Tabungan

27 January 2016

Memang tak terkejar...

Berkecai-kecai azam aku. HAHA! Dah hampir habis Januari tapi aku masih terkontang-kanting nak meng-hupdate blog secara displin dan tokmakninahnye. HAHA!

Mahu dengar alasan?

1. Sebab aku sibuk 'menelaah' Oh My Venus. Hero memang hero kegemaran aku. Dan si heroin telah menjadi heroin kegemaran aku juga. Silalah tonton. Korang ada dua pilihan. Sama ada nak beli cd. Boleh beli pada Kak Zel (cari FB Zalia Hezlin). Atau korang boleh tengok online. Google good drama. Macam2 cerita korea ada kat situ.

Wokey.

Sambung balik cerita tentang Speech Therapy Cha.

Doktor yang jalankan terapi Cha adalah seorang doktor perempuan muda. Orangnya lembut. Tenang. Yelah. Nak menghadap budak autism memang lah kena tenang. Kalau ko pun sama tantrum cam budak autism - apa kes kan?

Macam biasa, pada awal terapi, doktor tu akan bertanya macam2 soalan pada kami mak pak dia.

Antara soalan yang aku ingat ialah:-
- masa mengandung ada masalah kesihatan atau tidak?
- ada tak dalam family, yang punya anak autism juga?
- beranak cukup bulan atau tidak?
- ingat tak perkembangan Cha?
dan banyaaaak lagi soalan yang aku tak ingat.

Tapi yang pastinya memang aku banyak bercerita momen2 penting dalam tahun2 awal Cha. Seperti contoh, bila Cha mula meniarap, merangkak dan berjalan. Yang itu memang aku ingat sebab dok tulis dalam blog dan banyak tangkap gambar. So ibu2 sekalian, memang tak rugi kita tulis pasal anak dalam blog sebab blog ni adalah salah satu cara mendokumentasikan perihal anak. Kalau lupa boleh belek balik blog. Ok? *senyum sikit*

Tapi aku lupa bila Cha mula bercakap. Yelah sebab Cha memang bercakap cuma dalam bahasa inggeris dan dalam bahasa dia. Jadi exact month dia bercakap -- memang aku tak ingat.

Habis sesi interview dengan kami, doktor tu mula start sesi terapinya dengan Cha.

Dia keluarkan satu mainan. Bila Cha dah mula suka mainan tu, dia stop dan cakap dengan Cha -- kalau nak main mainan ni, kena jawab soalan dia dan Cha setuju.

Round pertama -- doktor keluarkan buah epal dan pisang.

Owh sebelum tu, oleh kerana Cha comunicate dlm English, doktor minta kami pilih sama ada nak terus comunicate dalam English atau Bahasa Melayu.

Memandangkan kami berharap Cha dapat masuk sekolah biasa, kami minta untuk sesi tu diteruskan dalam Bahasa Melayu. Jadi doktor pesan pada kami, kalau dia balas dalam English, maka betulkan dan translate kepada Bahasa Melayu.

Jadi, doktor letak epal dan pisang atas meja dan doktor minta pisang dari Cha. Cha tak respon. Bila doktor kata banana, Cha pun balas -- ooooo banana sambil dia ambil pisang tu dan letak dalam tangan doktor. Jadi doktor pun cakap, pisang..ini pisang.. Cha balas lagi -- ooooo pisanggggggg. ^__^

Doktor minta pulak epal, Cha terus ambil epal dan letak dalam tangan doktor. Doktor alih kedudukan buah2 tersebut dan minta sekali lagi. Cha dapat buat tugasan tersebut.

Jadi reward sebab dengar cakap doktor, Cha dapat main permainan yang doktor bagi awal2 tadi.

Sementara aku layan Cha main permainan tu, doktor keluar satu set cawan (kecil besar) dan sudu juga bersaiz kecil dan besar.

Jadi doktor kata, kalau kita nak minum pakai apa -- Cha diam sekejap sambil tengok barang2 atas meja tu dan dia ambil cawan.
Doktor tanya lagi, kalau nak makan pakai apa, sekali lagi Cha diam sambil berfikir barang kali dan ambil sudu.

Lepas tu doktor upgrade sikit soalan -- beri saya cawan besar. Cha tak fikir dan dia pakai ambil saja cawan. Then doktor conclude dia tak faham lagi maksud besar dan kecil.

Dah setle tugasan yang itu, aku layan Cha main dan doktor keluarkan set kereta kecil bersekali kunci. Doktor kata untuk tugasan ni dia nak tengok pemahaman Cha pada maksud dalam, tepi, atas dan bawah.

Kereta kecil tu doktor bagi pegang. Kemudian doktor bagi arahan untuk letak kunci atas kereta. Cha buat tak tahu saja. Doktor cakap lagi, letak kunci bawah kereta. Again, Cha buat bodoo.. Sebaliknya Cha sibuk nak start kereta (sambil cucuh kunci pada starter) dan cuba bukak bonet. Jadi doktor conclude kan bahawa Cha tak faham maksud tepi, atas dan bawah. Sebaliknya dia hanya faham penggunaan kunci tersebut hanya dari pemerhatian dia yang selalu tengok kami buka bonet kereta dan start kereta guna kunci tu.

Masa dah setle beberapa tugasan tu, Cha dah start boring. Dia cakap pada doktor, I am sleepy. I am tired. I want to sleep. Dia dah taknak buat. Dia bangun dari kerusi dan cuba untuk keluar. Kami pujuk dia untuk sambung sikit lagi. Pastu dia cool semula dan kata oke dan terus duduk kat meja semula.

Lepas tu ada beberapa tugasan lagi berkaitan dengan gambar. Doktor mintak Cha tunjuk kan gambar kasut dan beberapa item lain. Dia dapat buat tugasan tu. Tapi lepas tu, tugasan makin susah. Bila Cha tak dapat buat, again dia rasa bosan dan minta nak balik.

Doktor pun cakap tak apa memang dah habis dan doktor bagi Cha main dulu sementara dia explain hasil test tadi.

Pada pemerhatian doktor, tahap penerimaan dan pemahaman Cha hanyalah pada level anak2 yang berumur 2 tahun setengah. Dan dia memang berharap yang Cha tak dimasukkan ke sekolah aliran perdana dan dimasukkan ke pendidikan khas. Sebab pada dia, pada tahap penerimaan dan pemahaman tu, Cha memang tak boleh cope dengan kawan2 sebaya yang lain. Dan ini boleh buat Cha tercicir. Maka yang sebaik2nya ialah usaha agar dia dapat masuk pendidikan khas. Biar dia dapat belajar dalam kumpulan yang lebih kecil dengan guru2 yang berpengalaman mengajar anak2 istimewa. Cha juga dirujuk ke Terapi Cara Kerja sebab fokus Cha sangat minimum. Cha akan pergi Terapi Cara Kerja ni --- esok!!

Soooooo esok kami ada pengalaman lain pula... Nanti kami kongsi ye!!

Owh.. sejak aku share tentang Cha, ramai bertanya dengan aku apa ciri2 autism. Tak apa, tentang itu aku akan cerita dalam entri lain. Sebab untuk Cha memang aku ada buat senarai semak dan aku akan kongsikan senarai semak tu dengan kalian nanti.

Ok!!

Jumpa dalam entri yang lain!!!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...