Tabungan

14 January 2011

CATATAN 2 : 60 HARI = 2 BULAN

Salam sayang buat anakanda ku Qalesya Alia binti Syaiful Nazri.

Hari ini, 14 Januari 2011, kamu udah berusia 60 hari, iaitu 2 bulan. *senyum* bermakna dah hampir 60 hari jugalah kita hidup bersama-sama. Bangun pagi bersama. Tidur bersama. Mandi bersama. Semuanya bersama-sama sayang.
Dan setiap kali perkara tersebut dilakukan saban hari, semakin hati mami merasa risau sayang. Sebab, mami memikirkan, bagaimana agaknya nanti bila kamu dihantar ke nurseri? Bagaimana mereka melayan kamu nanti. Selamatkah kamu? Gembirakah kamu? Aduh risau. Mami risau. Kalaulah boleh, biar mami menjaga kamu selamanya. Tapi apa daya.. Ekonomi tak mengizinkan. *senyum*

Semakin hari, semakin mami mengenali kamu, semakin senang juga menguruskan kamu. Jika dulu kamu tidak suka saat lepas mandi ketika mahu memakai baju, tapi sekarang, mami tahu bagaimana mahu mengalihkan perhatian kamu. Bagaimana? Dengan memasang TV! Ya! Kamu suka menonton TV! ihiks ihiks.
Mami juga dapat menguruskan kerja di dapur, sebab jika kamu mula kusyuk dengan TV mu itu, kamu akan diam dan kekadang melawan kata-kata dengan TV. ah.comel!

Dalam 2 bulan ini juga, kamu sudah menaiki kereta. Yang mana, itu juga aktiviti baru yang kamu suka. Kamu telah ke Dengkil,Selangor. Melawat opah mu di Yayasan Jenderami. 
Kamu juga telah ke pejabat mami. Bertemu dengan rakan-rakan sepejabat mami. Kamu diam saja bila mereka mendukung kamu. ah.baik!

Sayang.
Kamu pasti bosan. Namun, mami ulang jua kata-kata ini.
Mami sangat sayang pada kamu.
Sungguh.

p/s ~ 
isnin depan, cucuk lagi. owh sila bertahan anak. 

 

8 comments:

  1. kalau sy jd Q, bile baca entry2 ni.. rasa sayu je..

    ReplyDelete
  2. comey nyer..suke bc entyr nie..

    ReplyDelete
  3. nanti dah besar tunjukkan entry nie pada anak yer...

    ReplyDelete
  4. bila Q da bsr..
    msti dy terharu bce entry2 sume :)

    ReplyDelete
  5. eita...
    so cute...
    sure qalesya dah besar dia hargai maminya yang sangat sayangkan qalesya...

    biar qalesya kenal kawan mami..
    hai sayang ini anty ayu.....
    jangan nakal2 yer..

    2 bulan kamu dah dilahirkan..kamu tak merengek dan buat pasal...
    sure mami kamu suka dgn kerenah kamu yang tiada mendatangkan masalah....

    nanti dah besar ingat dan kenal anty ayu yer

    ReplyDelete
  6. semoga Allah memelihara dan memberi perlindungan cahaya mata ini dengan menjadikannya seorang anak yang berguna dan berjasa untuk bangsa, agama dan negara pada masa depan. Semoga menjadi pemimpin yang dikagumi dan membantu bangsa dan agamanya.

    ReplyDelete
  7. semoga Allah memelihara dan memberi perlindungan cahaya mata ini dengan menjadikannya seorang anak yang berguna dan berjasa untuk bangsa, agama dan negara pada masa depan. Semoga menjadi pemimpin yang dikagumi dan membantu bangsa dan agamanya.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...