Tabungan

24 November 2011

kadangkala, tak semua benda kita perlu cerita pada semua

semua benda nak ambil tahu.
ada, memang ada manusia yang jenis macam itu.

pada aku, kelakar.
kau tak kenal dia, tapi kau nak tahu semua benda tentang dia.

ada sesetengah orang, tak suka bercerita banyak benda pada orang yang mereka tak kenal, pada mereka yang baru saja jumpa kembali atau pada mereka yang tak berapa disukai.

tapi, ada sesetengah orang juga, tak faham-faham konsep 'ketidakselesaan' tersebut.

asyik, terus-terusan bertanya itu ini.

kita sejujurnya perlu hormati pendirian individu lain.

sekiranya, individu tersebut, memang mahu berkongsi. jadi apa salahnya. tak apalah, kalau dia memang suka bercerita.

tapi kalau dia tidak mahu bercerita, jadi hormatilah pendiriannya.

mungkin dia ada sebab untuk tidak bercerita.
mungkin dia ada sebab untuk berahsia.

jangan kerana dia berahsia, kamu anggap dia sombong, kedekut maklumat, itu ini.

kamonlah.

apa-apa pun.
aku memang begini pula.

aku suka bercerita.
selagi perkara itu tidak memalukan keluarga aku, aku kongsilah sedikit sebanyak.

tapi masih, rahsia tetap rahsia.

bak kata Dato' Siti, biarlah rahsia.

p.s. apa motif entri aku hari ni?

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...