Tabungan

22 September 2011

Saya mahu kenaikan GAJI

Nama aje pegawai.
Tapi gaji sebenarnya ciput.

Kadang-kadang tergelak dengan mentaliti orang-orang lama, bila mana saja dikata Pegawai Kerajaan, terus disambut mata terbeliak dengan kata-kata "wah!! gaji besar la ni!!!"

Nak tersembur kahak dalam tekak dengar dia orang kata begitu. Taklah mak ngah, mak lang, mak teh, mak anjang, mak long!!

Kami kerja kerajaan, gaji taklah besar mana, cukup-cukup makan aje nak hidup merantau kat KL ni.
Yang gaji besar, JUSA A, B, C, Turus, KSU, KSN, Menteri sajo.

Kami ni nan hado!!

Kalau nak gaji besar sekarang ni, tak payah dah kerja dengan kerajaan. Kalau nak gaji besar, belajor pandai-pandai dan kerja dengan bank, Petronas, Shell atau yang seumpama dengannya.

Bonus berbulan-bulan.
Cucuk kad kat ATM tetiba boleh terbeliak sebab ada beribu-ribu dalam bank sebab BONUS dah masuk.

Masalahnya, bila orang kerajaan nak dapat bonus, orang swasta dah bising.
Kami kerajaan dapat bonus 100 tahun sekali.
Kome dapat bonus 1 tahun sekali.
Apalah salahnya bagi kami yang kerja kerajaan ni bahagia dalam masa 100 tahun sekali ni.

Berita tergempar hari ni, YAB Perdana Menteri sedang mempertimbangkan KENAIKAN GAJI atau PEMBERIAN BONUS LUMAYAN.

Pada aku, biarlah kenaikan gaji daripada bonus tu.
Bonus tu, sehari pun boleh habis, finish, settle!

Kenaikan gaji, lebih penting untuk menampung kenaikan harga-harga barang segala ni.

Jangka masa panjang lebih penting rasanya.

Kalau betul ada kenaikan gaji.

ALHAMDULILLAH.

AKU TERUS BALIK IPOH PERGI PANGKAH BN.

cis. ITA ITA *sambil geleng-geleng kepala*

menggoda betul



Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber Rujukan: Bajet 2012: Najib Pertimbangkan Bonus Lumayan atau Naik Gaji Sektor Awam


3 comments:

  1. mudah-mudahan ada rezeki kenaikan gaji la yer...sbb lynn pun kerja kerajaan gak...hehehe...

    ReplyDelete
  2. bagus lagi naik gaji..berbanding bonus yg jarang dapat huhu

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...