Tabungan

24 July 2012

Super Woman

Aku sebenarnya, ada cerita yang nak dikongsi.. Cerita sedih. Sedih la kot bagi aku. Namun cerita baik buat sesetengah kawan aku.

Walau apapun, tahniah buat kawan-kawan yang dinaikkan pangkat baru-baru ini. Mungkin belum rezeki aku. Mungkin lambat lagi rezeki aku. Hari tu, sebenarnya aku dah niat, kalau aku naik pangkat, aku nak mengandung lagi. Tapi nampaknya Allah kata belum lagi. Jadi, merasa la Qalesya manja lebih sikit lagi.

Aku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa dengan keputusan tersebut. Calon ada 5, kekosongan ada 4, dan yang tak dapat hanya aku. Bermakna, diantara semua calon, aku yang paling rendah markahnya.

Aku tidak mahu mencabar keputusan itu. Aku sendiri tahu sejauh mana kemampuan aku. Dan aku juga tahu sejauh mana hasil kerja aku. Dan jujur aku bagitahu semua, yang berjaya tu, hasil kerja mereka memang bagus. Dibuktikan dengan Anugerah Kecemerlangan yang diorang dapat. Sedangkan aku tak dapat. Jadi, nampak sangat kelebihan dah ada pada mereka.

Aku ni pemalas. Dari sekolah sampai kerja, hasil kerja aku semua tak bagus. Aku suka berblog, suka berfacebook, suka berInstagram, haruslah tak dapat naik pangkat. Ni ada opening pulak untuk N41, nanti bila ada kenaikan pangkat kendian nanti, mesti aku tak dapat juga.

Macam aku kata tadi, aku manusia biasa, memang aku sedih TAPI aku boleh terima keputusan ini. Aku cuma penat, hahaha, penat sebab bila aku pi opis, semua orang macam seolah-olah bersimpati dengan aku sebab aku tak dapat naik pangkat. Come on, guys, i am fine.

Walau apapun yang aku cerita di atas, aku yakin, aku sebenarnya seorang Super Woman. Tambah-tambah bulan puasa ni.

Pukul 4 pagi dah bangun, siapkan juadah sahur untuk suami. Lepas tu kemas dapur, kemas rumah, gosok baju suami, siap baju anak, pukul 6.30 dah keluar rumah. Angkat anak masuk kereta, harung jem dari Semenyih ke Bangi, dah sampai Bangi hantar anak terus sambung memandu ke Putrajaya. Hampir pukul 8.00 baru sampai pejabat. Buat kerja sampai pukul 5.00. Balik, singgah pasar ramadhan, beli juadah berbuka, 5.30 sambung bawak kereta sampai Bangi, disebabkan jem pukul 6.30 baru sampai.. Ambil Qalesya, drive balik ke Semenyih, pukul 7 lebih baru sampai rumah. Mandikan Qalesya, siapkan makanan, tunggu ayah balik, dan berbuka.

Malam, tengoklah pukul berapa si techik nak tidur.. Kalau mata dia kata pukul 11.00 then pukul 11.00 la aku tidur. Dan jadual aku bermula balik seawal jam 4.00 pagi.

Penat?

Ya penat.
Tapi demi suami.
Demi Qalesya.
Aku oke.

Aku mungkin tak hebat di mata Pengurusan Tourism Malaysia.
Tapi aku tahu aku hebat di mata suami dan keluarga.

Serius.

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. itu la yg sebaik2nya...
    pangkat dan nama tu kejap je
    mula2 je org pandang, lama2 org buat taktau jugak..

    cewah, pandai jek nak sedapkan hati org sedangkan saya pun tak keje..tak layak pun nak menyedapkan hati, hehe
    sori

    apa yg penting qalisya dapat mummy yg sangaaaaaaaat best! mmg supermak!

    ReplyDelete
  2. jgn ler cideh cik ta..akk ni lg ler 15 thun tgguu tuu..cian..cian..cian..(ikot cm upin ipin ckp)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...