Tabungan

06 September 2011

Pra Raya - Ampang Puteri Specialist Hospital

Hari Isnin - 22 Ogos 2011
Qalesya dah start batuk. Rasa tak sedap hati, terus bawak dia pi Ampang Puteri. Doktor kata memang batuk berkahak tapi tak teruk. Mak lega..........sikit.

muka budak sakit baru bangun tidur


budak sakit tengah tunggu turn amik ubat sambil gigit bites

Hari Rabu - 24 Ogos 2011
Qalesya dah start demam. Masa ambil Q dari Taska, badan dia panas, mata dia berair, bibir dia merah sangat. Sangat-sangat kesian tengok keadaan dia. Tapi walau pun tengah demam gitu, dia memang tak meragam, masih lagi gelak2 bagai, cuma dia dah start asyik nak memerap ajer *baca menetek*

Sampai rumah terus bagi ubat demam, so suhu dia turun sikit, pastu boleh lak aktif gilak! Merangkak sana sini. Macam tak demam pun.

Masa dia tidur malam tu, dapat rasa badan dia panas balik. Tampal kool fever, pastu pasang kipas sekuat habis, dapat turunkan suhu dia semula.

Cuma bangun pagi tu, badan dia panas semula. Aku dah mula susah hati sebab doktor dah pesan, kalau dia demam, cepat2 bawak ke hospital sebab mungkin kahak dah masuk paru-paru.

Aku pun terus EL, dan bawak Q ke Ampang Puteri semula. Betul la, kahak dah masuk paru-paru. Kena admit ward petang tu jugak.

Bermula nightmare kami.

Hari Khamis - 25 Ogos 2011
Qalesya kena admit ward. Petang tu jugak Q kena sedut gas. Pertama kali sedut gas, dia meraung sekuat-kuatnya. Q budak yang memang susah nak nangis. Jadi bila tengok dia nangis gitu, aku yang tak tahan, ikut sekali nangis dengan dia. *nangis sekali*

hari pertama di hospital - boleh ayah dia tersenyum riang?

Malam tu, dia kena sedut hingus dengan nak cucuk kat tangan sebab nak masukkan ubat. Tapi oleh kerana tangan dia terlalu tembam, so nurse tak nampak urat. Depa dok cucuk cucuk cucuk, mana tak meraung si kecik mami. *nangis lagik*

baru lepas kena cucuk dua2 belah tangan, kena sedut hingus, tengok mata dia bengkak

Hari Jumaat - 26 Ogos 2011
Hari first buat fisio. Aduh, luluh hati mami. Tengok anak kena tepuk kuat2, tengok anak meraung, tengok anak kena cucuk ngan wayar kat hidung ngan mulut. sedih betul. *nangis lagik dan lagik*

Petang tu, doktor datang jenguk, mami merayu buat sekali saja lagik sebab tak sanggup tengok anak macam tu. Doktor kata boleh, petang tu tak perlu buat lagi, sambung besok saja. Mami lega!

ni lepas buat fisio, dah mandi, dah makan.

makan dalam kandang :)

Hari Sabtu - 27 Ogos 2011
Kena buat fisio lagi. Hari ni kena buat pukul 8.45 pagi. So pukul 6 dah kena start puasa. Nak tidurkan dia punyalah susah sebab dia ni menyusu badan. Nak memerap *baca menetek* baru nak tidur. Last-last peluk dia kuat2, tepuk2, agaknya dah ngantuk sangat, terus dia tidur. Alhamdulillah.

berjaya tidurkan dia tanpa menetek

Pukul 8.00 dia dah bangun. Kami siapkan dia, mandikan dia sekejap, lepas tu elok pukul 8.45 nurse datang suruh pi bilik fisio. Kami bawak aje dia ke sana, dia dah start menangis. Sian dia. *nangis lagik!!*


lepas fisio kali kedua. mata bengkak.

Kami suami isteri berharap sangat dapat discaj hari ni sebabnya tak sanggup dah nak tengok Qalesya meraung macam tu. Berdebar-debar nak tunggu doktor datang.

menunggu nak discaj. merenung luar jendela.
 
tengok muncung dia :)

Bila doktor datang, doktor cek Q, dan doktor kata, eh, paru-paru dia sudah clear. U all boleh balik raya. Wah Alhamdulillah! Mak lega gila nok!! Teruslah siap-siap nak balik, sebab besok nak terus balik Ipoh lepas sahur heeee :)


masa sedut gas. dia terima aje. nurse kata dia sangat baik sebab tak nangis masa sedut gas.

So petang tu jugak kami discaj. Qalesya masih selsema at that time. Kami sedut hingus dia sendiri. Makan ubat tak pernah miss. Alhamdulillah, sebelum raya, dia sudah fully discover :)


Alhamdulillah.


Fakta di Hospital.
1. Selepas discaj, Q sudah mula takut kat orang. Kalau dulu, sape amik dia pun tak kisahkan? Sekarang ni, opah ambil pun dia dah meraung.
2. Q sudah semakin manja, asyik nak berdukung dengan mami dia. Kalau dulu letak mana pun dia tak kisah.
3. Setiap 4 jam, Q kena sedut gas, kesian dia kadang-kadang sampai tertidur masa tengah sedut gas tu.
4. Tak pernah tengok Q menangis, membuatkan aku sendiri menangis bengkak2 mata.
5. Setiap kali jumpa orang pakai baju biru, dia dah cengkam baju kami.




3 comments:

  1. :') Q xmahu saket lagi yew....
    xsanggaup nanes dah...

    ReplyDelete
  2. ala..kesian dia...biasa la eta..kalau anak sakit kita lagi rasa sakitnya..rasa macam biarlah kita mengantikan tempat mereka..sabar yea eta...ok..eta jaga diri dan Q baik2...miss u..

    ReplyDelete
  3. ita...anak kite pun baru discharge hospital..kene viral pnemonia..mcm Q gk..1st n 2nd day kene pkai oksigen n every 4 hrs kene sedut gas....sedihkan..kite tiap2 ari nangis mase tue sbb x sanggup tgk anak kite sakit...awak jg Q elok2 k..jg diri awak same ok :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...