Tabungan

30 September 2011

Hari ini mak sedikit 'frust'.

Kisah bermula dari malam tadi.
Q meragam tak mahu tidur.
Disua tetek, tak mahu.
Disua tetek pun tak mahu.

Mak dah tenggelam punca.
Mak dah mengantuk.

Masuk buaian, tak mahu.
Nyanyi lagu Siti Nurhaliza, tetap tak mahu.

Mak dah muncung 14 inci.
Mak dah meraban lagu Ghazal untuk Rabiah.

Bawa masuk bilik pula.
Sua tetek lagi.
Digigitnya bagai nak putus.

Mak tutup muka dengan bantal.
Sakit.

Akhirnya, mak pergi dapur, bancuh susu formula.
Bagi Q minum susu formula.
Terus dia tidur.

Alhamdulillah.

Mak tidur sekali, sampai pagi.

***

Mak tengah sidai baju.
Ayah tengah mandi.
Q terbangun.

Macam biasa mak sua tetek jua.
Digigitnya lagi.
Mak terkejut!

Dalam hati, kenapa dia tak mahu?

Mak sua lagi.
Digigitnya lagi.

Mak tak fikir panjang.
Terus mak ke dapur bancuh susu formula.

Dia minum, senyap, dah kenyang, dia bangun terus senyum.
Mak senyum semula.

***

Dalam kereta seperti biasa, Q akan menetek.
Jadi, mak sua tetek.
Dia gigit lagi.

***

Kesimpulannya.

Mak 'frust'.

Q tak mahu menetek lagi.

Mak susah hati.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak dah tak dapat tengok mata dia bersinar masa tengah menetek.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak dah tak dapat usap-usap kepala masa dia dah tidur.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak rasa macam mak tak dapat jalankan tanggungjawab mak nak menetekkan dia sampai dia umur 2 tahun (walaupun dia sememangnya dah campur susu sejak lahir lagi).

Tapi mak tetap 'frust'.

Kenapa dia dah tak mahu susu mak.
Kenapa cepat sangat nak putus susu dengan mak.

***

Serius mak sedih.

kenapa sayang? kenapa tak nak tetek mami.




4 comments:

  1. Q rasa dia da besar kot.... Anak buah abby lak terbalik umo da 3 thn lebih ( dah lebih had umur) tapi tak mo bercerai susu lagi dgn mama dia

    ReplyDelete
  2. mngkin btul pndapat nazsabrina tu. dia da brcrai susu mngkin?

    ReplyDelete
  3. Mungkin Q rasa susu formula tue lebih sedap kot....belum 2 tahun lagi....anak kita 3 tahun baru berenti tetek...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...