Tabungan

26 August 2010

mengapa hidup ini tak bahagia?

kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.

secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.

namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.

Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.

mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.

jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.

seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.

jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.

jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.

p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

4 comments:

  1. bahagia atau tidak...
    kite tentukan...
    dekat kan diri dengan-Nya...
    moga segalanya berjalan lancar...
    :)

    ReplyDelete
  2. salam Puan,
    Saya doakan semuanya dan segalanya selamat buat puan sekeluarga, InsyaAllah semuanya akan berlalu dengan baik dan kebahagiaan yang diimpikan akan dikecapi bersama rahmat Illahi. Bersama kita berdoa dan memohin kepada Nya sepanjang masa.

    ReplyDelete
  3. semoga ok sentiasa kak.
    :) steady dalam hidup. Jadikan hari hari puasa indah belaka.

    ReplyDelete
  4. semua ramadhan memberi kebahagiaan. itu la hendaknya

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...