Tabungan

13 September 2015

Sehati Sejiwa

Ayah aku kahwin dua.
Mak aku bekerja.
Mak tiri aku suri rumah sepenuh masa.
Jadi bila mak aku pergi bekerja, kami adik-beradik akan dihantar ke rumah mak tiri.
Mak tiri aku duduk di rumah kerajaan (kuarters).
Rumah dulu2 susun aturnya lain.
Designnya terbahagi kepada beberapa bahagian.
Ruang tamu satu bahagian. Besar.
Bilik hanya ada satu juga namun ianya besar (untuk zaman 1980an) boleh muat dua katil queen.
Turun sikit tangga menuju ke dapur. Juga besar.
Dan turun lagi ke bawah menuju bilik mandi. Pun besaq juga. Memang heavenlah mandi kat situ.

Tapi apa yang aku nak fokuskan ialah ruang tamu Mak Epit (gelaran untuk arwah mak tiri aku ni).
Ruang tamu itu adalah tempat kami berkumpul setiap kali raya.
Ruang tamu itu adalah tempat kami adik-beradik tumpang tidur semasa mak kami pergi bekerja.
Ruang tamu itu tempat penyambung kasih sayang kami sekeluarga.

Aku ingat lagi.
Ruang tamu tu punya satu kayu yang besar di atas siling. Kayu yang kuat dan kukuh. Mana idaknya, disitulah ayah pasakkan paku untuk dibuat buaian buat kami adik-beradik. Muat dua buaian di situ.
Zaman dulu mana ada buaian letrik.
Jadi nak bagi leka, bukan dihenjut tapi ditarik tinggi sehingga buaian tu terbuai-buai untuk beberapa round.
Sempatlah Mak Epit turun ke dapur buat kerja dan sekali-sekala naik semula ke bilik ruang tamu dan hayun buaian semula.

Rindunya..

Kenapa tiba2 teringat?
Sebab buaian elektrik Cha dah rosak haha.
Baru pakai a few days buat Aidil, tapi dah rosak.
Mak tanya nak buat camne.
Aku kata - rileks, malam ni manual dulu, henjut ja. Esok kita cari jalan, nak beli lain atau pi baik ja..

Bila terlalu moden, kita lupa dengan cara tradisional.
Bila terlalu maju, kita lupa dulu kita boleh survive dengan setiap sumber yang kita ada.
Dan ibu bapa kita memang hebat sebab dengan sumber yang minimum, kita hidup gah pada masa kini.

Bila dah terlalu senang, sekali sekala pandang belakang.
Lihat kesusahan orang zaman dulu.
Kita hidup atas jasa mereka.

Jaga negara.
Jaga Malaysia.

Kitakan, sehati sejiwa.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...