Tabungan

28 May 2014

Perangai Qalesya

Qalesya oooo Qalesya. Anak mak sorang ni -- aktif, sangat aktif. Jenis tak boleh duduk diam. Ada saja yang nak dibuatnya. Tapi tadehal. Mak lagi suka dia aktif. Kalau dia tak aktif, kita juga yang risau. Ye dak? Masa dia sakit kang, kita nilah yang berdoa siang malam minta dia aktif semula. Jadi, biarlah dia aktif daripada tidak -- ye dak? :)

Cha, satu masalah dia ialah sangat susah nak makan. Selain daripada susah nak makan, dia ni juga ada masalah sembelit. Kalau dia nak membuang, kesian sangat tengok. Meneran sampai merah muka. Kadang-kadang dia give-up untuk membuang menyebabkan najis dia hanya keluar sedikit sahaja. Bila cuci, boleh rasa dekat area dubur dia, keras -- ada najis yang tak keluar.

Kemudian aku google. Aku google apa yang ibu bapa boleh buat sekiranya anak sembelit. Susah nak membuang. Bila tengok hasil carian, aku tepuk dahi sendiri. Selama ini jawapan depan mata aku saja. Dalam buku nota saja. Nampak sangat pemalas ye? Haha.

Hasil carian, rata-rata membawa aku kepada Meal Shakes Shaklee. Apa saja testimoni, semuanya berkaitan dengan Meal Shakes Shaklee. Gelak sendiri aku.

Now -- masalah kedua. Susah sangat nak makan. Sekali lagi aku google -- masalah anak memilih makan. Ha amik haha. Lagi sekali aku gelak sebab malu sendiri. Sekali lagi carian membawa aku kepada the one and only -- Meal Shakes Shaklee.

Sekarang ni, memang dah sah yang Meal Shakes Shaklee ni hot di pasaran. Sebabnya carian semua lead ke dia. Amboi. Biasa dia ni :)

Jadi, nak dijadikan cerita, dah dekat dua (2) minggu aku letak Meal Shakes dalam susu Cha dan aku terkejut dengan perkembangan Cha.

Satu -- aku memang dah tak tengok dia meneran beria-ia lagi. 

Kedua -- dia dah tak memilih makan sangat berbanding dulu. Apa saja yang aku hidang, dia akan makan tanpa banyak songeh haha. Kecuali ikan, hmm dia memang kurang makan ikan. Jarang dia dapat habiskan makanan dia, tapi akhir-akhir ni dia dapat habiskan makanan dia :)

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. :)

licin habis pinggan Cha :)


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...