Tabungan

21 November 2011

masa untuk merepek

bermula dari hari Khamis lepas sehingga semalam iaitu hari Ahad, mak ada buat banyak *baca : baaaaannnnnyyyyyaaaaakkkkkkkk* aktiviti yang menyeronokkan. *seronok ker??*

hari Khamis petang.

mak dengan tiba-tiba rasa pening.
dengan tiba-tiba rasa berdebar-debar.
dengan tiba-tiba rasa tidak sedap badan.

sebenarnya, sejak kebelakangan ini, memang selalu rasa macam tu.
tapi hari Jumaat lepas, memang dah tak mampu dah nak tanggung jadinya lepas pejabat terus pergi klinik.

cek tekanan darah - 150/90 dan memang jantung mak berdegup laju.

jadi doktor 'saspek' darah tinggi. makanya kenalah berulang ke klinik selama 3 hari untuk buat bacaan tekanan darah tinggi.
dan, kami suami isteri juga buat medical check-up untuk dapatkan keadaan sebenar keadaan kesihatan kami.


hari Jumaat pagi.

pagi-pagi dah terpacak depan klinik.
ambil darah untuk medical check-up dan cek tekanan darah.

oke.
dah turun 110/85.
mak lega sikit.


hari Sabtu pagi.

sekali lagi terpacak depan klinik untuk cek tekanan darah.
130/80.
apa macam?
doktor kata oke.
so mak pun oke jer.
*walaupun aku rasa ia agak tinggi?*

nasib baik doktor hensem.
*tu sebab naik kot?*


disebabkan lega, kami terus pi Nilai 3, kononnya nak membeli cekedes *baca : makanan ringan* untuk dibuat doorgift pada semua anak-anak comel kat Taska Qalesya.
kononnya nak bagi la anak-anak kat situ something sempena ulangtahun Q yang pertama ni.

cekedes lepas.
tapi beg untuk doorgift tak lepas sebab masing-masing dah tak se-bulu.
tutup cerita. balik umah terus. rehat. lagi bagus.


hari Ahad pagi.

Encik Suami keluar sebentar mencari rezeki. *good luck sayang*

Encik Suami balik dalam pukul 12.
Terus ajak Encik Suami pergi attend 'Lipstick Party' anjuran Mary Kay di Jaya33.

best hokey!!!!

tapi Lipstick Party ni, mak buat entri lain ya.


tentang Qalesya.
hmmmm.
memang penyeri betul.
makin pandai ambil hati.
dah pandai cium orang bila tengok orang penat.
semalam, masa dalam perjalanan balik, mak dah terlentuk kat tepi kerusi dia dalam kereta tu.
dia tengok aje muka aku.
pastu dia senyum, terus dia cium sambil sebut kuat-kuat MUAAAAAHHH.
halahai.
sejuk hati mak ni anak oooii.
sila buat selalu agar tekanan darah mak oke ya sayang :)




No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...