p/s ~
no thanks!!
skrip antara ibu dan anak sulungnya..
ibu tua : Karim (bukan nama sebenar), mak sakit ni.. mak rindu kat kamu.. balik lah tengok mak kat sini..
Karim (bukan nama sebenar) : Tengoklah dulu mak, biar Karim bincang dengan isteri dulu..
*********************************************************
BIAR BETIK!!!!!!!!
mak ko dah sakit!!! ko boleh lak nak bincang2 dengan isteri nak balik ke tak?
ada otak ke takde otak ko nih??
nak kata ko bodoh!!keje komputer!!!
nak kata takde duit!!bukan ke ko yang kata ko gaji RM10ribu sebulan!!!!
nak kata takde kereta!!bukan ke ko yang balik tayang kereta Hyundai Accent ko tuh???
tak belajar agama ker??
tak pernah dengar ker orang kata "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU!!!"
apasal teruk betui ko nih??
lupa daratan!!!!
mak ko sakit tau tak!!
mak ko jatuh kat sinki tau tak!!!
mak ko terkencing kencing teberak berak kat tepi singki tu tau tak!!
ko takde hati..takder perut ker!!!!
mak ko tu dah tua beb!!!dah tua!!!
ntah besok lusa dia pergi...!!!
ko tak terkilan ke nanti!!!!!
tak rasa ker nak jumpa mak ko!!!
dia rindu kat ko tau tak!!!!
kitorang dah bawak dia pi ospital....
doktor kata tak sakit aper TAU TAK!!!!!
doktor rujuk dia kat ospital SAKIT JIWA tau TAK!!!!!!!
dia tekanan tau tak!!!!
dia rindu kat korang anak2 dia tau tak!!!!!
semalam adik balik umah, dia jumpa adik.. dia peluk cium adik... dia rindu katanya...
sampai macam tu sekali tau TAK!!!!!
menumpang kasih kat anak orang lain pulak!!!!
sebab anak2 dia tak balik tengok dia tau tAK!!!
***************************************************************
Ya ALLah....ampunilah aku Ya Allah..
aku terlalu marah..
dan aku terlalu sedih..
sejak kecil aku dibesarkan oleh ibu tua itu..
aku menumpang kasih si ibu tua itu..
ibu ku pergi bertugas mencari sesuap nasi..
lalu aku dan adik beradik yang lain dihantar kepadanya untuk dijaga..
beliau lah yang memandikan aku di pagi hari..
dia lah yang menyisir rambut aku di pagi hari..
dia lah yang memandikan aku selepas balik dari sekolah..
dia lah yang menyuapi aku ketika aku lapar..
pengorbanannya sama besar seperti ibu kandung ku..
walau dia hanya ibu tiri ku..
tetapi masa yang diluang..
sama banyak seperti yang diluang oleh ibu kandung ku..
aku tidak tahu mana salahnya..
dan aku juga tidak tahu apa masalahnya..
tapi ibu tua ini terlantar sendirian..
anak-anak mengikut haluan sendiri..haluan isteri kah??
tidak terfikirkah kesengsaraan yang ditanggung oleh ibu tua ini..
mengapa sampai begitu keras hati anak2 ini Ya Allah..
aku menangis sendiri tatkala mami menceritakan kisah si ibu tua..
aku tidak pasti sama ada tindakan aku menulis di sini akan memberi kesan yang negatif atau positif ke atas anak2 si ibu tua..
yang pasti..
aku yakin..pasti aku dimarahi teruk..
biarlah..marah lah aku kerana menceritakan keburukan kalian semua di sini..
kemarahan kalian,tidak mungkin dapat melawan marah di hati ini..
jika kalian tidak sengaja menjengah ke sini..
insaflah..
ibu kalian sakit..
ibu kalian tertekan merindu kalian semua..
ibu kalian sudah tua..
ibu kalian mungkin tak punya masa yang panjang..
sebelum kalian terkilan dengan tindakan kalian sendiri..
lebih baik kalian pulang dan sujud di kakinya..
dan carilah syurga kalian dibawah telapak kakinya itu..
p/s ~skrip di atas memang benar..tidak aku olah sedikit pun melainkan nama yang aku tukar demi menjaga maruah abang tiri yang aku hormati!!