satu-satunya makhluk Tuhan yang diciptakanNya sebagai makhluk yang unik.
punya berbagai-bagai rupa.
berbagai-bagai ragam dan karenah.
berbagai-bagai warna.
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
mesti kalian semua pun selalu jumpa dengan orang-orang macam ni kan?
Raja Drama.
depan lain belakang lain.
yang paling tak tahan, masih boleh menipu walau pun semua orang dah tahu dia penuh dengan tipu muslihat dan pernah ter'kantoi' pun.
dan paling menambah perisa, boleh pulak mengaku diri sebagai mangsa yakni, orang lain pulak yang banyak kali menipu dia.
hahahaha.
kadang-kadang, aku tersangatlah kagum dengan orang yang punya sifat sebegini.
mana tak nya.
sisi yakinnya sangatlah tinggi.
bagus juga kadang-kadang kan.
kata la macam mana pun, kutuk la macam mana pun, cemuh la macam mana pun, dia tetap 'maintain'.
dan kadang-kadang aku terpikir, apalah yang ada dalam kepala mereka ni semasa mereka mula pikir tipu muslihat mereka tuh. apa sebenar yang nak mereka lakukan. apa motif sebenar bila mereka mula menipu.
Tidak kau penat, hidup penuh muslihat?
selain daripada perangai Drama King, ada lagi satu perangai manusia yang sangat unik dan sebenarnya ada dalam setiap diri manusia tanpa kita sedari.
perangai "dah tau diri tu salah, tapi taknak ngaku salah, pastu salahkan orang lain".
owh panjang nya nama perangai hahaha.
tapi itu kenyataan.
yang mana macam aku katakan tadi, setiap orang ada perangai ni, dan rasanya kekadang aku pun pernah buat perangai nih.
mengikut pengalaman, salah satu faktor penyebab perangai ni, adalah kerana EGO yang sangat TINGGI!
maklumlah, tak nak ngaku salah.
dah tak nak ngaku, pi tuding lak jari pada orang lain.
tapi sekurang-kurangnya, aku menyedari perangai ni, dan cuba untuk tidak mengulang-ngulang perangai ni.
jadi bagaimana dengan orang lain yang masih lagi dengan perangai ni.
terang-terangan dah buat salah. ego. taknak ngaku. pi marah orang lain. tolak salah kat orang lain. pastu wat-wat tak salah. haish.
apa yang pasti, perangai manusia memang pelik.
takda yang betul. dan takda juga yang salah sebenarnya.
masing-masing ada otak.
apa kata,
lu pikir la sendiri.
p/s~
tetiba rasa nak membebel.
penat tengok drama king everywhere heee.
bebel la akak...
ReplyDeletesye sudi membace nye...
hehehe...
manusia2..hehe..manuasia dan manusia lg..ekekeke..wahai manusia..sentiase beringt la kmu..ehe..
ReplyDelete