Tabungan

16 December 2012

Kebangangan apakah mereka yang tidak suka pulang ke kampung halaman

Aku sebenarnya ada banyak perkara nak di--rabankan. Tetapi aku pilih yang ini dulu.

Aku sebenarnya kagum dengan mereka yang tabah tak pulang ke kampung berbulan-bulan. Kalau yang jauh, duduk beribu-ribu batu, duduk di luar negara, duduk di luar semenanjung, ya itu aku faham, kerana nak fikir wang dan masa. Tapi kalau yang setakat duduk dalam satu semenanjung, tapi tak jengah ke kampung tengok mak ayah, ya, apa ada dalam minda itu?

Aku, mak aku tak telefon dua hari pun aku dah risau gila. Dah macam orang bercinta. Inikan pula kalau tak jumpa. Dua minggu. Itu paling lama boleh tahan untuk tak jumpa mak aku. Lebih dari itu, hanya ada dua pilihan, mak datang sini atau aku pulang ke kampung. Ya, mak aku pun sama macam aku, tak boleh kalau tak jumpa. Dia memang manja, dan aku menurun kerenahnya - manja.

Minggu ini kami bersilat kat dapur. Dapur kecil itu tempat kami menjerit macam ada kenduri. Berlaga punggung semedang. Kecil la katakan. Tapi tak apa. Itu maksud bahagia buat kami. Ruang yang kecil merapatkan kami. Ruang yang kecil memudahkan kami berhubung antara satu sama lain.

Indah.
Menu hanya dua, tapi riuh macam nak kenduri. Menu kami nasi ayam dan durian crepe. Seronok! Memasak bersama suami, bersama kakak ipar, bersama adik perempuan yang kadang kala dikacau emak, abang dan adik lelaki.

Riuh kami kerana ada kejutan untuk mami. Cadangnya untuk sambutan harijadinya. Kali ini masak sendiri saja. Tiada sambutan diluar.

Selesai masak, kami sedia diluar rumah, usung kek berlilin masuk ke dalam sambil menyanyi. Mami yang sedang baring terkejut dan seronok. Apa lagi bahagia daripada melihat senyuman ibu sendiri kan?

Gambar? Tak banyak sebab aku tak bertudung, baju pun tak proper haha.

Tapi ada 3 gambar ku tepek di instagram dan facebook.

Check it out!!

Peace yo!







Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...