Tabungan

29 July 2013

Trauma seorang ibu yang memandu

Aku adalah seorang ibu yang memandu ke tempat kerja setiap hari.
Rutin aku, pagi keluar rumah dengan Cha tidur di sisi. Singgah di Bangi hantar Cha ke taska dan sambung perjalanan terus ke Putrajaya. Petang, keluar dari Putrajaya dan singgah di Bangi semula untuk ambil Cha dari Taska. (perlukah aku terangkan sejelas begini -- haha)

Apa yang hendak aku tekankan di sini ialah -- hidup aku dengan Cha habis atas jalan saja. Bergaduh dalam kereta. Berkasih dalam kereta. Menyanyi bersama dalam kereta. Banyak masa aku dengan Cha hanya dalam kereta.

Cha pula seorang yang manja. Sangat-sangat manja. Sekejap-sekejap dipeluknya aku, dicium, diusap pipi. Manja, sangat manja.

Tapi, apalah sangat nak bermanja-manja -- dalam kereta. Fokus kena atas jalan juga. Kalau apa-apa jadi, aku yang bertanggungjawab.

Jadi nampak tak di sini? Beratnya tanggungjawab seorang ibu yang memandu. Nyawa anak adalah tanggungjawab. Biarlah kita berusaha keras fokus pada jalan sekali pun, tapi kalau dah ada pemandu lain yang tidak berhati-hati, kita yang dah habis daya berhati-hati ni pun boleh jadi mangsa!

Khamis lepas, aku dalam perjalanan dari Putrajaya nak ke Bangi untuk ambil Cha. Yes, luckily I was driving alone. Sampai pada satu bulatan, dari belah kanan aku tengok ada beberapa kereta yang datang. Jadi aku berhenti macam biasa. Sementara nak menunggu kereta yang terakhir, aku dengar dari belakang dah ada kereta yang hon-hon pada aku.

Aku mula-mula buat tak tahu saja, tapi tindakan spontan aku (rupa-rupanya) dah mula menyusur perlahan-lahan kehadapan bila asyik kena hon. Dalam kelam-kabut tengok rear mirror dan ke kanan, aku perasan Alza Putih tu dah mula menggasak aku, dan di sebelah kanan aku nampak satu motor dah laju menuju arah aku. Aku cuma break dan tutup mata saja (kononnya tunggu kena hentam). Nasib baik motor tu alert juga dengan kereta aku, jadi dia sempat break. Bila aku tengok belah kiri, kereta yang hon aku tu boleh selamba saja blah! Menyirap darah aku! Sikit pun tak rasa bersalah!

Kaki aku dah mengeletar. Aku tak tahulah aku mengeletar sebab marah ataupun takut, jadi aku follow kereta Alza Putih tu. Sepanjang aku follow kereta tu, aku memang dapat rasa dia ni jenis pemandu tak bertanggung jawab atas jalan. Memang ikut suka hati saja dia mencilok sana sini. Sikit pun tak peduli orang lain. Jalan kampung, tapi bawa laju gila. Kalau ada kereta di hadapannya, memang dia follow dekat-dekat. 

Aku, jangan ditanya, gila geram sampaikan kaki mengeletar pun sanggup lagi memandu dan ikut rapat belakang kereta tu. Sempat juga aku snap gambar kereta tersebut, dan sempat juga aku pintas kereta ni beberapa kali. Terkejut betul aku sebab pemandu tu bawa seorang anak dan isteri. Haish geramnya. Takkan la isteri tu tak tegur langsung suaminya bawa kereta macam tu. Pemandu tu tak terfikir ke keselamatan anak dan isteri?!

Sampai pada satu jalan, kereta tersebut tak dapat nak laju kerana ada kereta di hadapannya yang bawa agak perlahan. And guess what, boleh mamat ni bagi high beam dan hon kereta hadapan dia.
Gila Selfish la!

Sampai satu simpang, aku dah tak follow dia lagi. Memandangkan kaki tengah mengeletar, aku berhenti sekejap di stesen minyak untuk tenangkan hati.

Satu saja yang aku fikir, nasib baik masa tu aku memandu sendirian, belum ambil Cha lagi. Kalau Cha ada dalam kereta, dan something happen, tak ke aku yang bersalah?

Bila memandu, kita kena bertanggungjawab sepenuhnya. Bukan sahaja pada diri sendiri, tapi pada penumpang bahkan pemandu-pemandu lain yang berada di atas jalanraya. Tapi nampaknya, tak semua pemandu ada pemikiran macam itu. Dalam kepala otak mereka hanya ada diri sendiri.

Cubalah bertimbang rasa, especially lady driver macam aku ni ha. Tak payahlah nak gelojoh sangat. Orang lain pun nak balik berbuka juga, bukannya hang seorang ja! Lagipun, bukannya balik nanti kau yang sibuk-sibuk nak kemas meja untuk makan, si isteri juga yang kena buat semua tu kan? 

Nauzubillah. Geramnya.





 


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...