenarnya tak ada masalah. Dia yang menjadi masalah kalau penyunting dan sebagainya tu, berbayar..Maknanya -- kau menulis dan kau dapat duit.

Aku menulis, macam aku menulis diari. Aku tak dapat duit. Diulang -- aku menulis dalam blog aku ni, aku tak dapat duit. Jadi sesiapa yang rasa aku boleh jana duit daripada junk yang aku tulis ni, tolonglah -- lupakanlah -- aku tak kaya pun menulis macam ini. Macam aku kata tadi, aku ini blogger picisan, sebutlah Wanita Mutalib, orang tak kenal. Aku tak pernah dapat job berbayar. Duit Nuffnang pun aku tak pernah cash out lagi sebab tak cukup-cukup 50 hinggit sejak aku pasang Nuffnang dalam blog aku ni. Jadi kalau rasa aku ni banyak duit sebab menulis dalam blog ni -- lupakan je lah. Kau orang salah. Aku tak dapat apa.

Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku bangkitkan hal ni. Hahaha. Mungkin sebab aku penat kot, bila aku up entri aku kesana kemari, orang akan bertanya -- eh banyak masa kau menulis kan. Kau tak buat kerja kat pejabat yer? Mengular?

Tolonglah wei -- dalam BlogSpot ni ada kemudahan di mana kita boleh buat scheduled entry. Kalau tetiba ada entry yang up dalam waktu pejabat, bukan maknanya aku dari pagi sampai petang aku ber-blog aje. Aku dah susun entri aku, supaya blog aku tak sunyi.Kadang-kadang dalam satu masa aku tulis 2,3 entri sekali dan aku susun sela masa dalam 2,3 jam dari satu entri.Haish.

Dan kepada bos-bos yang rajin membaca blog saya, terima kasih banyak-banyak :) Hahaha. Tak sangka ada yang tahu saya ada blog. Nampak gayanya saya kena lebih berhati-hati menulis selepas ini. Hahaha.
Akhir kata, nah la -- tengok anak sembahyang dengan ucapan -- udah-udahlah dengki kat orang.



Jun 12, 2013 | Cha semayang. by WanitaMutalib on Keek.com

4 comments:

  1. seronok pergi event..dapat jumpa kawan kawan yg sporting..kan? kan?

    alah rezeki di mana mana..kita berblog bukanlah point utama nak duit..for me lah..tapi kalau orang dah bagi..giler nak tolak kahkahkah..jujur hakak!

    dalam dunia, kita buat apa yg kita happy dan TAK menyakitkan hati orang lain..simple as that :)

    meh peluk meh..

    ReplyDelete
  2. Pernah alaminy juga
    Walau duduk rumah aje
    Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Melalui blog ini, yang kakcik tahu kakcik dapat kawan. Nak dapat duit berkepuk takdelah...

    Sebab ramai rakan sepejabat tahu kakcik ada blog, nampaknya kakcik tak bolehlah nak merapu sesuka hati... :(

    ReplyDelete
  4. Bro dulu pun gomen, Ben pun gomen...

    Memang gomen boleh jamin masa depan tetapi ada banyak peraturan yang perlu kita ikuti.

    Mcam Bro sendiri (serta rakan-rakan yang lain) tak suka dikawal terutamanya jika ianya melibatkan hobi.

    Pasal bayar atau tidak, kita anggap ia sebagai saguhati dan bukannya gaji.

    kita dibayar bukan untuk menulis, tetapi dibayar untuk perkongsian di blog kita.

    mcm bro, tak guna berblog jika tiada faedah darinya. Beratus perlu bro bayar setiap tahun untuk selenggara dan hosting blog bro...

    baru 1 blog.. belum blog2 yang lain?

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...