Tabungan

04 July 2012

Susu badan vs Susu formula

Sebenarnya, pada aku, isu ini sebenarnya adalah sedikit sensitif. Sebab tak semua dapat beri penyusuan secara eksklusif kepada anak-anak mereka. Memanglah selalu orang kata 'boleh, semua boleh menyusukan anak...' tapi pernah juga aku terbaca, dlm beberapa kelompok orang, akan ada seorang yang tergolong dalam kalangan wanita yang punya sedikit susu. Dan aku adalah orang yang tergolong dalam golongan itu.

Orang lain, aku tak tahu. Tapi aku, kadang-kadang agak terasa dengan golongan yang dapat bagi penyusuan eksklusif pada anak mereka. Tak semua, tapi adalah segelintir sajo.

Diorang seakan-akan pandang sebelah mata pompuan macam mak ni yang tak mampu nak menyusu secara eksklusif. Sampai ada juga yang pernah kata, kalau minum susu formula, bonding dengan ibu kurang.. Minum susu formula anak kurang bijak... Minum susu formula, tumbesaran jadi slow..

Mana mak tak kecil hati nokss. Anak mak ni ha...celik-celik aje mata dah minum susu lembu tau. Mana tak nya, mak dia ni ha takde susu. Anak dah meraung-raung lapor.. Last-last nurse angkut baby gi balik nurseri dan bagi susu formula.

Sedih? Sape tak sedih u olls, org lain sibuk melaungkan susu badan, susu badan.. Tapi mak tak mampu.. Stress tau? Stresssssss..

Yang orang sekeliling lak sibukla bertanya, ko bf ke fm? Ko bf ke fm? Hohhhh!! Stress oiiii... Meroyan jauh ngn hubby lg. Meroyan pikir pasal susu lagi. Adehhhh.. Stress..

Nasib baik lah mak mertua dengan kak ipar sangat membantu. Masa kat hospital, diorang suruh mak jerlum breast dengan tuala panas, suruh urut breast, 'sikat' breast.. Amboi macam-macam lah.

Bila dah balik umah lak, urut lagi dengan minyak zaiton. Sekaliiiiii..., besok bangun tidur, tetek mak dah besar buah tembikai. Penuh susu kooo. Sakit takyah cakap ar, perit gila. Mak terus siap-siap pergi hospital nak menyusu kan Q.

Tiba-tiba dugaan lagi, Q tak dapat nak menyusu gak. Susu tak keluar pulak. Puting tersumbat kata nurse. Terpaksa la pam pula, dpt pun sikit sajo, masa tu dapat 5 oz aje rasanya, tapi cukuplah nak menurunkan kuning Q sbb bsoknya terus dia discaj dr hospital. Alhamdulillah.

Tapi tulah, mak mmg tak dapat nak bg Q minum secara total. Mmg kna bg juga susu formula. Kalau travel dan tidur malam, mmg dia menyusu dengan aku. Kat taska memang bagi susu formula aje, susu pam mmg dia taknak. So itulah kisahnya, mak tak dapat nak bg anak mak susu badan secara total ye anak-anak.

Kadang-kadang, baca status bf moms, buat mak rasa kecil. Rasa bersalah pada anak. Rasa macam, aku bukan ibu yang sempurna. Bukan ibu yang bagus. Sebab tak dapat bagi susu sendiri. Susu terbaik dalam dunia.

Kecik tau ati mak. Awww.
Peace.

Sent from my iPhone

5 comments:

  1. sabar byk2 kak..
    tak sume org sempurna...
    mesti ada je cacat celanya
    wpun sikit
    takyah rase rendah diri
    sbb ramai lagi org yg macam akak
    saya ni ha..
    wpun fully bf
    tapi masih ada cacat cela dari segi lain plak
    tak semestinya hubungan mak n anak tak rapat
    janji maknye sayang ketat2 kat anak, insya-Allah takkan putus hubungan tu...

    peace! :)

    ReplyDelete
  2. Dari 4 anak kakcik, hanya sibongsu saja menyusu badan sampai umur 5 tahun lebih. Abang-abangnya terutama abang yang nombor dua memang sikit sangat menyusu badan.

    ReplyDelete
  3. janji sehat ita..:)
    mana2 pon terbaek..

    ReplyDelete
  4. btul tu janji sehat..

    anak liya, Qalesya umur setahn je dia sendiri yg taknak... :)

    ReplyDelete
  5. uncle suka susu formula one....

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...