Tabungan

31 December 2012

setelah penat ber-blog walking

gila jauh aku berjalan. gila banyak daerah dah aku jejak. gila banyak ragam yang aku jumpa.

amboi bagai nak gila ya. haha. tapi benar, jauh gila aku berjalan hari ini. eh! ramai rupanya blogger yang aku tak follow lagi haha. gila terasa kerdil bila tengok bilangan follower mereka. kalau diikutkan, aku lebih awal ber-blog dari mereka, tapi sebab aku malas dan mereka rajin, maka wujud gawang bilangan follower yang sangat besarrrrr.

dan satu yang aku perasan-tan-kan.

blogger-blogger yang terkenal, kalau perempuan mesti stok-stok yang cun dan cantik gila.
kalau lelaki mesti stok-stok yang hensem banget trang tang tang.

jadi, blogger yang kurang rupa macam aku ni nak menyelit kat mana la pula ya. hahaha.

tapi betul weh. yang perempuannya cun-cun belaka, jadi tak susah nak snap gambar sendiri dan tampal kat blog. kalau dah macam aku, snap dan tampal kat blog, nak tengok gambar sendiri pun naik segan haha.

dan tadi, masa jalan-jalan tadi, jumpa juga mamat-mamat dan minah-minah blog yang punya blog yang santai. maksud aku yang buat lawak bodo dan seantero dengannya. aku suka jenis blog macam tu. tak serius sangat. tak mengutuk orang sangat. tak up diri sendiri sangat. sedang-sedang saja. i loike.

banyak konsep rupanya. banyak input yang boleh dikongsi. macam-macam. :)



***



bila pejabat sunyi, aku selalu ambil kesempatan untuk pergi lunch dengan suami. maklumlah, aku ni boleh dikatakan jenis yang manja juga (sila muntah pelangi) dan manja aku memang pada suami agak berlebih-lebih la sedikit (bak kata Kassim Baba masa minta hutang dari Ali Baba).

jadi, bila mood nak manja-manja datang, aku memang sanggup drive dari Putrajaya ke Mid Valley hanya untuk makan tengah hari bersama.

tapi hari ini, permulaan-nya agak kurang best sebab encik suami seorang ni tak reti-reti nak angkat telefon. sampaikan aku dah terpacak setengah jam lebih dekat Mid Valley dia masih tak jawab telefon. (sabarlah wahai hati). aku dah nekad nak balik dah, tapi tiba-tiba dia return call. bila aku kata aku dah setengah jam dekat Mid Valley, dia boleh kata kenapa tak bagitahu. eh hello?! yang ai bagi mesej start dari pukul 12.00 tengah hari dan yu tak angkat phone tu apa?? (sabarlah wahai hati) cuba bayangkan perasaan aku masa tu. tipulah kalau aku kata aku tak merajuk. tapi sebab dapat makan, hai-lah lupa hati tengah merajuk. ya, makanan buat aku lega. so faham tak kenapa badan aku macam ni? dah diam!

hari ni kami ubah mood sikit.
aku makan makanan korea (konon) dan dia makan makanan jepun (konon). kenapa aku kata konon. sebab macam aku, nama aja beli dari kedai makanan korea, tapi still yang aku order ialah Chicken BBQ. so faham tak? secara simplenya, aku makan Chicken BBQ aje la. takdela korea sangat. yang buat korea-nya sebab ada sup rumpai laut dengan jeruk sayur (apatah - kimchi ek?) dia orang tu.

tempting aite.
tak menghampakan sebab Chicken BBQ tu memang sedap. cili potong kena ada sebab jeruk sayur is so not cool to me.

makanan suami lupa nak snap sebab aku tengah enjoy makan.

okey. lepas makan sambung merajuk, tapi tup-tup suami pulak merajuk sebab aku dah over melalut benda lain. dah pi tuduh dia ada pompuan lain pulak. aparaa wanita mutalib. last-last, aku juga yang pujuk dia (padan muka ko). dan kami berbaik semula.

happy ending.

makan pun dapat.
gaduh pun idak.
besok cuti!!
o--hoi!!



5 comments:

  1. hahahahaha...... tak pulang modal merajuk yang fasa pertama tu...

    ReplyDelete
  2. Yg ada blog versi mak-mak ni mmg susah nak laku,kekkekekee

    ReplyDelete
  3. tapi blog mama ZN laku aja..tak macam blog ai :)

    selamat tahun baru mamaZN!! peluk cium zakwan the artis dan Nayli the comels!!

    ReplyDelete
  4. thanks kak visit blog saya. happy new year 2013 to you and family.. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...